Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO)MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


March 5, 2012

Tragedi: Dua "Pelancong India" Terbunuh, Dalam Kemalangan Di Genting Highlands Awal Pagi Tadi

BENTONG, 5 Mac - Dua pelancong warga India terbunuh selepas bas yang mereka naiki bersama 20 lagi penumpang senegara terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara dilaporkan hilang dikawal sebelum merempuh tembok pembahagi jalan. Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang dan dua pemandu bas yang juga warga tempatan tersepit selepas bas berkenaan yang disewa daripada Syarikat Star Mart Ekspres terbalik. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 55 tahun yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki yang disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Kita terpaksa memecahkan bahagian bumbung bas bagi membawa keluar semua mangsa termasuk menarik mereka yang tersepit dicelah-celah bumbung bas yang pecah akibat kemalangan itu." katanya. Pihak penyelamat diketuai Jabatan Bomba Dan Penyelamat terpaksa membawa keluar mangsa seorang demi seorang dan membawa keluar mangsa dengan berhati-hati bagi mengelak mangsa mengalami kecederaan lebih serius. Katanya lagi mangsa yang kebanyakan mengalami cedera parah dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut. Sehingga kini pihak polis menahan pemandu bas berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya hingga mengakibatkan kematian. "Kita juga masih menyiasat sama ada kejadian berpunca daripada masalah sistem brek bas atau bas dipandu dalam keadaan laju ketika menuruni bukit dan melalui selekoh," katanya lagi. Sementara itu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menerusi Ketua Polis Pahang menyampaikan ucapan takziah terhadap semua mangsa yang terlibat itu.


Ngeri, keadaan ditempat kejadian selepas kemalangan tersebut pagi tadi

[Pahang Daily Online juga merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Sememangnya bagi mereka yang pertama kali memandu di kawasan terbabit akan panik dan bermasalah jika sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Jalan ke Genting, curam dan cukup berbahaya. Mujurlah bas terbabit tidak jatuh ke dalam gaung yang berhampiran. Jika tidak, pasti ramai lagi mangsa yang akan terlibat. Apapun, semua pihak diminta berhati-hati dengan pemanduan mereka. Kita tidak mahu ada mangsa yang terbunuh atas kealpaan pemanduan itu sendiri. Terkadang kita juga terkejut melihat gelagat teksi dan kereta sewa dari Genting ke KL atai sebaliknya, yang begitu selesa membawa kenderaan mereka selaju yang mungkin di jalan terbabit. Ingat, malang tidak berbau. Biar sampai lambat tapi jangan tak sampai langsung. Itulah formula kesedaran yang perlu ada kepada semua pihak, malah ia patut diamalkan].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter