KUANTAN, 2 Feb - Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) semalam yang telah meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu. "Saya benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat beberapa hari lagi."Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu. Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas. Dari situ sahaja, kata beliau, telah menunjukkan bahawa AELB menganugerahkan lesen dalam situasi di mana pihak kawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan yang jelas dari Lynas. "Pada asasnya, dengan mengeluarkan lesen itu, ini bermakna AELB sedia mengabaikan isu-isu keselamatan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat sekitar Kuantan," katanya. AELB lewat petang semalam mengumumkan mereka telah memberi lesen kendalian sementara (TOL) untuk Lynas mengendalikan loji memproses nadir bumi.[Nampaknya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan kelulusan tergesa-gesa oleh AELB ini sebenarnya. Tambahan pula ia dibuat ketika seluruh dunia mempertikaikan tentang soal keselamatan dan kesihatan kilang terbabit apabila kontraktor utama yang berkaitan tiba-tiba menarik diri. Bukankah ini membuktikan kepada kita memang ada sesuatu yang tidak kena dala kontroversi ini. Soalnya, kenapa dalam masa yang pantas AELB meluluskan lesen TOL kepada Lynas. Kenapa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berdiam diri dan tidak mengarahkan satu siasatan yang rapi diadakan terlebih dahulu sebelum kelulusan diberikan. Ternyata ada "misteri" yang meragukan rakyat dalam hal ini. Makanya, tindakan Fuziah dah NGO terbabit untuk mencabar keputusan AELB ini ada kewajarannya. Justeru, kerajaan perlu fikirkan rakyat dalam merancang sesuatu dan bukannya secara tergesa-gesa begini. Rakyat Kuantan sudah pasti akan bertambah marah dan kecewa dengan senario yang berlaku ini].












14 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
tergesa-gesa?
5 tahun doh buat researh, IAEA audit,panel awam audit?...
sudah2 la YB, kami dah muak dgn isu Lynas, kami dah muak dgn sikap hipokrit YB, kalau Lynas tak de YB boleh bagi peluang keje kat kita orang ke?
dh2 la YB,jd tukang masak la pas2 ni,lg bgus!!!rmai sgt dh ank2 melayu keje kat lynas,YB tau ape!!tau wat fitnah jela!!syabas lynas!!buktikan yg anda dipihak yg benar.Amin
Hi YB, syabas atas tindakan yang akan diambil oleh SLC itu. We support SLC to bring the matter to court. Tak usah ambil perhatian sangat dengan provokasi pihak UMNO yang mementingkan kerja...kerja....kerja, tanpa memperdulikan kesihatan dan keselamatan generasi kita akan datang (UMNO spesis macam tu kepalanya fikir nak mentekedarah aja). Tak apa, geng2 UMNO yang bersama saya yang menentang isu Lynas telah mula bergerak secara senyap dan kini telah mula mendapat sambutan rakyat atas pagar walaupun secara diam2. Kawasan Sg Lembing, Pancing, Paya Besar dah bermula dan Alhamdulillah, respond amat baik. Ramai tok 4 dah mula sokong kita malah memberikan kerjasama pula. Kami akan berusaha lebih kuat lagi. Dah ramai pun orang UMNO yang benci BN krn Lynas ni. Let UMNO/BN pay the high price by allowing Lynas to operate in Kuantan. Katanya, yang akan mengundi BN dalam PRU 13 nanti pun ialah hanya pekerja Lynas ajer.
BERITA YANG FUZIAH THORON TAK BAGITAU DENGAN ORANG!!!
Harga saham syarikat perlombongan Australia, Lynas melonjak hari ini selepas Malaysia memberikan lampu hijau kepada pusat pemprosesan nadir bumi itu meneruskan operasinya meskipun timbul kebimbangan kemungkinan berlakunya pencemaran sisa radioaktif.
Loji yang hampir siap dibina di Gebeng, Kuantan itu akan menjadi antara kilang di luar dari China yang mampu memproses nadir bumi - galian yang digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi seperti peluru berpandu dan telefon bimbit.
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia semalam mengumumkan lesen sementara untuk pusat itu mengendalikan operasinya bagi tempoh permulaan selama dua tahun tetapi berdasarkan syarat-syarat yang ketat.
Lembaga itu juga mengingatkan bahawa lesen berkenaan boleh digantung atau dibatalkan jika Lynas gagal mematuhi syarat-syarat pengendalian sisa radioaktif berbahaya yang lazimnya wujud dalam nadir bumi.
Saham Lynas hari ini melonjak hampir 20 peratus apabila didagangkan pagi ini pada harga A$1.60.
"Lynas mengiktiraf tanggungjawabnya kepada masyarakat untuk mengendalikan loji itu dengan cara yang selamat dan mampan," kata pengerusi eksekutif syarikat Nicholas Curtis ketika mengalu-alukan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia itu.
Ps: Tahan jugak la Lynas ada membantu rakyat di kawasan Gebeng ni. Nak harapkan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu, jangan mimpi la!!! Diorang tu setakat cakap dan mempertikai je boleh la!!!
Jangan saudara dan saudari membuat sesuatu tindakan itu dengan perasaan amarah kerana dalam marah ada syaitan mendokonginya. Kepada perjuang2 Islam dengan rasa rendah diri saya ingin meningatkan diri saya dan sahabat2 bahawasanya Allah tidak akan bertanya apakah kita menang atau kalah. Sebaliknya Allah akan bertanya apakah sumbangkan kita kepada perjuangan Islam. Ingatlah sesungguhnya Islam itu berkembang dengan akhlak yang baik yang ditunjukan oleh Rasul kita, para sahabat dan juga ulama2 selepas itu. Dimana indahnya Islam jika sebagai perjuang Islam, kita asyik menghamburkan kata2 nista kepada musuh kita. Sudah menjadi fitrah manusia, apabila dikeji ianya makin menjadi bertambah benci. Apabila mereka benci ianya makin jauh dengan kita. Kejayaan yang paling manis adalah kejayaan mengeluarkan kawan2 kita dari kejahilan kepada cahaya Islam, itu kejayaan yang paling manis buat kita. Saya sekali lagi memohon kepada muslimin dan muslimat berilah comment dengan bahasa yang baik kerana ianya mencerminkan keindahan islam itu sendiri. Semoga Allah menlindungi kita daripada menjadi penyebab, orang makin jauh dari cahaya Islam.
APA PUN JADI, APRIL/MEI 2012 INI, KILANG LYNAS TETAP AKAN BEROPERASI..!!
LESENN SEMENTARA TALAH PUN DILULUSKAN OLEH "AELB".
BOLEH PERCAYA KE "AELB INI, ATAU MEREKA SAMA SAJA SEPERTI "AIEA" SEBAGAIMANA MENJAHANAMKAN "IRAQ" DAN SEKARANG AKAN MENJAHANAMKAN "IRAN".??
APA PUN KEPUTUSAN...BIARLAH RAKYAT MALAYSIA/PAHANG MENENTUKAN NYA!! MEREKA YG MAHU HIDUP, BUKAN LYNAS.
REZEKI DIMANA2 SAJA DIBUMI ALLAH, BOLEH DICARI!! BUKAN SETAKAT DI LYNAS SAHAJA.
NI MINTAK "LYNAS" JAWAB..
MEROKOK.. KERAJAAN M'SIA SAHKAN AMAT BAHAYA. SIKIT JE, SEHARI-SEBATANG.. Tapi, akan jadi kanser paru2 dll.(5th, 10th, 20th...)
TAPI HASIL GOMEN (ROKOK)- JUTA2/MILLION2 & tak disekat.
GUNA HANDPHONE -LAMA2 - akan sakit otak/gangguan saraf/kenser otak.
JANA PENDAPATAN - BILLION2 (digi/maxis/cecom dll)-pandai2 la.
MAKAN AYAM - (LAMA2) ESP. KEPAK/LEHER. akan dapat kanser payudara/hati/pertumbuhan tak sempurna etc. Berani makan tanggung sendiri.
SO.....HASIL TOXIC/RADIOAKTIF "LYNAS" NI WALAU SIKIT, LAMA2 JADI SIHAT KE??
KALAU 5TH, 10TH, 20TH,40TH, APE JADI?? TAK ISTIHAR KENSER PUN.!!
MANDOL KE, JADI JULING KE, ORANG KENIT KE, APA2 LAH..hehehe
Atau tanggung sendirila Brother.. janji hasil GOMEN Masukkkkk!!!
TQ...SELAMAT MENCUBA/BER"R&D".
Salam, kelulusan Lynas memang menghairankan dan penuh percanggahan. Orang yang hanya fikir singkat (sedihnya ramai dari kalangan Melayu) hanya tahu menyokong. Banyak maklumat-maklumat yang memperbodohkan disebarkan pemimpin berkepentingan. Syabas YB Fauziah atas suara Rakyat anda.
Tq MP Kuantan atas usaha ini,mudahan Allah bagi ganjaran setimpal..kesedaran begini perlu ada
Padan gitu jelah YB ni. Kena cucuk ngan cina babi jelah. mari kita sama-sama pi umah YB. Dia nak bagi kita kerja kosong.
Betul juga kata sdr ZOI tu, jangan guna bahasa kesat.... teruskan bisikan kat telinga makcik2 tu,....psssttt...makcik JANGAN PANGKAH DACING ye!
setuju dengan zimbo. Saya pun nak mulakan kempen JANGAN PANGKAH DACING.
orait.....JANGAN PANGKAH DACING
Post a Comment