
KUANTAN, 2 Feb - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) hari ini mempertikaikan tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation untuk menjalankan operasi kilang memproses rare earth mereka di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Malah, beliau turut mempertikaikan segala syarat yang dikemukakan oleh AELB terhadap Lynas. "Segala syarat yang di kenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi. Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali", kata Fuziah. Misalnya, syarat meminta Lynas bertanggungjawab keatas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah samasekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut. Norman Moore juga telah menegaskan bahawa sisa tersebut ialah kini milik Malaysia. "Basel Convention' satu garis panduan PBB, yang menggariskan syarat di mana bahan radioaktif mesti di pulangkan ke negara asal juga tidak boleh dikuatkuasakan didalam hal ini kerana syarat Basel Convention ini hanya untuk bahan radioaktif dan tidak meliputi bahan SISA radioaktif", ujarnya. Malah, menurut Fuziah lagi beliau turtu keliru denagn syarat yang mengatakan bahawa Lynas diberi tempoh 10 bulan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Buangan dalam bentuk PDF (Permanent Disposal Facility) tanpa mengambil kira apa pun R&D yang telah dilakukan oleh pihak Lynas untuk pengkormersialan sisa radioaktif tersebut tentu sekali boleh di tangguh sehingga Lynas menunjukkan kesungguhan menguruskan sisa toxic dan radioaktif mereka secara bertanggung jawab. Keputusan ini katanya tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa AELB bersekongkol dengan Lynas untuk menjadikan warga Kuantan sebagai bahan ujikaji dan seperti 'tikus makmal didalam tempoh 10 bulan kehadapan ini'.
Tolong, Janganlah Jadikan Rakyat Tikus Makmal
Beliau turut menegaskan sekiranya dakwaan berita NYT berkenaan syarikat AkzoNobel membatalkan perjanjian menjadi pembekal resin kepada LAMP atas sebab spesifikasi yang tidak menurut syarat dibuktikan benar, dan keretakan yang telah dilaporkan kemudian nanti mengakibatkan kebocoran di kolam RSF dalam masa 10 bulan kehadapan, maka AELB dan Kerajaan Barisan Nasional lah yang akan bertanggungjawab di atas malapetaka yang bakal timbul kelak. "Satu Kerajaan yang bertanggungjawab dan benar-benar meletakkan keselamatan rakyat sebagai utama, tentu sahaja boleh memberi amaran kepada Lynas bahawa lesen tidak boleh dikeluarkan kecuali setelah syarat-syarat pengurusan sisa radioaktif di sediakan dalam bentuk PDF. Juga satu Kerajaan yang bertanggungjawab, akan menyiasat secara rapi apakah asas disebalik aduan yang dilaporkan oleh NYT ini dengan membuat kajian teliti keatas kualiti dan spesifikasi pembinaan kilang LAMP dan bukan setakat mensyaratkan keatas prosedur semata", kata Fuziah. Warga Kuantan berhak untuk dilindungi daripada malapetaka pencemaran yang bakal berlaku. AELB serta pihak Kerajaan Pahang mampu melakukan yang terbaik sekiranya mereka mempunyai kesungguhan politik untuk berbuat demikian katanya.

Salah seorang pejuang Lynas mengangkat poster "kami bukan tikus makmal"
semasa perhimpunan aman di perkarangan masjid Balok tahun 2011 lalu
Tolong, Janganlah Jadikan Rakyat Tikus Makmal
Salah seorang pejuang Lynas mengangkat poster "kami bukan tikus makmal"
semasa perhimpunan aman di perkarangan masjid Balok tahun 2011 lalu
[Benar ada yang mendakwa AELB telah membuat kajian tentang projek Lynas ini sejak lima tahun yang lalu. Tetapi mereka harus sedar bahawa kontraktor utamanya sendiri telah menarik diri dari terus bersama kilang terbabit. Malah difahamjan kilang yang berharga RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Susulan itu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel nenarik diri dari projek tersebut. Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. Dengan perkembangan terbaru ini, sepatutnya AELB menyiasat dulu laporan berkenaan dan bukan tergeza-gesa meluluskan lesen TOL kepada Lynas. Bayangkan, jika sebuah kontraktor yang hebat seperti AkzoNobel boleh menarik diri kerana gusar dengan tahap keselamatan dan kesihatan kilang terbabit, apakah wajar kerajaan membenarkan AELB memperjudikan nasib rakyat untuk meneruskan operasi kilang terbabit. Maka, rakyat perlu bangkit untuk mengajar kerajaan yang gagal membela mereka ini pada PRU13 ini. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang].












20 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Congratulation to Ms Cat:
1. UMNO/BN memang cam tu, kalau Ms Cat nak pergi menyanyi, cepat ajer dia bagi peluang, kalau Ms Cat nak beri pengisian spiritual, mereka akan halang (psstt...UMNO/BN memang tak nak rakyat jadi cerdik sebab orang cerdik tak undi UMNO/BN, tapi UMNO tak tahu, orang ramai dah mula tak nak undi BN lagi)
2. Saya dan sahabat saya mendoakan agar Ms cat dan Family yang menyokong perjuangan Islam mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah sepanjang masa.
3. YB Ismail yang Ms Cat sebut namanya tu, tak nak jawab ke? Ceh! Kasi malu sama UMNO saja bila Ms Cat sebut nama YB tu. kah kah kah
Bangkitlah rakyat Pahang... Barisan Nasional Pahang telah memperjudikan masa depan anak-anak kita untuk tembolok mereka dengan meluluskan operasi Lynas. Mereka kata mereka membela rakyat tapi sekarang mereka membela Lynas menindas rakyat. Demi Lynas, mari kita mulakan kempen "JANGAN PANGKAH DACING"
Kenapa tak bawa ambiga masuk PAS? Fasal dia ukan artis ka?
PAS masih tak sedar sedar lagi dah kena junub dengan DAPig
HADI AWANG SEMAKIN HAMPIR KELUAR PAS!!!
Ketua Dewan Ulama yang semakin membisu dan kurang berperanan, Harun Taib menyatakan, sekiranya Abdul Hadi Awang keluar dari PAS, bukan sahaja kaum Dewan Ulama akan bubar dengan pengunduran kesemua ulama PAS, bahkan akan berpalinG dari PAS. Dan amaran yang paling keras ialah, jikalau Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke-13, hak menjadi Perdana Menteri perlu diberikan kepada Abdul Hadi Awang, bukannya si meroyan yang membedal China Doll, Anwar Ibrahim.
Ketika Hasan Ali dipecat, PARASIT dalam PAS menyatakan, pemecatan tersebut tidak akan mencacatkan PAS kerana kononnya, pengaruh Hasan Ali tidaklah sebesar mana di dalam PAS. Pun begitu, dalam perkembangan terbaru menyaksikan, Hasan Ali bukan sahaja mempunyai pengaruh di kalangan ahli-ahli PAS tetapi juga di kalangan ahli-ahli PKR berbangsa Melayu.
Tidak lagi dapat disorokkan ialah perkembangan 'tidak sihat' dalam PAS yang menyaksikan ahli-ahli parti tersebut sedang berbalah sesama sendiri. Biarpun telah diperingatkan berulang kali tentang bahayanya kehadiran kaum PARASIT yang menyembah Anwar Ibrahim dan DAP, ingatan-ingatan tersebut dianggap sebagai niat jahat UMNO untuk memecahbelahkan PAS.
Kata dua yang diberikan oleh Harun Taib akan menambahkan lagi kehangatan kedua-dua kem besar dalam PAS. Hadi Awang yang kelihatan semakin tertekan dilihat sekarang ini berseorangan dan bersendirian, manakala Majlis Syura dan Dewan Ulama yang selama ini menjadi kebangaan PAS, tidak ubah seperti berhala berserban bisu dan pekak semata-mata.
Siapakah di kalangan PARASIT PAS yang akan kata Hadi Awang boleh berambus dari PAS kerana PAS tidak lagi memerlukan Hadi Awang?
Kita tunggu sama-sama... Yang pastinya, Harun Taib akan menjadi figur baru yang menghangatkan lagi kaum PARASIT yang terus kepanasan kerana pendedahan demi pendedahan!!!
BERITA YANG FUZIAH THORON TAK BAGITAU DENGAN ORANG!!!
Harga saham syarikat perlombongan Australia, Lynas melonjak hari ini selepas Malaysia memberikan lampu hijau kepada pusat pemprosesan nadir bumi itu meneruskan operasinya meskipun timbul kebimbangan kemungkinan berlakunya pencemaran sisa radioaktif.
Loji yang hampir siap dibina di Gebeng, Kuantan itu akan menjadi antara kilang di luar dari China yang mampu memproses nadir bumi - galian yang digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi seperti peluru berpandu dan telefon bimbit.
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia semalam mengumumkan lesen sementara untuk pusat itu mengendalikan operasinya bagi tempoh permulaan selama dua tahun tetapi berdasarkan syarat-syarat yang ketat.
Lembaga itu juga mengingatkan bahawa lesen berkenaan boleh digantung atau dibatalkan jika Lynas gagal mematuhi syarat-syarat pengendalian sisa radioaktif berbahaya yang lazimnya wujud dalam nadir bumi.
Saham Lynas hari ini melonjak hampir 20 peratus apabila didagangkan pagi ini pada harga A$1.60.
"Lynas mengiktiraf tanggungjawabnya kepada masyarakat untuk mengendalikan loji itu dengan cara yang selamat dan mampan," kata pengerusi eksekutif syarikat Nicholas Curtis ketika mengalu-alukan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia itu.
Ps: Tahan jugak la Lynas ada membantu rakyat di kawasan Gebeng ni. Nak harapkan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu, jangan mimpi la!!! Diorang tu setakat cakap dan mempertikai je boleh la!!!
NI FOZIAH KENA JAWAB...
BETUL ATAU TIDAK .. KAMI KELIRU!!!,
PROFESOR DR.ISMAIL (DARI UKM)-JAB.TENAGA ATOM BERKATA YB FOZIAH & SUHAIMI TELAH DI JEMPUT UNTUK BERDEBAT/BERSEMUKA DGN. BELIAU & LYNAS DIKUANTAN/LYNAS MENGENAI ISU INI...TETAPI YOU ALL MENOLAK/TAK DATANG ??
ADA 150 ORG SAKSI YG MENDENGAR UCAPAN BELIAU DIBALOK/GEBENG BARU2 INI.
...SILA BAGI RESPON..!! PDO/ FOZIAH/SUHAIMI..!!!
INI MENGELAKKAN ISU2 PEMBOHONGAN ATAU ISU2 SEWAKTU DENGANNYA TERJADI...TQ
TERIMA KASIH JAWAPAN ANDA......
Sisa2 radioaktif yg diproses kilang LYN Gebeng dibagitahu oleh Australia dah "konform tak bagi dibawak balik kenegaranya", selepas ini boleh lah dimakan oleh ahli2 amno semua buat ubat kuat,, LYNAS jangan nak tanam sisa nih kat Gebeng. Harap Maklum ya..
Bagi2 le sesama kawan2 Amno sorang sikit...ada 2 juta ahli Amno... sikit sorang selesai ler masalah. Kalau berlebih juga Dato Sri Adnan bagi tau aku semalam...bolehler tanam kat belakang rumah nya, nak wat baja pokok pisang katanya. Dia bagi tau aku semalam sisa radioaktif ni sangat berkesan sebagai baja buah.... boleh lak dimakan begitu saja.
Salam ada juga yang tak faham. Prof Dr Ismail tu sains nuklear. Lynas ni bukan loji nuklear. Bahayanya hanya pengoperasian loji perlombongannya yg melibatkan sisa beradioaktif. Panggilah pakar dalam kejuruteraan & teknologi perlombongan dengan pakar dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Sisa sisa tu akan dicampur dalam tepung susu....supaya semuanya mati...termasuk menteri2nya sekali...meliputi berbagai2 jenis bendera...hitam,putih,biru dan kuning....cara membunuh diri zaman sekarang....yahooo...!
pandai2 jee korang2 nie..isi dlm susu tepung lah..bg kt org2 lah..semua jadi pandai pasal radiasi..bagus jgk ade Lynas nie menjadikan rakyat Malaysia cerdik skit..seblm nie bkak la kilang ape pn kt M'sia semua org wat x tahu jeee..Kilang haram pn byk kt M'sia nie..yg nie lg bahaya coz x tahu diorg proses ape..bila meletop, t'bakar dn buang toksik merata2 br la dpt tahu kilang x de lesen bila kuar dlm TV..
DrSabri, klau gitu hang pi la jumpa Prof Dr Ismail kt Lynas nie hang ckp kt dia..dia bukan pakar yg blh dijadikan rujukan..kami kt Lynas nie nk kenal la jgk rupa DrSabri nie..
Takde apalah. Kecoh je lebih. Melayu sama melayu memang berani. Kena pulak cucuk ngan cina babi. Sama cina babi tak berani pulak.
Biar aje la pencacai UMNO ni melalak menunjukkan kebebalan mereka. Kita teruskan kerja kita untuk menghumbankan UMNO kelipatan sejarah. Dia orang ni ingat, bila luluskan lesen Lynas tu, makin ramai la orang akan beri sokongan kepada UMNO... ha ha malam sikit. Tak pernah aku dengar sebelum ini orang kampung dan peneroka felda marah kepada UMNO tapi bila mula isu Lynas timbul, mmereka dah mula menyumpah UMNO ni. Maka bertambah hebatlah kempen mulut ke mulut "JANGAN PANGKAH DACING"
[Dr Sabri adalah merupakan doktor pakar dalam pembedahan gigi geraham kecil -PDO]
dr Sabri,
perkhidmatan ikat gigi depan ada disediakan tak? Hospital mana?
dr Sabri ni InsyaAllah orang Kita, dapat diskaun nih.....
Dgr cerita Pemuda PAS (wakil) ada berjumpa dgn ahli PAS yg bekerja dgn Lynas baru2 ni utk mendapatkan penjelasan..
Aku akan pastikan semua keluarga dan saudara mara aku supaya tak pangkah PKR, Pengkianat bangsa. Aku akan bekerja keras utk PRU 13 ini. aku akan pulang kg halaman ku dan bagi penerangan kepada mereka seorang demi seorang, dan pulang kesini pada hari mengundi...
Post a Comment