PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 2, 2012

Panas: Kontraktor Keselamatan 'Tarik Diri', Tidak Wajar Kerajaan Lulus 'Lesen TOL' Kepada Lynas !

KUANTAN, 2 Feb - Orang ramai, terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses rare-eart milik Lynas Corporation di sini kecewa dengan tindakan kerajaan memberikan lesen TOL kepada syarikat terbabit untuk beroperasi. Biar pun lesen itu berbentuk sementara dan Lynas perlu mematuhi beberapa syarat ketat yang ditetapkan, namun rakyat tidak nampak Lynas syarikat terbabit akan diarahkan menghentikan operasi mereka andainya gagal mematuhi syarat tersebut kelak. Ini kerana, pemantauan hanya akan dilakukan oleh kerajaan dan rakyat sebenarnya tidak akan tahu langsung apakah yang dipantau oleh pihak terbabit nanti. Rakyat akhirnya akan tertipu dan terpaksa menanggung akibatnya kelak. Inilah yang berlaku kepada sebuah lagi syarikat Australian yang diberikan lesen melombong emas oleh Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Koman Raub dulu. Syarikat terbabit, Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dikatakan beroperasi dengan pemantauan yang cukup rapi. Namun, rakyat di kawasan sekitarnya terpaksa menghadapi berbagai penyakit dan menderita akibat kegagalan syarikat itu mematuhi syarat yang ditetapkan. Malah ada diantara mereka mengalami kecacatan gara-gara penggunaan racun Cyanide pada operasi kilang terbabit. Kini, apakah perkara yang sama akan berlaku pula kepada penduduk Kuantan setelah kilang Lynas dibenarkan beroperasi?. Kerajaan akan menikmati hasilnya, tetapi rakyat tetap akan menanggung risikonya kelak. Apa yang lebih mengejutkan ialah Kelulusan untuk Lynas beroperasi diberikan di sebalik berita bahawa kilang RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Ini berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel dari projek tersebut. Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Soalnya, kenapakah lesen diberikan ketika isu keselamatan dipertikaikan?.

[Pusat memproses bahan nadir bumi di Pahang itu akan menjadi antara pusat di luar China. Logam berkenaan akan digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi bermula dari peluru berpandu untuk telefon bimbit. Lynas telah memberi jaminan bahawa pusat di Pahang yang akan memproses bahan nadir bumi yang diimport dari Australia adalah selamat, tetapi pengkritik tetap tidak berpuas hati dan berkata sisa radioaktif boleh terlepas dan mengancam keselamatan rakyat serta alam sekitar. Kerja memproses yang pada asalnya ditetapkan untuk bermula pada suku ketiga tahun 2011. Bagaimapun akibat bantahan daripada rakyat pelbagai latar pada Oktober tahun lalu di Kuantan, kira-kira 18 kilometer dari tapak kilang, tergendala seketika. Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius. Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil. Soalnya, apakah rakyat Kuantan akan terus berdiam diri dengan senario terbaru ini. Isu keselamatan dan kesihatan tetap diragui!].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

PULANGAN DARI LYNAS INI MENJANA "RM 5BILLION -RM5,000,000,000.00 SETAHUN. TOP 10 RANKING (PENDAPATAN) NEGARA.
BILA DIFIKIR.." MACAMMANA AUSTRALIA SENDIRI MENOLAK" PENDAPATAN NEGARANYA SENDIRI 5BILLION NIE?? logik ke??
HEBAT KILANG "KERETA" PUN TAK MENJANA 5BILLION NIH.. CEEE PIKIRR.. APE MUSLIHATNYA??
..ADA PROF DR. UKM (ATOM/NUKLEAR) KATA.. KOS DI AUSTRALIA MAHAL/GAJI MAHAL.. NI MACAM JAWAPAN PROF. KANGKONG JE..
DIA TAU TAK KIRA rm5BILLION NIH, BERAPA BANYAK.?? KALAU SETAKAT NAK BAYAR GAJI/ELAUN TU- 1BILLION TAK CUKUP KE??.. NAK UNTONG BANYAK MANE??
TTAPI TAK SALAH DIA.. DIA PAKAR NUKLEAR/ATOM - BAB2 KIRA ISOTOP2 TU MAHIR LA.. TAPI EKONOMI??
JOM SAMA-SAMA PIKIR.. JANGAN CAYA BULAT2...REBAN KITA!!

DrSabri said...

Prof dr UKM tu bukan tahu pasal teknologi dan kejuruteraan tapi berani dan sanggup bercakap walau pun tidak betul. Kesian.

Zimbo said...

JANGAN PANGKAH DACING