KUALA LUMPUR, 2 Feb - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui usul Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) mereka tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim (foto). Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan mengelakkan sebarang kesangsian bahawa mereka memang benar-benar menyokong pembangkang. "(Ini) khususnya ketika sesetengah ahli kita di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka begitu kritikal terhadap Pakatan Rakyat,” katanya. Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu. Sebelum ini KITA bahagian Melaka dibubarkan 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.[Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil. PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Namun, anehnya ada pula penyokong pembangkang yang mengutuk tindakan Zaid ini. Kononnya Zaid tidak layak untuk diterima kembali bersama rakyat. Walhal Zaid keluar PKR dan tidak pernah sertai UMNO kembali atas dasar prinsip perjuangan untuk rakyat. Semoga masa depan Datuk Zaid Ibrahim akan lebih cerah selepas ini hendaknya].












6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Baik bubar PAS biar semua ahli Parti Angguk Saja itu masuk DAP.
Ada bantahan?
APE KOJE KOU NI ZAID OII.. MASUK RUMAH ORANG, ROBOHKAN RUMAH ORANG TU...
DAH BERAPA BANYAK DA, KOU MASUK RUMAH ORANG, PASTU ROBOHKAN NIE...!!
TAKDO PENDIRIAN KOU NIE,,, ASHIK KAWIN CERAI,KAWIN CERAI JOE..!! BUAT RUMAH SENDIRI LA,,,
TAK RETI KE BUAT RUMAH SENDIRI.. AJAK LE DR. HASSAN ALI, ZOL KULIM, BRAHIM ALI JOIN SEKALI...kahkahkah!!
Zaid....suruh Hasan Ali bubar JATI pulak.....saya cadangkan 1 nama parti/pertubuhan ke...lantaklah mana satu....bernama "PARTI JIWA KACAU'(PJK)....ini sesuai kapada anda....!
Banyak daa partilah apalah. Semuanya nak nama dan kuasa. Rakyat habuk tak dapat apapun. Banggang
Nampok sangat si zaid ni takdok pendirian. Macam lalang. Sekejap sini sekejap sana. Namapun loyar. Loyar buruk. Loyarkan kuat menipu. Macam ni nak buat pemimpin. Hancur Malaysia ni. Banggang2xxxx.....
apakata buat parti katak semalaysia(PAKASAM) lg baguih buat hang za8.hang,asan ali.brahim ali.zul kulim boleh join.tak lupa pula zahrain dan sapa tu katak kat perak tu?ha join sekali.lepas pilihanraya jadi mati katak(katak kering)
Post a Comment