PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, February 21, 2012

Panas: Ramai Musykil BR1M Dan Kecewa Bila Ada Pemimpin BN Yang Terpilih Menerimanya Di Bera

KUANTAN, 21 Feb - Beberapa hari yang lalu, sebuah portal berita terhangat di negara kita, Malaysiakini telah melaporkan satu berita panas berkaitan seorang pemimpin BN terpilih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemimpin terbabit yang dipercayai merupakan Pengerusi MCA Bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (foto), khabarnya menerima bantuan tersebut selepas pihak berkenaan mendapati dia layak dan memenuhi kriteria. Beliau yang juga merupakan seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya selepas itu. Soalnya sekarang, apakah benar beliau layak menerima bantuan terbabit sedangkan dia merupakan Pengerusi sebuah parti komponen BN di Bera. Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah apakah kriteria yang menyebabkan beliau yang mempunyai kedudukan itu boleh terpilih, sedangkan ramai lagi rakyat yang layak masih gagal mendapat bantuan tersebut. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Tidak wajar seorang pemimpin BN memohon dan dipilih pula mendapat bantuan yang dikhaskan untuk rakyat yang berpendapatan dibawah RM3,000 itu sebenarnya. Apa yang terjadi ini sangatlah memusykilkan kita, dan menunjukkan bahawa apa yang dilakukan kerajaan sekadar untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Menurut seorang pemimpin NGO yang ditemui berkata, beliau hairan bagaimana Tang Hock Lok boleh memohon BR1M, sedangkan jelas beliau merupakan pemimpin masyarakat di kawasanya. "Tak mungkin pegawai BR1M buta mata dan hati untuk melihat calon-calon yang memohon, sampaikan seorang pemimpin pun boleh layak dan melepasi kriteria. Jika inilah keadaannya, maka saya tidak hairan banyak bantuan kerajaan untuk rakyat miskin akhirnya terlepas ke tangan proksi-proksi UMNO BN termasuk rumah kos rendah dan bantuan kebajikan yang lain. Sebab mereka yakin semuanya boleh!", kata beliau dengan nada kecewa.

[Apa yang lebih melucukan, apakah wajar pemimpin terbabit memohon wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk memberi kebajikan kepada orang lain?. Bukankah kerajaan yang disokongnya iaitu UMNO BN sudah mempunyai berbagai tabung kebajikan dan bantuan untuk rakyat. Dalam hal ini pihak yang sepatutnya dipersalahkan juga ialah pegawai yang meluluskan permohonan beliau. Nampak benar mereka buat kerja sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Ini bukti jelas, ramai proksi-proksi mereka yang sepatutnya tidak layak akhirnya dipilih dan ia bercanggah dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan itu sendiri. Rakyat digesa bijak untuk menilai semua ini, dan mereka perlulah melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang ini agar tidak terus ditipu oleh pihak terbabit. Jika begini caranya, memang sah mereka semua cuba untuk menipu rakyat dengan cara ini!].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Itulah BR1M= Beri Rasuah 1 Malaysia....he...he...bijak cari tajuk.....Lepas ni apa pulak....?

Anonymous said...

Aku dah sapu dah BRIM minggu lepas, penyerahan BRIM dari orang BN pakai baju biru. Bantuan BRIM Najib istihar dlm bajet 2012 bulan 10 2011 yang suruh ambik BRIM dari org BN tu pasal apa, nak suruh org faham duit tu duit BN ke, bengong punya BN, atok aku mengekek gelak dia kata bodoh punya BN.

hitch said...

weiii berok2 ...x haram ke amik duit BR1M....kah..kah..kah..kah..haram ke x belakang citer...jnji duit dpt...itu la sikap otak bodoh berok PaRia....kah..kah..kah..