Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Teras: Cadangan Buang Sisa Rare Earth Di Sungai Lembing Satu Tindakan "Kerja Gila" MB Pahang !!

Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid (foto) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila. Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?. Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif , pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi. Di sebaliknya ia akan memperlihatkan slogan ‘Cinta Sungai Kita’ yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan. Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi. Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar. Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang. Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai. Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif. Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan. Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan benar Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.


Apakah penduduk di Sg.Lembing rela ketenangan pekan itu dicemari
dengan sisa buangan rare earth projek Lynas yang amat berisiko itu

Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan. Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat. Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah. Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia, jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini. Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat serta alam sekitar negara.

[Apa yang pasti, kini Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mula menjadi gelabah dan serba salah diatas kebangkitan suara rakyat dalam Isu Lynas ini. Mereka tidak perlu lagi untuk berbohong dengan memberikan berbagai alasan dangkal bagi meneruskan projek ini. Kenyataan bercanggah dan penuh tipu helah yang dikeluarkan oleh pemimpin negara jelas membuktikan memang ada sesuatu yang tidak kena terhadap projek ini. Unsur-unsur rasuah dan penyelewengan haruslah dibongkarkan bagi mengetahui siapakah yang "makan hasil komisyen besar" gara-gara membawa masuk Lynas ke negara ini. Kini mereka bagai "cacing kenasan" kerana takut kehilangan untung 12 tahun tanpa cukai yang diberikan kepada Lynas untuk beroperasi di negara ini. Kerajaan tidak dapat untung, tetapi ada pihak yang dapat untung besar dan mahu Lynas diteruskan juga walau dalam apa jua cara sekali pun. Kesihatan dan keselamatan rakyat ditolak ketepi demi wang ringgit dan kemewahan yang bakal mereka kecapi. Inilah dia sebenar sikap pemimpin yang kononnya melaungkan "rakyat didahulukan", padahal kantung poket mereka dahulu yang lebih diutamakan. Bangkit dan buatlah perubahan pada PRU13 nanti].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

cucu tok ayah said...

jika benar ada cadangan sisa rare earth d simpn ataupun dibuang kat kawasan Sungai Lembing ....amat malang sekali bagi penduduk negeri Pahang dan Malaysia am nye...kenapa berlaku begitu?...ini kerja CELAKA olih pimpinan NEGERI PAHANG......

Anonymous said...

AKU CADANGKAN AGAR SISA RARE EARTH NI DIBUANG KAT DEPAN RUMAH DAN BELAKANG DAPUR TOK NAN JE.

Anonymous said...

Aku dah agak dah...Samseng Pahang ni akan buat kerja gila Babi nak campak sisa racun Raearth dlm sungai Pahang...HaramJadah betul lah Cikgu Gila nih, mampos tak mau hidup menyusahkan org.
Alam Sekitar tolong ambil tindakan, jangan biarkan Penjenayah nih nak buat ikut suka hati macam Pahang Mak Bapak dia punya, tumpukan permerhatian gerak geri nya.
Jangan sampai orang Pahang naik angin kali ini...

Anonymous said...

berape sgt yg bangkang isu lynas ni..semua dah tahu isu ni politik semata mata utk meraih undi

Anonymous said...

Baru cadang Sungai Lembing? Tu lesen Lynas dah lulus? Kan tak bahaya? Kambus jer kat Kampung Baru Bentong kat rumah mak bapak Tok Nan. Maklumlah anak yang mengenang jasa

Miecyber said...

Bongok dan zalim....

MrSam said...

Thursday, March 08, 2012 11:17:00 AM

Hamba setuju sangat.

Sisa tu tak bahaya, jadi bolehlah dibuat baja tanaman je kot..

Dah ada hasil nanti kita bagi Tok Nan makan. Bagi free je kat dia jangan dijual..

Anonymous said...

Kita minta Tok Nan pindahkan ke kampong halaman beliau di simpang pelangai.

Anonymous said...

woii tok nan...dulu masa aku student aku respek jugk kt ko...skrg ko dah mcm pukimak dah....haram jadah betolll...aku (anak kedah ipoh mali)

Anonymous said...

Menteri Besar paling bangang! Bodoh! cakap guna kepala lutut! MALU2 DAPAT MB MACAM NI...

Anonymous said...

MB NAN BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT SENDIRI ..JADI MB PUN PASAL KERANA BODEK DAN JADI MACHAI SURUHAN JER..PEDULI APA PADA RAKYAT..JANJI 5 TAHUN LAGI DPT BERTAHAN JADI MB...PRU 13 KITA SAMA TUKAR KERAJAAN..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]