SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Panas: Gara-Gara "Taksub Dek 1 Malaysia", Kubur Pun Mahu Di Satukan Di Kawasan Najib Di Pekan !

Gara-gara taksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto), akhirnya agama Islam itu sendiri jadi carca merba di buatnya. Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlu mereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika mereka terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotak katikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit. Selama ini, ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur orang Asli. Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?. Tidak timbul persoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (foto bawah) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam). Malah terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib di Parlimen Pekan. Makanya, kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?. Mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini. Ternyata apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak. Kami akan membuat siasatan dan laporan lanjut tentang isu ini. Nantikan pendedahannya selepas ini.

Bukti, kubur Islam di bina satu kawasan dengan jirat Cina di Tg.Agas Pekan
Jika anda tidak yakin dengan pendedahan video ini, sila klik video di bawah


[Menurut sumber, senario seperti ini memang sudah lama berlaku di kawasan Pekan terutamanya melibatkan kawasan perkampungan orang asli. Namun, apa yang menjadi kemusykilan kenapa pihak berkuasa agama tidak dapat mengesan perkara ini. Pembongkaran ini diharap akan membuka mata pihak terbabit hendaknya. Menurut seorang pendakwah terkenal di sini, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata menanam jenazah orang kafir diperkuburan orang Islam adalah haram, begitu juga menanam jenazah orang Islam diperkuburan orang kafir juga adalah haram. Kedua-duanya juga diharuskan apabila darurat, tetapi tetap haram apabila diletakkan disatu liang lahat. Darurat bagi tanah perkuburan biasanya ialah tiada tempat untuk menanam mayat, tetapi dalam kes ini, mungkin kesilapan orang terdahulu. Kita tidak boleh hukum akidah orang berdasar pada hati, sebab kita tidak tahu. Tetapi apa yang jelas bahawa penghuni kubur itu tidak beragama Islam kerana melihat bentuk kubur dan kesan upacaranya. Maka menanamnya diperkuburan orang Islam adalah haram sama sekali. Kerana itu wajib pihak kerajaan mnyediakan tanah kubur yang berasingan. Pihak berkuasa agama wajib menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, kerana ini melibatkan kesucian agama. Nanti dilihat agama Islam dengan kafir adalah sama, kubur adalah tempat terakhir untuk dilihat apa anutan agamanya sewaktu hidup, kalau benar maka pihak jabatan agama perlu ambil tindakan uuntuk mengasingkannya, kalau untuk buat jalan raya kerajaan sanggup bongkar kubur org Islam, takkanlah untuk kesucian agama tidak boleh untuk keluar budget. Nantikan laporan lanjut kes ini].

27 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Bagus juga ada Kubur 1 Malaysia, nanti kalau ada saudara mara PM meninggal dunia boleh ditanam bersama dengan penganut hindu, buddha, kristian dan pelbagai..

Malaysiakini telah digodam tidak boleh dilayari kemungkinan akan dikuburkan ditanah perkuburan 1Malaysia... hebahkan !

Anonymous said...

PDO, TOK SAH TERKEJUTLAH DENGAN PUAK2 UMPORNO, MEMBUJUR LALU PUNYA PERANGAI, UGAMA PADA DIA ORANG BILA NAK POSA, NAK RAYA, NAK MAMPOSSSS BARU LAH.CARI ORANG UGAMA. KALAU MACAM SEKARANG NI TENGAH DOK SIBUK BEREBUT TANAH LOMBONG.. SATU UNTUK ENGKAU SATU UNTUK AKU.. NANTI HABIS TANAH BUKIT DIA ORG KOREK.. CARI BIJIH. KEJAR MASA TAKUT TAK SEMPAT NAK DAPAT KAWASAN SEBAB PRU DAH DEKAT. SEBAB TU KUBUR 1 MALAYSIA DIA ORG SEDIAKAN MACAM TAHU TAHU.. NAK KALAH.

paksu said...

semua nak jadi satu... he..he

Anonymous said...

tanah radioaktif memang cepat mereputkan mayat!!kahkahkahkahkah....

Anonymous said...

Pdo kena siasat lebih mendalam lagi....ada kemungkinan kubur tersebut milik orang asli kerana harus di ingat ada orang asli yang nama mereka mempunyai ' bin ' dan ' binti' mungkin salah jabatan pendaftaran negara.....

lijitra said...

nampaknya umno-bn ni makin tak ketahuan sampai kubur pun nak disatukan.mana orang agama umno-bn.takkan diam saja kot.

Anonymous said...

Tak pe lah wei, kita 1 Malaysiakan semua sekali, dari sekolah, kedai,baju,kubur,dan banyak lagi...satu hari akan ada makanan 1Malaysia = Nasi lemak+bah kuteh + tosai , halal haram tolak tepi janji mesti DITEPATI..ke Guane...?

Anonymous said...

benda ni dah lama..... salah satu penemuan nama 1M bermula.....najib nampak kubur ni la bai!

zianajib said...

anon 8:34, elok baca artikel dan tengok video tu sampai abih. br nak komen. bkn masalah "bin" "binti" ni

Anonymous said...

Semua nak 1 =satu....Bini Kau ....Bini Aku....apamacam dik Jib....? baru jadi komunis sejati....!

Anonymous said...

1 ke 2 ketika dulu Tanjung Agas(kepala angin)nak di buat projek Petronas....kat sini....mana projeknya?....mana Duit nya....dah jadi duit sendiri....untuk joli katak...!perkara ini jangan disenyapkan...Bongkar jangan tak Bongkar...!

Anonymous said...

INI KUBOR ORANG ASLI....TGK BETUL BETUL.....

Anonymous said...

Ya...la....tu kubur orang asli......nama je macam orang islam.....ada 'binti'

Anonymous said...

klu sah ini kubur org asli yg bukan islam.....memang bodoh tuli campur pekak pahangdaily yang wat citer ini....bikin fitnah aje....klu betul pn kubur tu, salah najib, salah umno, ? sapa yg mengebumikn jenazah tu tak salah ye??? bingai sial...

Anonymous said...

Saya setuju ngan anon diatas.....takan masa kebumikan mayat tu dia orang tak tahu mayat islam atau kapir......setahu saya tak ada orang islam yang waras sanggup mengebumikan jenazah orang islam diperkuburan orang kapir....tak tau le....kot di kampung PDO ada yang berperagai macam tu???

Anonymous said...

kawan mintak maap byk2 la yer..pdo nie kadang2 kawan tengok berita yang disiarkan banyak nak cari publisiti..kat tanjung agas xdok kubur,jadi jangan banyak buat cete tipu.kawan anak jati tanjung agas.

Anonymous said...

BODOHNYE PDO...CARI SALAH ORANG JE...AIB ORANG JE DICARI...AIB SENDIRI TUTUP RAPAT...KOT YA PN TAK SUKA NAJIB, TAKKANLAH KES KUBUR PUN NAK SALAHKN DIA...KLU BETUL G LAH REPORT KAT MUFTI....BIAR DIA WAT KERJE GALI PINDAHKN JENAZAH TU...PASTU GI CARI SAPA YG KEBUMIKAN JENAZAH ISLAM YG KAU KATA TU...ISI MUKA DIA DALAM BLOG BODOH CMK (CIRIT MAT KILAU..)

Anonymous said...

wa kah kah kah....citer mu tak betul...orang giler punya citer. Patut orang maki hamun kat awak PDO...hehe..otak udang...

Anonymous said...

PDO...siasat betul2...g lah report kat JAIP ke MUITI ke atau MUIP.....em sebut pasal MUIP, mananya gambar orang2 yang beli hotel MS Garden tu yang kau janjikn? Apa citer kes tu selanjutnya...

Anonymous said...

Bertaubat sebelum terlambat.....

Anonymous said...

Bertaubat sebelum terlambat.....

Anonymous said...

Betolh kata PDO tu... Jalan Pekan ke Tanjung agas melalui jalan Pekan - Nenasi- Rompin. Kan ada tanah perkuburan campuran. Kalau ye pun PDO bersalah tapi kubur tu memang dah lama bercampur aduk. Mana peginya Tuan Qadhi Pekan? Dato' Ghaz u tak nak komen ke pasal kubur ini? Kalau kes khalwat u cari publisiti murahan so kubur ini I rasa masa u jadi KPP Dakwah pun sudah maklum. So what u take action for this isu? Dato' Najib mana tahu dia ambik tahun 4-5 tahun sekali.....

freakers said...

kalau tidak tahu hal adat resam orang asli,jangan cuba nak politikkan isu ini,saya anak jati kg permatang keledang sudi menjemput saudara yg berfikiran cetek dan taksub ini datang ke bertemu kami di sini..harap maklum jemput semua wartawan datang buat liputan pasal ni...kalau nak berpolitik biarlah betul.....jangan membabi buta,dah habis modal ke?.......

freakers said...

untuk pengetahuan saudara2,berkaitan soal tanda nama seperti nama melayu ada "Bin dan Binti"itu tidak mengambarkan satu2 makam si mati itu beragama islam,sedangkan didalam kad pengenalan pun masyarakat kami ada "Bin dan Binti"pejabat pendaftaran negara sedia maklum akan perkara ini sebab itu didalam kad pengenalan kami tidak tertulis perkataan islam seperti yang di cetak pada kad pengenalan saudara2,perkara ini juga telah dimaklumkan kepada pejabt agama islam Daerah Pekan.Mengenai jirat cina dan kubur Kristian yg di isu kan itu adalah kepercayaan masyarakat kami sebagai tanda menghormati kubur si mati.Kalau nak maklumat lebih lanjut soal adat resam orang asli datang lah ke kampung permatang keledang bertemu Tok Batin dan saya sendiri selaku ahli JKKK kampung.Harapan saya pada saudara bertaubatlah jangan membuat fitnah,dosa besar saudara....orang yg merakam gambar dan video diatas pun tak pernah cuba menghubungi kami disini...sungguh memalukan..politik kelas bawahan...memalukan masyarakat islam itu sendiri.BERTAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT...!

Anonymous said...

Bagi makluman pdo lain kali sebelum kau nak keluar cerita sila dapatkan info yang lebih detail dan dari sumber sumber yang sangat sangat boleh dipercayai......jangan lah buat cerita hentam kromo macam ni.....lepas tu pulak kaitkan DS Najib.....bagi saya cerita macam ni lebih menjurus kepada satu penghinaan kepada orang orang melayu islam pekan.....seolah olah orang melayu islam pekan nak urus mayat pun tak pandai......jadi lain kali tolong berpada pada dalam menulis berita di blog saudara....keturunan orang pekan kalu marah buruk padah nya.....ingatan tulus ikhlas dari cucu sohok gagoh pekan

Anonymous said...

aku orang ketapang setahu aku,tanah perkuburan terbesar bagi penduduk ketapang digabung dengan pasir panjang,tanjung agas dan kampung-kampung lain yang berdekatan dengan ketapang.kalau yer pun xsuka najib biar sesuatu isu yang nak dipaparkan relevan dan ada asasnya.aku ahli pas pun xsetuju kalau dah buat keja tanpa bukti yang kuat tuk menyokong fakta pdo.maaf kalau tersalah

Anonymous said...

udah udah lerrrrrrr............HARI NI ADA SPECIAL DRAW.....jangan lupa kengkawan

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]