Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


May 5, 2012

Gara-Gara Rosmah, Penganjur Program Tahunan Isteri 'Wakil-Wakil Rakyat BN' Jadi Tidak Keruan !

KUANTAN, 5 Mei - Kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (foto) ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dekat sini benar-benar menyusahkan pihak terbabit sebenarnya. Masing-masing "tidak keruan" menunggu program isteri PM itu berakhir. Ini kerana, gara-gara Rosmah menyebabkan segala perancangan awal termasuk yang berkaitan dengan urusan protokol "carca merba" dibuatnya. Apa tidaknya, Rosmah dipercayai mahu mengikut selera beliau dalam menentukan apa jua keputusan yang ingin dibuatnya. Ini menyebabkan, pihak penganjur Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN 2012 di sini jadi "haru biru" sebenarnya. Rosmah dipercayai merubah segala aturcara yang telah disediakan demi kepentingan peribadi beliau sendiri. Malah, terdapat laporan Pembantu Peribadi (PA) beliau sendiri telah mengambilalih mesyuarat tertentu, kerana kurang senang dengan tindakan pihak yang berkenaan. Tambah mengejutkan PA Rosmah dipercayai berhubung terus dengan PM Najib Razak dalam sesetengah isu bagi menakutkan pihak penganjur agar mengikut selera Rosmah Mansor. Difahamkan, akibat terlalu cerewat dan mahu dilayan umpama permaisuri atau "First Lady Of Malaysia", Rosmah mengarahkan permaidani dipasangkan di keseluruhan "banglo tetamu" yang hanya menjadi persinggahan "rehat" untuk beberapa jam selepas beliau bermain badminton. Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengarahkan semua bilik-bilik di banglo berkenaan dilengkapi dengan "alat penghawa dingin" dan sebagainya. Kehendak Rosmah ini terpaksa dilayan oleh pihak penganjur kerana beliau merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia. Namun, wajarkah Rosmah bertindak demikian terhadap sebuah institusi pengajian tinggi. Beliau sepatutnya menerima seadanya, apa jua kemudahan yang ditawarkan oleh pihak terbabit. Namun, dek kerana sikap beliau yang "cerewet" itu akhirnya pihak penganjur terpaksa melayan apa saja kemahuan Rosmah walau pun dengan perasaan yang begitu kecewa. Rosmah juga mengarahakan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis mengiringi kenderaaan beliau dibahagian hadapan ketika pulang ke penginapannya di Hotel The Zenith dekat sini, walau pun pihak protokal sudah menyediakan yang sepatutnya. Pengurusan hotel juga "kelam kabut" dibuatnya gara-gara si Rosmah ini.


Najib Razak turut hadir saksikan isteri beliau bermain badminton di UMP

[Ramai yang terkejut dengan sikap Rosmah Mansor yang mahu dilayan umpama permaisuri itu sebenarnya. Banglo pelawat yang disediakan untuk beliau itu sudah dikira selesa, namun dek kerana namanya Rosmah Mansor maka beliau mahu lebih selesa dan mahu keseluruhan kawasan di dalam banglo itu dilengkapi dengan permaidani dan alat penghawa dingin. Walhal, beliau hanya berehat disitu untuk seketika sebelum menyambung semula aktiviti bermain badminton bersama isteri-isteri wakil rakyat yang lain. Tambah mengejutkan PA beliau dikatakan begitu hebat mengalahkan MB Pahang sendiri. Beliau boleh menelefon PM dan membenarkan semua jawatankuasa mesyuarat mendengar perbualannya dengan Najib secara "live" apabila speaker HPnya di kuatkan. Ini semua, bukti dan tanda-tanda kesombongan manusia atas kuasa yang ada. Kasihan kepada pihak urusetia termasuk UMP, protokol SUK, MPK, Yayasan Pahang dan yang lainnya. Mereka terpaksa akur dengan arahan seorang PA daripada Pengerusi yang telah dilantik. Inilah hebatnya Rosmah Mansor, isteri si Perdana Menteri!].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Maaf nak beritahu..... Tahun lepas terengganu menjadi tuan rumah program ini. Permainan badminton beliau main pun ikut peraturan rosmah sendiri..pasukan beliau menang di peringkat awai tapi kalah semasa perlawanan akhir menentang pasukan isteri yb bn sarawak. Itulah isteri pm kita

Anonymous said...

biar ke dia lah, sementara ada kuasa,Hidup manusia bukan menongkat langit, akhir nya parti yg sedang mereput ini akan di ganti dgn parti yg lebih baik. maka tak ada lah lagi manusia yg rasa malaysia ini dia yg punya. berdoa lah agar Allah cepat mereputkan kuasa mereka.

Anonymous said...

ada kwn aku bagi tau yg budak UMP yg nak masuk tengok dihalu keluar dari sana...konon nya ada pihak yg tak bagi masuk...maksudnya mereka ini tak mesra rakyat lagsung...

Anonymous said...

yang tak pahamnya kenapa program gini buat di sebuah IPT.. sedangkan banyak lagi dewan yg bersesuai terdapat di bandar kuantan.. spt wisma belia yg beso tuh.. dewan jubli perak yang cantik nan permai itu.. persoalannya kenapa di UMP.. apakah terdapat outcome kpd pelajar ump dan masyarat sekitarnya.
rasanya makin nyusahkan lagi ada kot.

sy betul2 tak paham.. penin kepala pk kak mah nih.

Anonymous said...

Rosmah Mansor... adik beradik Nyonya Mansor dalam Filem Ibu Mertuaku.... faham-faham aje le...

Anonymous said...

Sila jangan fitnah. Saya antara yang berada di waktu kejadian. Saya antara yang membantu menyediakan rumah tamu (bukan banglo) ia hanya unit apartment untuk peserta berehat yang keadaan rumah tamu tersebut adalah seadanya. Sila tanya dengan pegawai2 yg bertugas seperti SUK Pahang. Unit rumah tamu UMP mmg telah sedia ada penghawa dingin jd tiada isu ia dilengkapi dgn penghawa dingin semata2 kerana Datin Seri Rosmah. Kalau anda tidak berada di tempat kejadian sila jgn menyebarkan cerita yg anda kutip2 dr pihak ketiga kerana anda akan mengundang fitnah.

Anonymous said...

Hey, ko ni menipu kan... KAlau pun ya benci janganlah tabur fitnah buat cerita. Yg jadi committee pun terkejut baca blog kau ni tau tak? Ko tiada di sana ko janganlah mereka cerita. Kalau kau bukan committee janganlah berlagak macam kau tau. Kau ni rakyat malaysia ke, rakyat mana ni? Your post above is a crystal clear fitnah. Never did she ask for air-condition because the guest house was already installed with air-condition!

INgat lah, jgnlah lidah tu terbakar sebab buat fitnah. Kot ya pun benci kan..

Anonymous said...

Ish korang ni... Tak takut ke azab Tuhan buat fitnah xde usul periksa... Kami ni antara orang2 yang bertanggungjawab untuk jaga bilik rehat VVIP, VIP termasuklah rumah tamu yang dikatakan 'banglo tetamu' itu. Tak ada pun permintaan yang melampau seperti minta rumah tamu dilengkapi penyaman udara dan permaidani. Rumah tamu tersebut telah tersedia dengan kemudahan penyaman udara dan permaidani. Dan setahu saya Datin Seri tak pergi pun ke rumah tersebut kerana telah disediakan bilik persalinan yang lengkap di kompleks sukan tersebut.

Tak perlu la nak burukkan orang sampai macam tu sekali kalau tak suka sekali pun. Jika benar seperti yang ditulis beliau menggunakan kapasiti sebagai isteri PM untuk mengubah segala peraturan adakah dia mempunyai masa sebanyak itu untuk menentukan segala-galanya..?

Selidik dulu sebelum nak buat kenyataan...


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter