Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: 'Kampung Pulau Tawar' Terus Terpinggir, Siapa Anak Jati Yang Akan Tamatkan Sumpahan!

JERANTUT, 8 Feb - Seratus lima puluh (150) tahun dulu Kampung Pulau Tawar adalah ibukota Jerantut. Tempat bersemayam Sultan Pahang Wan Ahmad yang pertama di Istana Pulau Tawar. Beberapa mesyuarat EXCO Pahang zaman Inggeris diadakan di Pulau Tawar. Perancangan pembangunan negeri Pahang ditentukan di Kampung Pulau Tawar tapi kini itu semua tinggal kenangan. Pemberontakan pahlawan Pahang Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau membuatkan Inggeris berdendam kepada Kampung Pulau Tawar. Inggeris bertekad tidak akan majukan Kampung Pulau Tawar. Orang-orang Kampung Pulau Tawar disumpah tidak akan diangkat menjadi pemimpin. Faktanya kini 2012 dalam sejarah politik Jerantut belum pernah ada mana-mana pemimpin anak jati Kampung Pulau Tawar diangkat menjadi ahli parlimen dan ADUN baik BN dan Pembangkang. Sumpahan itu terus menghantui Kampung Pulau Tawar yang terus dipinggirkan. Kemudahan awam seperti gambar-gambaryang dipaparkan tidak diselenggarakan dan dijaga dengan baik. Tiada usaha untuk membaikpulih kemudahan. Bila perpustakaaan awam tidak dimenafaatkan, padang dan gelanggang sukan tidak dijaga maka itu boleh membentuk golongan anak-anak muda yang akan memberontak dan menjauhi diri. Kalaulah arwah pahlawan Mat Kilau masih hidup pasti sedih dia tengok Kampung Pulau Tawar sekarang. Perjuangan beliau langsung tidak dihargai, malah kampung beliau terus mundur ke belakang angkara pemimpin yang tidak perihatin. Bagaimanakah wakil rakyat yang dipilih iaitu Dato' Dr.Ahmad Shukri Ismail (foto), melaksanakan kerja yang selayaknya dilakukan atau hanya sibuk menguruskan harta kekayaan peribadi sehingga mengenepikan tanggungjawab sebagai ADUN Pulau Tawar. Pantang keadaan begini kalau berlaku di DUN Tahan. Akan turun segala macam peruntukan mencurah membaikpulih demi keperihatinan. Siapa anak jati yang akan tamatkan sumpahan ini? sumber

[Sebenarnya apa yang beralku kepada Kampung Pulau Tawar ini sememangnya sungguh memalukan. kerana Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mahu menganggat sejarah yang terpahat di kampung itu. Malah, tempat-tempat bersejarah sepatutnya dijadikan destinasi pelancongan terus terbiar layu tanpa ada usaha untuk dibaik pulih. Apa yang ada hanya kawasan tanah perkuburan yang menenmpatkan jenazah Pahlawan Mat Kilau dan bondanya (Teh Mahda). Itu saja destinasi yang ada, sebaliknya rumah Mat Kilau, Masjid, kawasan permainannya, istana lama, kawasan perjuangannya semua tinggal sejarah semata-mata. Usaha langsung tidak ada untuk dimajukan. Ia berbeza sekali dengan kerajaan negeri lain terutamanya Melaka. Perigi Hang Tuah pun mereka bangungkan sebagai destinasi pelancongan di mana penduduk setempat di Kg.Duyong mendapat rezeki yang berlimpahh ruah akibat kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara. Walhal, Hang Tuah mungkin sekadar satu lagenda sahaja namun Mat Kilau pernah muncul pada zaman moden sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Sudah tiba masanya ADUN Pulau Tawar yang ada sekarang ditukar dengan yang baru, kerana beliau jelas gagal memainkan peranan beliau itu sebenarnya].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Wahai penduduk P.Tawar usahlah berbangga sangat dengan sejarah silam,yang pentingnya kesedaran penduduk sendiri untuk memajukan diri sendiri ..!

Anonymous said...

Dato' Dr.Ahmad Shukri Ismail.....sibuk dgn bini muda...mana ada masa nk turun padang....

Anonymous said...

Tu kat sana. Tapi apa mp poziah buat untuk penduduk kuantan aku pun tak tahu.

Anonymous said...

Sudah sampai masanya pemimpinan negeri Pahang memikirkan untuk memilih ADUN PULAU TAWAR terdiri dari anak tempatan, sekurang-kurangnya tanda menghargai PAHLAWAN MAT KILAU yang menantang penjajah sebagi merintih kepada memperjuangkan kemerdekaan...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]