Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Muhyidin: "Tunggu Hasil Siasatan" NFC, Hormati Pandangan Dr.Mahathir Agar Sharizat Berundur

KUANTAN 17 Feb - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) akan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebelum mengeluarkan sebarang pandangan yang menyentuh kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini bagi mengelak sebarang kenyataan bersifat mendahului siasatan di samping menghindari prasangka buruk biar pun pada masa sama menghormati pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta Shahrizat supaya berundur. Tambah Muhyiddin, dalam hal yang berkaitan siasatan dan undang- undang seperti isu ini, adalah tidak wajar untuk beliau membuat kenyataan politik sebaliknya lebih elok semua pihak bersabar menunggu pengumuman pihak bertanggungjawab. "Apabila ada keputusan selepas ini, pihak yang terlibat sama ada Shahrizat boleh buat keputusannya sendiri. Kita tidak boleh mendahului dengan membuat andaian yang kita sendiri tidak ada maklumat sebab ini masih di peringkat siasatan," katanya. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin UMNO negeri yang turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini semalam. Beliau diminta mengulas pandangan Dr. Mahathir semalam yang berpendapat Shahrizat perlu meletak jawatan sekiranya berasakan tindakan tersebut terbaik buat UMNO. Begitupun, tegas Dr. Mahathir, beliau secara peribadi tidak pernah meminta Shahrizat berbuat demikian, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Wanita UMNO itu untuk membuat sebarang keputusan. Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini yang mendedahkan NFC telah melanggar syarat perjanjian kerana menggunakan wang pinjaman untuk tujuan lain, Muhyiddin berkata, beliau tidak punyai maklumat mengenai perkara berkenaan. Menurutnya, sebab itu selagi tiada kenyataan yang dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab dalam siasatan isu berkenaan, maka kenyataan Nazri itu masih dilihat satu andaian. "Saya tak tahu Nazri ada privileged information (maklumat pihak berkuasa), tetapi saya tak ada. Eloklah kita tunggu Peguam Negara buat pengumuman yang sesuai bila siasatan itu selesai," tambahnya.

[Amat malang sekali pabila seorang Timbalan Perdana Menteri boleh berkata tidak tahu maklumat yang ada pada Menterinya sendiri (Nazri Aziz). Muhyiddin seolah-olah cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kenyataan dangkal seperti ini. Mana mungkin beliau tidak tahu, sedangkan Mesyuarat Kabinet diadakan setiap minggu, dan jika beliau mahu dia boleh memanggil Nazri Aziz untuk membentangkan perkara itu kepadanya. Namun, inilah spesis UMNO yang kerjanya mahu menipu rakyat. Sudah tahu dapi buat-buat tak tahu. Mungkin juga kerana rakyat tahu beliau memang terlibat juga dengan projek NFC itu sebenarnya. Malah, kini dia semakin tertekan untuk ambil tindakan terhadap Sharizat kerana khuatir Ketua Wanita UMNO itu akan mendedahkan siapakah lagi yang terlibat dengan projek kontroversi itu].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

KALAU DAH "OTAI" TU MINTA UNDUR, UNDUR LA..!!
"OTAI" TU KAN PERANCANG "HALA TUJU" NEGARA INI..!! KENA HORMATI LA!!... NANTI "TULLAH" MELAYU "AMANO" MALAYSIA..!!!
KALAU "BETUL-BETUL" OTAI TU MENGAMUK, TERSUNGKUR "AMANO" NANTI WEHH.!!!

sani said...

Tak perlu tunggu keputusan siasatan. Saya rasa lebih bagus Sahrizat dikekalkan sebagai ketua wanita umno dan menteri kerana ia menjadi "peluru" bagi pakatan rakyat dalam PRU 13 nanti. Kepada pimpinan pakatan rakyat jangan terlalu mendesak sahrizat letak jawatan. Isu lembu ini jika berpanjangan begitu menguntungkan kita....

Anonymous said...

kalau kat Jepun di orang bunuh diri...terjun gaung ke...atau tikam perut dengan pisau....sampai mati....kita tak payah lagu tu...noo!

Anonymous said...

kalau kat negara isketambola dah lama makcik ni sembelih diri mcm bembelih lembu....kah..kah

Anonymous said...

Jangan letak jawatan kak Ijat wei... pertahankan habis-habisan hingga ketitisan darak terakhir!

Anonymous said...

Menteri yang kalah perang dingkat jadi Menteri penuh....munkin ada ketam sebalik batu....ngan Jib....!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]