PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, February 5, 2012

'Tengku Mahkota Pahang' Bertitah Supaya Orang Islam Bersatu, Untuk Bincangkan Masalah Umat !

KUANTAN, 5 Feb - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) hari ini menceriakan orang ramai yang hadir ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Jalan Teluk Sisek dekat sini dengan titahnya yang dilihat lebih bersikap lebih "neutral" tentang politik tanahair. "Saya teringin nak tengok dua parti utama 'biru hijau' boleh duduk semeja tanpa membincangkan hal-hal politik. Saya teringin nak tengok pemimpin politik macam Nik Aziz (MB Kelantan), Hj.Hadi (Awang), Adnan (MB), Hj.Rahman (Mufti Pahang) duduk semeja berbincang secara santai tanpa fikirkan hal-hal politik", titah Tengku Mahkota. Titahnya itu membuatkan ribuan umat Islam yang hadir ke sambutan tersebut bertepuk tangan dan gembira. Masing-masing teruja bila melihat Tengku Mahkota bertitah demikian di saat kekalutan politik yang berlaku di negara kita hari ini. Sementara itu, penceramah undangan Ustaz Zawawi Yusof pula berkata beliau amat setuju dan menyokong titah Tengku Mahkota Pahang itu. "Kenapalah biru hijau asyik berbeza pandangan jer.. Cuba kita dongak ke langit.. warna apa ... Biru (dijawab oleh hadirin) dan cuba kita tunduk pula ke bawah, bumi yang kita pijak ni warna apa ... Hijau (jawab hadiri). Dia orang tak pernah pun bergaduh.. malah langit selalu mencurahkan hujan untuk suburkan bumi. Dua-dua saling memerlukan", titah baginda sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin. Baginda juga menyeru agar pemimpin politik di negara ini duduk semeja bagi membincangkan mengenai masalah umat Islam dan perpaduan ummah di negara ini. Baginda bertitah, setiap pemimpin walaupun berbeza fahaman politik perlu berbincang dan bermuafakat mengenai perpecahan umat Islam yang dilihat semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. "Perpecahan di kalangan umat Islam menunjukkan satu situasi yang tidak sihat di dalam masyarakat. "Jika ia dilaksanakan (perbincangan) ia akan menyejukkan hati umat Islam yang lain dan beta adalah orang yang paling bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan," titah baginda. Titah baginda lagi, perpaduan di dalam umat Islam boleh dicapai jika umat Islam memperbetulkan kesilapan dan kembali kepada prinsip perpaduan sebenar yang dianjurkan oleh Islam. "Ini selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul hari ini iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah."Budaya dendam kesumat, buruk sangka juga tak harus dibiarkan terus menular di dalam masyarakat Islam kerana ia akhirnya akan meruntuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri," titahnya. Baginda bertitah, umat Islam perlu terus melakukan transformasi dari segi sahsiah dan ilmu dalam usaha memantapkan Islam dan memastikan ia terus relevan serta dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam. "Harapan beta supaya Islam terus diperkasakan dan terus dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam. "Semoga dengan transformasi sahsiah dan ilmu, Islam terus gemilang sepanjang zaman seperti yang pernah dikecapi empayar Islam satu ketika dulu," titah Tengku Mahkota Pahang lagi.

[Sesungguhnya seluruh rakyat Pahang berbangga dengan titah ucapan Tengku Mahkota Pahang, Tengkua Abdullah Sultan Ahmad Shah ini. Walau apa jua komen yang dilontarkan, namun rakyat melihat titah beliau itu sungguh baik untuk difikirkan oleh semua pihak. Tidak perlu membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap "istana" kerana mereka juga mahukan satu kehidupan yang aman dan selesa buat rakyat sebenarnya. Justeru, rakyat amatlah berharap agar pihak istana dapat menyatukan seluruh rakyat dengan "perpaduan Islam" dan bukannya atas dasar "bangsa" seperti yang diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Islam adalah agama untuk penyatuan, maka itu kita wajar kembali ke jalan kebenaran. Rakyat mendoakan agar Tengku Mahkota Pahang dapat melakukannya satu hari nanti. Sesungguhnya "istana" akan tetap disanjung dan menjadi payung kepada rakyat untuk kembali ke landasan kebenaran. Apapun, kami di Pahang Daily Online menyanjung tinggi titah ucapan baginda semasa merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang hari ini].Link

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Langit itu biru.Ia adalah makhluk Allah.Hijau itu rumput dan tumbuhan.Ia juga makhluk Allah.Yang menurunkan hujan adalah malaikat atas perintah Allah!

Pak Utih said...

Bunyi macam Unity Government jea.... hati-hati.... ranjau sepanjang perjuangan.....

Anonymous said...

kena hujan batu mati kita...

Breakeven said...

~ tergelak bila ym tunku azizah geleng-geleng kepala ttg isu poligami..~

Anonymous said...

Semua pihak terutama yang dok atas kerusi kuasa atau kerusi sakhti hendaklah mencermin diri. Selepas 54 tahun perintah skandal lepas skandal didedahkan tapi sayangnya tiada satu tindakan atas pihak yang terbabit diambil. Parti BIRU terus ANGKUH dengan kuasa sehinggakan mula mencabar lawannya dari HIJAU dengan menggunakan gangster dalam menanagani masalah mereka. Adakah patut ceramah pihak lawan diganggu gugat dengan memberikan kebenaran pihak yang satu lagi mengada ceramah berhadap dengan lawannya. Lepas it gunakan matrempit dan orang2 upahan untuk menggangu ceramah. Lebih dashyat lagi gunakan PDRM dalam usha untuk gagalkan program parti lawan dengan sama tidak membenarkan ceramah, menggangu ceramah dan keluarkan saman keatas penyokong2 parti lawan yang hadir untuk dengar ceramah mereka. Ini lebih dashyat daripada GUNA GANGSTER.
Sekarang ini dah mula guna raja gopal untuk tujuan yang sama.
Kalau Malaysia sebuah demokrasi kenapa tidak beri ruang kepada parti lawan gunakan hak mereka menyiarkan stesyen mereka sendiri kalau tidak mahu berita mereka disiarkan dalam siaran nasional.
Usah ler cakap fasal biru dan hijau dududk bersama satu meja sebab itu nak menganjurkan 'Unity Gormen'. Kami tidak berminat. Kami mahu UBAH.
Kami nak sebuah kerajaan yang BERSIH, CEKAP AMANAH bukan menerusi slogan saja tapi realitinya mesti BERSIH, CEKAP DAN AMANAH. Mahadey dah gagal dan juga semua PM selepasnya. Bye-bye UMNoooBN.

Anonymous said...

SEBENARNYA, KATA2 "KU LLAH" NI WA AMAT TABEK LA.. CUKUP SPONTAN DAN TERBIT DARI "ISI HATI NYA" YG SEBENAR2NYA IKHLAS.
SYABAS "KU LLAH" - SEMUGA DIBERKATI ALLAH DAN DITERUSKAN SEHINGGA AKHIR HAYATMU & JANJI INI MESTI DIPEGANG!!

Anonymous said...

- pertembungan hak dan batil berterusan hingga hari kiamat..beruntunglah yang mengikut panduan Allah dan RasulNya.boleh bersatu tapi atas dasar apa? mestilah dasar islam.

Anonymous said...

Ala Tuanku buat saja satu majlis Jamuan atau kenduri.Tuanku buat Meja yg besar2.Panggil Yg biru dan panggil yg Hijau.Makan2.Minum2.Santai2.Apa susah?

Anonymous said...

PERPADUAN APANYA KALAU ROYALTI MINYAK UNTUK NEGERI MAJORITY MELAYU (KELANTAN) DINAFIKAN HAKNYA OLEH UMNO..
perpaduan tahik kucing namanya!!!

Anonymous said...

Betul lah nasihat TM tu suruh duduk berbincang pasal Parti Biru tu Melayu Islam,Parti hijau pun Melayu Islam....apa salahnya duduk semeja berbincang.....jadikan satu parti....dimana Islam menjadi tongak perjuangan umah.....ni tidak dengan kapir tu boleh pulok dok semeja....heran heran heran!!!

Anonymous said...

Titah Tuanku Tengku Mahkota Pahang tersebut boleh dilihat disini ;

http://www.youtube.com/watch?v=3BO79Afa3yk