SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

JAIP Nafi Timbalan Pengarahnya Buat Kenyataan Dr.Badrulamin Di Tangkap Seperti Yang Di Dakwa

KUANTAN, 27 Feb - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini menafikan bahawa Timbalan Pengarahnya, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) ada membuat kenyataan terhadap penangkapan tokoh agama dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat, Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden Resort pada 25 Februari lalu. "Apa yang berlaku adalah salah faham dan kenyataannya yang telah dimanilulasi oleh pihak media. Beliau (Dato' Hj Mohd Ghazali) telah dicaci dan dihina oleh ramai pihak kononnya JAIP yang merancang tangkapan terbabit. Sebenarnya beliau hanya mengesahkan yang pihak JAIP telah melakukan operasi ketika kejadian tersebut. Operasi biasa dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam. Tidak ada unsur tangkapan seperti yang didakwa. Cuma, kedua-dua tertuduh dibawa ke pejabat JAIP oleh pegawai berkenaan untuk diambil maklumat berkaitan. Mereka kemudian diarahkan ke Pejabat JAIP hari ini untuk diambil keterangan selanjutnya", kata sumber JAIP hari ini. Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan serta tidak berasas kepada JAIP atas kontroversi ini. "Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam hal itu, sudah semestinya JAIP akan menjalankan operasi bila mendapat aduan dari orang awam. Sama ada ada kes atau tidak itu terletak kepada bahagian pendakwaan. Memang benar ketika pegawai JAIP tiba, Ustaz Badrulamin berada di dalam bilik dan wanita yang didakwa itu berada diluar bersama anaknya. Namun persoalannya, di mana pasangan terbabit berada ketika suami wanita itu datang menyerbu?. Saya difahamkan, beliau yang menempah bilik lain untuk wanita terbabit. Soalnya, kenapa perlu dia timbulkan fitnah sedangkan dia tahu musibah yang lebih besar seperti sekarang akan terjadi. Apapun, biarlah pihak JAIP siasat perkara ini berdasarkan undang-undang yang ada", kata sumber tersebut.


[Media perdana pada Ahad (26 Feb) melaporkan Dr.Badrulamin telah ditangkap khalwat oleh JAIP. Malah, laporan tersebut telah disiarkan di akhbar dan TV secara eksklusif. Nampaknya, berbagai persepsi dan versi cerita yang diterima oleh ramai pihak tentang isu ini. Apapun, difahamkan Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan beliau bercuti selama sebulan untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya itu. Malah, Dr.Badrulamin juga khabarnya telah diarahkan oleh JAIP untuk hadir ke pejabat terbabit pada hari ini bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang kejadin tersebut. Banyak lagi rupanya persoalan yang timbul dalam kes ini dan ia sudah pasti akan mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam di seluruh negara. Justeru, sama-sama kita nantikan siasatan rapi oleh JAIP. Usahlah menimbulkan spekulasi dan menuduh yang bukan-bukan terhadap agensi terbabit. Mereka melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan tidak timbul soal berkonspirasi dalam kes berkenaan].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

sani said...

Saya harap kenyataan yang kurang teliti oleh Timbalan Pengarahnya, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz bukanlah satu cubaan dan usaha beliau mengintai jawatan Pengarah JAIP. Umum mengetahui jalan mudah mudah untuk naik pangkat ialah dengan mengampu dan menunjukkan sokongan kepada kerajaan. Bagi saya, kenaikan pangkat yang diterima biarlah dari kebolehan dan cara kita berkerja dan bukan dengan cara membodek.... maaf ....

MatSaman said...

kah kah kah!
segala hantu penyamun dalam JAIP mesti diajar, saman jangan tak saman.
saman, saman samansaman jangan tak saman.
saman, saman saman saman saman, saman,saman jangan tak saman.
saman, saman saman saman saman, saman,saman jangan tak saman.
saman, saman saman saman saman, saman, saman saman, saman,saman jangan tak saman.
saman, saman saman saman saman, saman,saman jangan tak saman.
saman, saman saman saman saman, saman,saman jangan tak saman.
saman, saman saman saman saman, saman,saman jangan tak saman.
saman, saman saman saman saman, saman,

Anonymous said...

Tak pasal2 jer pencacai Umno dapat dosa.

Cuba tengok lidah propaganda Umno Utuseks meloya punya berita. Fitnah bukan main teruk.

Patutlah dlm Islam hukuman bagi yg memfitnah lebih besar daripada membunuh

Anonymous said...

dah mmg betol dia kongkek dgn betina tue...lagi nak salahkan org lain...!kalo korg nak baca lanjut baca blog ameno world....dia pun angkat tangan x boleh nak defend ostad tu lagi....kah..kah..kah..kantoi2....

Pak Utih said...

Walau bagaimana pun pada hemat saya pemimpin PR 'mesti' mengambil langkah teliti dalam semua tindakan atau ungkapan.... sebabnya satu sahaja musuh sentiasa memasang jerat..... ingat "jerat tidak lupakan pelanduk, pelanduk saja yang sering lupakan jerat". Pak Utih

Anonymous said...

Pompuan tu call ustaz kata dah ada kat hotel pukul 2.00 am
Takkan sampai2 tu terus check-in kot, mesti sok sek sok sek dgn ustaz dulu kat bawah. Utk Check in biasa ambik masa busuk2pun 15 min. Campur sok sek sok sek tadi mungkin hab1s 20 min. Nak berjalan ke bilk tu sementara tunggu lift mungkin ambik 5 min. Kena serbu pukul 2.30 am. So masa yang tinggal sebelum kena serbu cuma 5 min.

Persoalannya:
1) Macamana pompuan tu boleh tahu ustaz tu ada kat situ.
2) Macamana laki ponpuan tu boleh tahu bini dia ada kat hotel tu.
3) Bila masa laki dia boleh kumpul oranng samseng serbu dan pukul ustaz tu?
4) Siapa yang kunci pintu bilik tu?
5) Dalam masa 5 min berada dlm bilik macamana semua diatas boleh berlaku???

Macam tak betoi ja???
Macam ada perancangan ja???
Siapa yang rancang???

Anonymous said...

Pandai pulak Pengarah JAIP buat pusingan, kalau tang dia buat kenyataan yg menimbulkan kontroversi boleh pulak, tapi kalau tang orang ramai marah dgn kenyataan melulu JAIP terhadap ustaz Badrulamin tak mau kira pulak. Makin jelas siapa nak manupulasi siapa JAIP oii...dah jadi kuda nampak nya tuan pengarah !

Anonymous said...

Kau orang ni memang otak dah memang tak boleh dibetulkan, dah mereng. Orang betul dikata salah, orang yang dah tentu salah dipuji2dan dibela.

Anonymous said...

SBB TU LA "MUIP" BERIYA2 NAK BELI MS GARDEN NIE...
SENANG NAK BUAT PERANGKAP...
NAMPAKNYA.. DAH MENGENA (SATU).. TAPI BELUM TENTU SALAH LAGI.. KOT ISU KONSPIRASI..??
KEKADANG TU.. BANK KENA ROMPAK, ORANG DALAM JE BUAT..
VAN SEKURITI KENA ROMPAK, LAKONAN JE.. ORANG DEPA JUGA..
pikiq,pikiq le tuan-tuan..

Anonymous said...

Sebagai ustz bertaraf Phd. pulak tu,tak kan Badrul ni tak tahu hukum berdua-duan dengan bukan muhrim didalam bilik, bini orang pulak tu.Penyokong tak pikir ke benda ni, dok nak salahkan orang je?.Kalau bini kau duduk sebilik dgn Badrul ni harus ke haram?.Dosa pahala tu yg penting bukan kenyataan JAIP tu.Nak pilih pemimpin kena pilih yg bijaksana dan berhemah bukan yg jenis tak tahu nak jaga diri macam ni.Penyokong tak ada kerja lain nak kena bela pemimpin bermasalah je,kononnya takut dapat dosa fitnah,sesekali dapat dosa bersubahat pulak,kalau benda ni betul.Lebih baik tolak je pemimpin macam ni.

Anonymous said...

Perangai Badrul ni agak teruk,pernah salah seroang bini dia buat lapuran polis kerana kes keganasan rumah tangga.Aku memang dah lama kurang minat dgn dia ni,agak sombong dan berlagak.

Anonymous said...

PENCACAI UMNONGOK MEMANG SUKA DAN TERGILAKAN DOSA2 KERING SEBAGAI SAHAM ATAU BEKALAN UNTUK MASUK KE NERAKA ALLAH SWT, UMNONGOK MEMANG TERKENAL DGN FITNAH SEKS NYA ITU LAH MODAL MRK SBB OTAK MRK DAH HAMPASSSS.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]