PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, February 1, 2012

Panas: Politik Azan Ismail 'Semakin Pudar', Tiada Tempat Di Terengganu Dan Pahang Pada PRU Ini

Susulan pendedahan kami tentang kontroversi Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail maka ternyata, ramai pihak yang "perasan dengan kehilangan" Wakil Rakyat itu selepas beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu. Menurut sumber, nasib Azan kini "umpama telur dihujung tanduk". Karier politik Azan semakin pudar jika dia tidak memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya. Azan kini buat tabiat yang sama ketika dia memimpin Cabang Indera Mahkota dulu. Sikapnya yang tidak mahu mendengar pandangan orang lain serta "keras kepala" menyebabkan sebahagian besar kepimpinan PKR Terengganu kini menolak beliau. Malah, sejak kehadiran Azan ke Terengganu, kini Pakatan Rakyat di negeri terbabit menjadi kecoh dan panas. Ia berikutan tindakan Azan dan kuncu-kuncunya yang mahu meminta kerusi lebih di DUN Terengganu pada Pilihanraya Umum akan datang. Kemasukan Azan ke Terengganu dengan janji-janji manis akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu kini seolah-olah tidak akan menjadi kenyataan. Beliau kini terperangkap oleh kealpaan sendiri. Azan tidak sepatutnya meninggalkan Indera Mahkota dan membiarkan pengundinya terkapar-kapar seperti sekarang ini. Malah, difahamkan Azan kini sudah tidak mendapat sokongan lagi dari sebahagian besar cabang-cabang PKR di Terengganu melainkan cabang Marang sahaja. Beliau juga dipercayai tidak "sebulu" dengan Rafizi Ramli selaku Ketua Cabang Kemaman yang menyebabkan pemimpin muda terbabit yang juga Pengarah Strategik PKR kini semakin meminggirkan Azan di Terengganu sebenarnya. Tindakan Azan yang mengertak PAS untuk bertanding tiga penjuru jika agihan kerusi yang diminta tidak dipenuhi juga adalah satu tindakan biadap yang sukar dimaafkan oleh PAS Terengganu.

Azan Gagal Yakini Rakyat Dalam Perjuangannya

Azan kini khabarnya tidak lagi berpeluang untuk bertanding dalam mana-mana kerusi di negeri Terengganu walaupun beliau adalah Pengerusi Negeri. Ini kerana, pimpinan PAS Terengganu merasakan PKR tidak cukup bersedia dari segi tenaga dan jentera untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 ini sebenarnya. Malahan, di Terengganu sendiri sememangnya rakyat lebih selesa berada bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) sama seperti di Kelantan. Masalah Azan dengan kepimpinan PAS Terengganu kini sudah sampai ke kemuncaknya, hingga beliau kemungkinan besar tidak punyai kerusi untuk bertanding di sana. Terdapat ura-ura Azan mahu melobi kerusi DUN Bandar yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Tambahan pula Azan memang dipercayai berasal dari kawasan itu. Namun, segalanya kini terletak ditangan rakyat di kawasan terbabit. Malah, difahamkan kini Azan sudah tiada "kuasa" lagi untuk menentukan calon PKR di Trengganu. Kuasa sepenuhnya kinis udah diambil alih oleh pusat melalui Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik). Maknanya, Azan kini bukan sahaja terbuang malah imej dan popularitinya kian merudum. Beliau hanya dilihat hebat ketika berhujjah di Parlimen dalam isu-isu berkaitan kewangan namun di kawasan sendiri beliau gagal melakukan yang terbaik untuk rakyat. Paling malang, Azan gagal menjuarai "isu Lynas" yang dibantah oleh sebahagian besar rakyat di Parlimen Indera Mahkota sendiri. Hanya Fuziah Salleh sahaja yang dilihat terkehadapan dalam isu terbabit. Inilah yang menyebabkan rakyat Indera Mahkota kini tidak yakin lagi dengan perjuangan beliau sekarang ini.

[Persoalannya sekarang, jika senario begini maka ke manakah lagi hala tuju Azan Ismail selepas ini?. Beliau sudah tidak diterima lagi oleh penyokongnya di Indera Mahkota, malah ramai orang-orang kanannya di Indera Mahkota sendiri telah meninggalkan beliau termasuk menyertai UMNO Bahagian itu. Ini bermakna, Azan tidak mungkin boleh kembali ke Indera Mahkota. Masalah juga timbul bila mana PKR Pusat melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali kini seolah-olah memberi "greenlight" kepada bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi iaitu Zakaria Abd Hamid untuk mengambil alih tempat Azan di Indera Mahkota. Malah, tugas beliau sebagai "care taker" di parlimen itu dilihat cukup berkesan mutakhir ini. Berbagai-bagai aktiviti dan program telah dianjurkan dengan kerjasama PAS dan DAP di kawasan terbabit. Makanya, peluang Azan untuk bertanding semula di Indera Mahkota mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Maka, langkah terbaik ialah beliau berundur dari politik dan menumpukkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti yang diidam-idamkan. Kami akan mendapatkan maklumat lanjut isu ini dalam masa terdekat. Malah, kami juga akan mendedahkan tentang beberapa pertemuan sulit antara YB Azan Ismail dengan pemimpin UMNO BN. Apakah Azan akan bersama rakan-rakannya dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk berjuang bersama UMNO, nantikan pendedahan panas ini].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

bunbinban said...

Udah2 la berpolitik. Tumbangkan BN dulu. Kalau ikutkan, PKR hanya layak bertanding di 2 parlimen je iaitu di Kuantan dan Indera Mahkota( tempat Azan). Yg lain PKR tak leh tanding sebab takde calon yg benar2 layak. Kelayakan jgn di ukur dr segi populariti maupun degree je tapi kena menyeluruh. Kaki bodek elok buang ke sg Pahang je bagi makan ikan patin. Mcm parlimen Temerloh elok bagi je kat PAS sbb PKR takde calon yg berwibawa. PKR kalau nak menang di Temerloh, syarat pertama calon kena dekat di hati rakyat. Kedua tidak berlagak elit. Ketiga, ckp serupa bikin. Keempat buat kerja. Apa2 calon la, tak kira PAS ke PKR ke, UMNO ke....kalau syarat2 tu takde, elok jadi lembu je...hahaha

Anonymous said...

setuju ngan ko bunbinban..PKR trg pun hampeh...lagak jer lebih...ada yang berangan dah nak bagi projek kat kroni..tu beum menang seat lagi...PKR tak yah ler tanding kat Ganu...buang masa ajer...

Anonymous said...

kalau cmk bertanding pun sama comfirm kalah!bila minta jadi calon tu tanda ciri2 x comey weh...

ZOI said...

Ikhlas kan lah diri berjuang untuk agama. Insyallah kita akan dapat balasan yang setimpal di ahkirat kelak. Allah tak akan bertanya adakah kita menang ke tidak di dunia ini, tetapi Allah akan tanya apakah sumbangan kau untuk untuk medaulatkan islam.

Anonymous said...

apa komen saudara semua cucumatkilau nak bertanding di parlimen pekan hingga sanggup fitnah mr ram keluar PKR dan masuk parti KITA! apakah pembaca PDO sudah lupa dengan perangai pelik cucumatkilau?? beginikah org yang akan kita angkat menjadi pemimpin kita?

Anonymous said...

Aku slalu dok tgk cmk ni lepak kat restoran fauzi kat kg tgh. Orang lain kerja dr pg sampai petang cari duit. Dia ni duk main laptop hari-hari.