PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, February 21, 2012

Panas: MB Tipu Rakyat, Arah MPK Adakan Futsal Di Lokasi Yang Sama 'Himpunan Hijau' Ahad Ini !

KUANTAN, 21 Feb - Seperti yang dijangka, akhirnya Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini bakal mendapat halangan oleh pihak kerajaan. Walau pun pada asalnya Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) dengan bangganya mengatakan beliau membenarkan perhimpunan itu diadakan di Padang MPK 1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah dekat sini. Namun, kini segalanya terserlah bahawa semua itu adalah "gimik dan tipu muslihat" semata-mata. Sebelum ini MB mencabar penganjur menghimpunkan 20,000 atau lebih penyokong pada program itu, untuk menggambarkan ia mendapat sokongan padu daripada sebahagian besar rakyat. Namun, kini semuanya itu sekadar "omongan kosong" semata-mata. Difahamkan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah diarahkan mengadakan program di padang terbabit pada hari tersebut. Arahan kemungkinan besar dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku pada dua program yang sama (protes Lynas) di Taman Gelora satu ketika dulu.Menurut sumber dalaman MPK dan SUK Pahang, satu pertandingan Futsal Terbuka akan diadakan di lokasi yang sama pada 26 Februari ini (Ahad) iaitu hari yang sama Himpunan Hijau 2.0 dijadualkan berlangsung. Futsal Terbuka itu khabarnya diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Sukan Dan Pelancongan MPK, Wisma Belia Indera Mahkota dekat sini. Persoalannya, kenapa MPK tiba-tiba adakan program tersebut di lokasi yang sama dengan Himpunan Hijau 2.0 yang sudah lama dirancang itu. Semuanya kerana mendapat arahan daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang yang mahu himpunan terbabit dibatalkan atau diganggu. Dengan mengarahkan MPK adakan acara sukan, maka seolah-olah kerajaan akan lepas tangan dan mengatakan mereka tidak tahu menahu. Sedangkan, umum sudah mengetahui bahawa acara sukan yang diadakan oleh MPK itu adalah acara "bidan terjun", sama seperti di Taman Gelora dulu. Kerajaan tidak perlu menipu rakyat kerana semua ini memang sudah diketahui sejak dulu lagi. Malah, di Taman Gelora dulu kerajaan telah memunggah begitu ramai pelatih PLKN untuk berhimpun di situ. Bukan setakat mengganggu, malah mereka juga menghantar kumpulan tertentu untuk membuat "kacau ganggu" terhadap peserta perhimpuan terbabit.


Kenyataan MB Soal Lynas semasa World Walking Day November lalu

[Sebenarnya, sejak dari awal ramai yang tidak yakin dengan kenyataan MB Pahang kononnya Kerajaan Negeri mengalu-alukan peserta Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini. Malah, kata-kata MB itu tidak lebih untuk memperli program terbabit yang kononnya tidak akan mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Malah, beliau juga dengan berani mencabar agar penganjur menghimpunkan lebih 20,000 peserta pada hari itu nanti. Akhirnya kini terbukti, pihak berkenaan sebenarnya "takut kepada bayang-bayang sendiri", apabila secara simbolik mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengadakan program sukan di lokasi yang sama pada hari tersebut. Modus operandi yang dilakukan ini hampir sama dengan apa yang berlaku di Taman Gelora dulu. Mereka seboleh-bolehnya mencari jalan untuk menghalang, tetapi dengan cara berhemah kononnya. Padahal umum sudah mengetahui taktik tersebut. Malah, dijangkakan ramai anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan berada dilokasi terbabit pada hari itu nanti. Inilah strategi yang sudah boleh dibaca sebenarnya. Maka itu, semua peserta diminta berhati-hati dengan apa jua unsur provokasi yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi menggagalkan Himpunan Hijau 2.0. Mereka akan menggunakan media untuk melaporkan kononnya himpunan itu nanti telah gagal dan tidak mendapat sambutan rakyat. Sedangkan mereka yang cuba menggagalkannya. Kenapa futsal itu tidak dibuat di Taman Gelora?!].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

MB dah takut bayang2 sendiri..kah..kah..kah..

MamatPas said...

Apa yang korang sibok buang masa nak buat demo anti Lynas ni. Yang aku tau sebhgn org cina je yg sokong anti lynas sbb mereka ada kepentingan tertentu. Yang korang melayu sibok jadi tukang bising ni buat apa?? Nak berpolitk pun biar cerdik sikit. Baik balik rumah jaga anak bini.

Anonymous said...

sokong mamatpas!

Anonymous said...

Aku tak sokong lynas bukan kerana cina laa.. Lynas tu bom jangka bawa becana wehhh..

Anonymous said...

Selamatkan bumi Malaysia...
Jangan jadi bodoh dan sombong pemimpin2 Jepun itu hari pasal menafikan bahayanya kesan logi nukliar. Mereka kata pembangunan logi itu adalah yang paling canggih. Tapi lihat secanggih macamana sekalipun, bila Allah turunkan bala dgn hanya gempa bumi, maka, rakyat sekitarnya yang mendapat kesengsaraan. Tanah tumpah air terpaksa di tinggalkan akibat pencemaran radioaktif. Dimana perginya pemimpin2 yang bongkak dan sombong itu?

Jadi, apAKAH rakyat malaysia mahukan perkara yang sedemikian berlaku??? Jangan bongkak dan jangan sombong.

Ayuh rakyat, kita bangki menentang punca kemusnahan dan kerosakkan aam dan manusia.

Anonymous said...

Anon 3:17

Kenyataan paling bangang dan bodoh..habis org Melayu tak bernafas ker? org melayu tak nak hidup selesa ker?

Org Cina saja ker yg nak bernafas? org Cina saja ker yg hidup selesa?

Labih baik ko buat rumah sebelah kilang Lynas...ada brani ka?

Anonymous said...

Semua ready untuk merasai nikmat LYNAS iaitu kubur

Anonymous said...

Satu perhimpunan pada hari yang sama juga akan diadakan di Padang bernama ABA Asalkan Bukan Adnan

Anonymous said...

Dan lembu lembu umno pun ikut sajalah tuan mereka,tak kisah keturunan besok jadi keturunan berpenyakit. Demi umno jual bini pun ok. Dasar bodoh tetap dan berpencen.

Anonymous said...

Futsal jenis baru....agaknya main atas RUMPUT......Lebih baik main kat kandang LEMBU.....lagi baik....susu Lembu dapat....Taik Lembu pun dapat....kah...kah....!kena tipu hari2.!

Anonymous said...

Datang untuk halang kemusnahan generasi melayu india cina. umno mic mca jugak.