Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Rakyat Kecewa, PM Rela Luluskan RM200 Juta Untuk Danga Waterfront Johor, Tapi Projek Kuantan Waterfront Di Negeri Sendiri Di Abaikan

KUANTAN, 17 Feb - Dalam lawatan kerjanya ke Negeri Johor baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berjanji untuk meluluskan peruntukkan RM200 juta, kononya bagi mengindahkan Danga Waterfront. Kenyataan tersebut jelas sekali mengecewakan rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan sendiri. Ini kerana, Najib lebih selesa menjanjikan projek kepada negeri lain sebaliknya negeri Pahang dibiarkan dalam keadaan yang cukup membimbangkang. Jika Danga Waterfront mahu dibangunkan dengan peruntukan sebanyak itu, maka apa kisahnya pula dengan Kuantan Waterfront (klik gambaran artis). Sudah lebih tiga tahun, hingga sekarang kawasan seluas 2.4 ekar di tebing Sungai Kuantan itu telah dikosongkan. Dulunya kawasan yang dikenali sebagai Medan Pelancong itu menjadi pusat tumpuan peniaga-peniaga Melayu dibandar ini. Susulan projek berkenaan, semua peniaga terbabit diarahkan berpindah tanpa ada lokasi spesifik yang ditetapkan oleh kerajaan. Hasilnya, ramai yang gulung tikar dan kini tidak lagi meneruskan perniagaan masing-masing akibat tidak sanggup menyewa lokasi yang harganya melabung daripada biasa. Tinjauan PDO ke lokasi terbabit ternyata masih ada peniaga yang terpaksa meneruskan perniagaan di situ walau pun arahan perpindahan telah dikeluarkan. Apa yang menyedihkan, kawasan terbabit kini menjadi tempat melepak penagih dadah dan gerai-gerai yang ada sekarang pun sudah semakin usang dan mencacatkan pemandangan. Sebelum ini, rakyat Kuantan dihebohkan dengan berita Pasdec Holdings Berhad mahu membangunkan kawasan tersebut dengan hotel meah bertaraf lima bintang, namun cadangan tersebut dibatalkan akibat kekurangan kewangan. Kini akhirnya, peniaga Melayu di kawasan itu dipinggirkan sedangkan cadangan yang diharapkan langsung tidak menjadi kenyataan.


Najib begitu berbangga mahu membangunkan Dangan Waterfront di Johor

Projek Kuantan Waterfront yang kini tertangguh akibat masalah kewangan
Apa yang ada ialah sebuah hotel yang dikenali sebagai Hotel Sentral dibangunkan atas bangunan lama Hotel Samudera River View milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dulu. Kini aset tersebut sudah terjual ke tangan pihak lain, walau pun anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang itu dikatakan berdaya maju. Ramai yang kecewa dengan kenyataan PM Najib Razak sanggup meluluskan peruntukan besar untuk bangunkan Danga Waterfront di Johor, sebaliknya Kuantan Waterfront di negeri sendiri terus terabai. Apa yang jelas dan rapat dilihat oleh rakyat ialah sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sekarang Perdana Menteri, langsung tidak wujud projek fizikal yang boleh dibanggakan di negeri Pahang ini sebenarnya. Apa yang ada ialah projerk berisiko dan ditentang rakyat seperti Lynas di Gebeng. Malah, difahamkan projek gas dan minyak (Oil and Gas) yang kononnya menjadi kebanggaan rakyat Pekan di Tanjung Agas juga kini nampaknya bermasalah dan bakal "tidak menjadi kenyataan" sebenarnya. Apa yang dapat dilihat oleh rakyat ialah Najib hanya balik ke Pekan dan menabur duit untuk membeli undi pada Pilihanraya Umum akan datang. Malah, beliau juga lebih selesa menempatkan begitu ramai warga asing dari Kemboja dan Myanmar menjadi permastautin tetap di Pekan sekarang ini.

[Rakyat Pahang sepatutnya mengambil perhatian atas perkembangan ini. Benar bak kata pepatah "Beruk Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan". Inilah yang berlaku kepada rakyat Pahang sekarang. Mereka mempunyai dua orang Perdana Menteri setakat ini, namun pembangunan yang berlaku di negeri ini begitu lembab dan cukup membosankan. Apa yang dapat disaksikan ialah kemelesetan ekonomi Kerajaan Negeri Pahang dan kejatuhan dan masalah yang berlaku kepada beberapa buah anak syarikat kerajaan itu sendiri. Selepas lebih 50 tahun UMNO BN memerintah dan begitu banyak hasil mahsul dan khazanah rakyat di negeri ini yang jatuh kepada beberapa kerat pemimpin UMNO BN, maka sudah tibalah untuk rakyat melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Ubah sebelum parah dan jangan biarkan mereka yang khianat terus memimpin negeri ini. Pastikan kemenangan rakyat pada PRU-13 ini nanti, jika mahu nasib dan masa depan anak cucu mereka lebih terjamin].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Tengoklah PM lain. Sekurang-kurangnya ada bawak masuk projek2 pembangunan kat negeri sendiri. Yang aku peliknya mengapa banyak sangat peruntukan perbelanjaan negara di beri kepada johor? sepatutnya agihan perbelanjaan negara diberi sama rata. Asyik2 johor. Baru aku terfikir rupanya najib ni asalnya johor. Bini dia pulak orang negeri9. Patutlah dia tak kisah sangat kat pahang ni.

Anonymous said...

RAKYAT PAHANG JANGAN "MEMPERBODOHKAN" DIRI SENDIRI..
STUDY DULU DIMANA "NAJIB" NI TINGGAL & DIBESARKAN.
75% USIA MUDA/REMAJANYA TINGGAL DI-ENGLAND.. THEN 20% LAGI DI-K.LUMPUR..5% JE KAT PEKAN..!!
SO.. INGAT TAK, MASA BALIK KE PEKAN, CAKAP MELAYU PUN TAK BERAPA PANDAI & TELOR... kahkahkah
SO.. NAK SURUH DIA BAGI ISTEMEWA KE PAHANG..??? SORRY LA.. SYOK SENDIRI LA YOU..!!! BAGI DUIT POKET BOLEH LA..!!
AYAHNYA TUN RAZAK..OK,GOOD>> BEST!! STUDY BAWAH TIANG LAMPU JALAN JE, DIJALAN GALING/BASERAH, MASA MUDA2 DULU..!! WEII, INGAT SEJARAH!! TANYA LA ORG TUA2 MACAM AKU NIE,..!! NAK TAU SAPE PARTNER TUN RAZAK MASA TU..hehehe, pun aku bole bagitau!!

Anonymous said...

MENTAL "RAKYAT P****G" NI, ROSAK SIKIT, TERGILA- GILA PADA "B*"
SBB TU NAJIB NAK BAGI "DUIT" PUN TAKUT..
ORANG "P****G" PIKIR SUSAH NAK MAKAN KALAU "B*" MATI, TAKUT KEBULOR!!
MACAM ASLI DULU, BAGI "GARAM & TEMBAKAU" JE, HABIS HARTA DIA BAGI.

Anonymous said...

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

Anonymous said...

hahah mmg cam tu. kepada wakil pm yang baca PDO tlong tengukan sekolah agama rakyat cenderawasih(KAFA) minta mana mana pun tak ada yang membantu.Dah berlambak surat dan profil sekolah bagi abuk pun tarak. kelam kabut sekejap aja.

Anonymous said...

pernah terbaca isu mahkamah syariah tak lama dulu di PDO..khabarnya pastu MS diarah pindah oleh SUK ke Pej lama Pejabat tanah Dan Daerah Kuantan tanpa ada apa2 renovation..kes terpaksa tangguh sebab dewan bicara JKR belum buat..apa hal yg serabut sangat tu?apa yg pelu sangat pindah ni?betul ke pahang ni perihatin hal agama?...khabarnya kes terpaksa tangguh kerana takde dewan bicara alahai...

Anonymous said...

PRU 13 NANTI AKU HARAP DAN BERDOA AGAR ALLAH BERI KESEDARAN PADA RAKYAT PAHANG TERUTAMA YANG MELAYU2 NI, SUPAYA BERUBAH MINDA, SEDAR AKAN KEADAAN SEMASA,PENIPUAN, KERAKUSAN, KEZALIMAN KERAJAAN BN...KEATAS RAKYAT...PELBAGAIKAN BACAAN SUPAYA TAHU KESAHIHAN SATU2 PERISTIWA ITU....MASYALLAH...BERUBAH LAH..TERLALU LAMA BN BERKUASA SEHINGGA ADA RAKYAT YANG TERSEKSA..TAK SANGGUP AKU BERHADAPAN DENGAN SITUASI APABILA KUASA MASIH DITAMPUK PEMERINTAHAN MEREKA LAGI...AKU BIMBANG RANAP...BANGKRAP PAHANG NANTI...DEK KERANA TAK BIJAK MENGURUS NEGERI...HASIL NEGERI BANYAK TAPI KEMANA PERGINYA...INSAF LAH RAKYAT PAHANG..PIKIRLAH ANAK CUCU KITA..SETELAH KETIADAAN KITA NANTI...APAKAH MEREKA BOLEH HIDUP SEPERTI SEKARANG...TUMBANGKAN BN!

Anonymous said...

Johor di beri SUSU(tempat kelahiran emak JIB) Pahang diberi RACUN(tempat kelahiran ayah Jib)....bagus....bagus...anak ini....

Anonymous said...

TANAH PROJEK KUANTAN WATERFRONT DAH BERPINDAH TANGAN LAA BROO...APAHAL PULAK NAJIB NAK BANTU SYKT LUAR GUNA DUIT RAKYAT...KAJI DULU FAKTA SEBELUM..SIAPA DALANG YG URUS PENJUALAN TANAH TU...FIKIR LAH SEMUA..PRU 13 ini kita semua kena ubah..tukar...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]