PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, February 4, 2012

Panas: Polemik Lynas Berterusan, AJK Himpunan Hijau 2.0 Kesal Keputusan LPTA Luluskan Lesen !

KUANTAN, 4 Feb - Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 kesal dengan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) yang meluluskan lesen operasi sementara projek Lynas, di Gebeng walaupun masih banyak syarat yang belum dipenuhi. Pengerusinya, Wong Tack berkata, lesen operasi sementara itu sebenarnya tidak perlu jika LPTA benar-benar yakin projek itu selamat. “Jika mereka kata projek itu tidak merbahaya, mengapa perlu ada lesen operasi sementara. “Mereka seolah-olah ingin menjalankan eksperimen terlebih dahulu bagi mengetahui projek ini sebenarnya selamat atau sebaliknya,” katanya pada sidang media kelmarin. Katanya, beliau benar-benar kecewa kerana selepas tempoh setahun bertungkus-lumus membantah projek ini, pihak bertanggungjawab tetap meluluskan operasi. “Kini, kami sudah sampai ke tahap merayu pada kontraktor, pembekal, perunding, arkitek dan semua syarikat yang berkaitan dengan projek ini untuk berhenti bekerjasama bagi menyelamatkan nyawa 700,000 penduduk Kuantan dan Kemaman. “Saya berharap supaya masyarakat dapat membuka mata dan minda bagi menentukan yang terb. “Jika mereka enggan berhenti, saya rayu kepada penduduk supaya memboikot syarikat-syarikat ini,”aik untuk masa depan mereka,” katanya katanya. Tambahnya lagi, pihaknya ‘berjanji’ akan meneruskan perjuangan menentang projek ini bagi memastikan kesihatan rakyat terjamin. “Kita tidak akan berhenti setakat ini sebaliknya akan terus berusaha untuk menjatuhkan kilang itu,” katanya. Sehubungan itu katanya, Himpunan Hijau 2.0 menyeru rakyat Malaysia untuk hadir ke Himpunan Hijau 2.0 yang akan berlangsung pada 26 Februari ini di sini, bagi menyuarakan bantahan terhadap keputusan ini. Dalam perkembangan lain, Stop Lynas Coalition turut mengadakan sidang media berkaitan bantahan terhadap isu yang sama. Pengerusinya, Andansura Rabu (foto) berkata, beliau terkejut dengan keputusan LPTA walaupun kemudahan pelupusan tetap (PDF) masih belum diselesaikan. “Salah satu syarat LPTA ialah pelan dan lokasi PDF mesti didedahkan dalam masa sepuluh bulan pengeluaran TOL. “Mengapa pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya tidak memaksa Lynas untuk menyelesaikan isu ini terlebih dahulu sebelum memberikan kelulusan,” katanya. sinarpahang


AJK Himpunan Hijau 2.0 kecewa tindakan LPTA meluluskan lesen Lynas

[Tindakan kerajaan yang terus mengabaikan kepentingan rakyat dalam isu Lynas ini jelas sekali menunjukkan yang mereka tidak serius untuk membela nasib rakyat. Apa yang dibela ialah kepentingan ekonomi bagi menjaga "periuk nasi" masing-masing. Malah, jika dibuat kajian ternyata majoriti rakyat di Kuantan menolak Lynas. Hanya mereka yang tidak berhati perut, dibutakan mata dan dipekakkan telinga sahaja yang terkinja-kinja mengatakan menyokong Lynas. Itu pun selepas dibayar dengan jumlah tertentu untuk mengadakan himpunan sokongan projek tersebut. Perjuangan merela tidak ikhlas sebenarnya. Apa yang penting ialah mereka mahukan imbuhan disebalik kejayaan membawa masuk projek itu ke negeri Pahang selepas ditolak di mana-mana negara seantero dunia. Oleh itulah, rakyat perlu bangkit dan terus menentang projek ini demi keselamatan, kesihatan dan masa depan generasi akan datang ini pastinya].

16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Bukit Pelindung said...

SLC - 12 orang AJK
Himpunan Hijau 2.0 - 7 orang
BADAR - 5 orang AJK
Save malaysia Stop Lynas 12 AJK
Ingatkan bila dicampurkan NGO haram ni total akan menjadi 50 AJK, tapi jumlah mereka 12 orang sahaja. Buat gempak tubuh NGO macam-macam tapi muka yang sama.. muka nilah yang memeberontak dekat Gold mining baru ni. Kalau Commitee sama, pengikutnya orang yang sama je lah. Lepas himpunan hijau kita ke FPG pulak, sebab FPG lah yang membuatkan "pengerusinya" tak ada kerja , buat kerja amal (konon nya) untuk selamatkan rakyat pahang. Sebenarnya kantung sendiri yang diperjuangkan.. kalau ada nasib dapat jadi YB .
percayalah : Kalau usul yang tidak muktamad atau sahih, akhirnya hancur musnahlah perjuangan kamu ini.masing-masing akan keluar dari barisan seorang demi seorang bila isu mereka ini dapat dipatahkan dengan ilmu . Seperti komen dari pengikut PDO sebelum ini " Hanya si bodoh sahaja yang memerangi akan sesuatu yang mereka tidak tahu ".

Anonymous said...

Saya pun ada dgr cerita sejarah FPG dan pemgerusi BADAR.. Hehehehe....x bersih rupanya dia tu..

pengundiataspagor said...

lesen sementara mmg wajib di beri kpd smua kilang yg dibuka di malaysia..pdo ni mmg bodoh..mesti admin makan semut byk sgt..

Anonymous said...

Betul ke majoriti org Kuantan anti lynas? Pdo ada bukti ke?

Anonymous said...

CADANGAN...
BUAT SATU SIRI PROGRAM DIALOG SECARA LIVE DI KUANTAN INI.. (CADANG: TAMAN GELORA), SABTU/AHAD. STAGE DAH ADE..
ATAU (PADANG MPK2), DEKAT STADIUM.. SETUJU TAK..??
NANTI JEMPUT DATO' JOHAN JAAFAR, JADI PENGERUSI... OK TAK??
NAPE... SUSAH SANGAT KE??
BUAT SHOW/KONSERT BESAR2 BOLEH, DIALOG TAK BOLEH KE??.. SETTLE MASALAH.. SEMUA WARGA KUANTAN BOLEH FAHAM!!! BUKAN NAK GADUH...!!!
NAK TANYA LG... SUSAH SANGAT KE??... PRO BRO!!!
KALU DAH UNTONG 5.0 BILLION/YEAR, TAKKAN TAK BOLEH ANJUR DIALOG NI..
HARAP2 BERJAYA, DITERIMA PENDAPAT BRO NIE>>>>TQ

Anonymous said...

LAWAK OLEH PROF.DR ISMAIL BAHARI (DR UKM-PENSYARAH SJ.ATOM/NULLEAR) KAT ORG KAMPONG..
..TENGOK NIH, I PEGANG2/GOSOK/ PICIT2 /KACAU2 DGN JARI TANAH "RARE EARTH" YG ADA BAHAN "RADIOAKTIF", DALAM BEKAS/BOTOL..
you org ada berani ke?? buat macam saya?? sambil gelak.. ambik ni,ambik ni, cuba,cuba.. Tercengang2/ terkejut berok org kampong semua.. ngeleng2 kepala.. hebat,hebat,hebat prof.. sahla tak bahaya nih.. kata org kampong!!!
Tengok nie..Scan dgn alat pengesan "radoiaktif" ada bunyi lagi,.. teptep,teptep.. sikit jelah..!!! same je bunyinya bile i letak kat mike nie, besi ni dll.. WOW HEBAT!!
TAPI..BETUL KE TANAH TU "ORI-RARE EARTH" AUSTRALIA??. KOT2 AMBIK KAT BELAKANG RUMAH DIA JE..SAPE TAHU??
..KALO YE PUN, TUNJUKLAH YG ADE "CERTIFIED" DARI SIRIM/LPTA/IAEA dll YG BERTUTUP & SEAL DALAM 2 SAMPLE ATAU LEBIH, BARU SAH!!.
MACAM MANE ORG NAK PERCAYA NIE, TAK PRO LANSONG prof. nie!!
ORG KAMPONG DAH TAHU KUANTAN AKAN JD BANDARAYA, ADA-ISO, iso9000, .iso9001, ADA-KPI, ADE KELAS lagi LA!!!
hehehe...lawak ke cerita nie?? takpe lah aku suke sorang je lah!!!
Pastinye, org kampong jadi kelakor.!!

ZOI said...

Kashian betul Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack, dia nie tak tahu apa2 pun tentang procedure pengeluaran lesen untuk industri di Malaysia.Ada ke dia cakap mengapa perlu ada lesen sementara.
Untuk pengetahuan semua, khas warga Kuantan, di bawah ini ada peringkat- peringkat lesen perlu dipohon untuk menjalankan sesebuah kilang.
1. Lesen membina kilang.
2. Lesen operasi sementara (pre-operating license)TOL.
3. Lesen operasi sepenuhnya/kekal. ( Permanent license to operate)
4. Lesen untuk tutup kilang.
semua pengilang mestilah mematuhi step2 lesen diatas untuk menjalankan sesebuah kilang.(kecuali no 4.untuk kilang yang hendak ditutup sahaja.
Untuk stage 1- pengilang mestilah menghantar semua pelan cadangan kilang untuk membina kilang. Selepas lulus barulah boleh bina kilang.
2. Pengilang mestilah menghantar semua laporan, contoh2 bahan kajian dimakmal,kajian keselamatan dan kesihatan pada pesekitaran dan manusia dan berbagai document yang berkaitan.Antara pihak2 terlibat dalam pengeluaran lesen ialah JAS,JKKP,AELB,MPK dan lain yang sewaktu dengannya. Apabila semua pihak terbabit ini berpuas hati dengan laporan yang diberikan (yang mana ianya kebanyakan berdasarkan ujian makmal) barulah TOL dikeluarkan. Pengilang barulah boleh menjalankan operasi kilang.
Apabila kilang telah beroperasi dan menghasilkan product maka agensi2 yang berkenaan akan menilai kembail apakah ianya sama seperti yang dinyatakan dalam document permohon sebelum ini. Jika ianya didapati tidak menepati seperti yang yang dinyatakan, pihak berkenaan oleh membatalkan atau menggantung lesen.Tempoh untuk TOL ialah 2 tahun.
3. Seterusnya pihak pengilang akan memohon Permanent license to operate. Biasanya lesen untuk dikeluarkan berdasarkan keputusan operasi masa TOL.
Saya harap rakyat Malaysia sekalian khasnya warga Kuantan jadilah orang celik tentang ilmu, rajin menbuat penyelidikan tentang sesuatu berita atau pengkhabaran.
Saya juga memohon kepada pihak yang berkenaan tolong betulkan, jika apa yang saya cuba sampaikan ini ada kesilapan dan kekurang.

DrSabri said...

Salam ZOl
Info yg menarik. Terima kasih atas perkongsian.

yang Kesal said...

Salam Bro, Orang macam Wong Tack pun Kau orang boleh percaya?... Apa pegangan dia? ... janganlah jadi pak turut yang buta! .. kamu pun kena jawab dia akhirat nanti....Islam ada menyajar kita kalau kita tak tahu tanyalah pada yang lebih tahu dan arif serta boleh dipercayai, wassalam.

Anonymous said...

BAGUSLA WONG TACK NIE PERJUANGKAN UNTUK 70% MELAYU KUANTAN... SYABAS YOU WONG..!!!
ORANG MELAYU NIE SELALU PERJUANGKAN "KANTONG" - BERAPA BOLEH " MASYUKKK".. BUKAN PERJUANGKAN KESIHATAN/NYAWA...
TAK CAYE.. BERAPE EKOR MELAYU AMBIK INSURAN/TAKAFUL UTK. MASA DEPAN?? ADA PUN 30% JE, CINA HAMPIR 100%.
SBB TU MELAYU MUDAH PENING...
BAGI DUIT...SEGAR GILA..!!!
BAGI BANTUAN... SOKONG GILER..!!!
CAYA YOU WONG!!.. tapi bukan soal agama la yek!! Itu semua faham!!!

yang Kesal said...

Takutnya kamu semua pada mati nampaknya..Daripada kamu habiskan masa sokong dia orang baik kamu bersedia untuk mati nanti, masuk insuran buat apa?? ke kamu nak bawak duit buat belanja dalam kubur...dia orang memang bawa duit.

Yang Kesal said...

Mana boleh kamu kata bukan soal agama.. semua kehidupan harian mestilah berpandu kpd agama ( Al-Din). satu saat pun kita tak boleh tolak.. saya tak terima komen anda.

Anonymous said...

"yang kesal" ni jenis melayu ape? asli ke?.
Dia tak tahu Takaful Islam ade. untuk membantu anak2/orang islam...
Takafuk bukan buat duit ubtuk orang mati, tapi untuk anak/keluarga. Mati dapat lg "khairat kematian".
Ape "yang kesal" nanti mati, pakai bungkus dengan selimut je ?
Belajar lah agama sebelum "yang kesal" ni mati. Wallahulam.

Said said...

Agama korok mung kalu duk fitnah........

zimbo said...

NFC rembat duit tu, ugama ke? Lombong bagi kat Cina tu, ugama ke?
Bunuh Altantuya tu, ugama ke?
Tutuh duit PKFZ tu, ugama ke?
shopping sakan di Australia tu, ugama ke?
Guna zakat bayar loyar tu, ugama ke?
Rembat tanah Sungai Besi tu, ugama ke?
Runtuhkan rumah orang Kg Berembang tu, ugama ke?

bla bla bla.......oleh itu, JANGAN PANGKAH DACING

Anonymous said...

Hello zimbo yang jahil
setiap perbuatan melibatkan agama tak kiralah benda yang baik dan buruk..kalau tebalnya agama maka kuranglah kejahatan kalau nipisnya agama maka banyak lah kejahatan..
serupa la mu duk sokong wong tack ni..hok memang doh kafir doh..