Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

May 11, 2012

Gara-Gara Tertipu, Pemimpin PKR Yang "Lompat Parti" Sertai UMNO Ingin "Kembali" Ke Parti Itu !

KUANTAN, 11 Mei - UMNO Pahang bakal menerima tamparan hebat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi apabila terdapat dakwaan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah "melompat" sertai parti itu tiba-tiba akan berpaling tadah untuk kembali semula bersama PKR dalam masa terdekat ini. "Bukan soal wang atau soal janji-janji manis, tapi saya melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat terutamanya di perhimpunan Bersih 3.0 terlalu melampau-lampau dan diluar batasan kemanusiaan. Malah, tindakan media UMNO (Utusan Malaysia) yang masih lagi menjadi alat "seks lucah" untuk menjatuhkan maruah pemimpin politik pembangkang tidak dapat saya terima. Cukuplah dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim ... Kenapa perlu lagi cerita-cerita lucah dan seks. Tidak malukah kita sebagai sebuah negara Islam bermain politik murahan seperti ini. Maka itu, saya rasa hati dan jiwa saya tidak sesuai untuk berada dalam UMNO. Saya ingin mereka jujur dan ikhlas berjuang untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara... Namun semuanya meleset.. pemimpin UMNO masih amalkan politik sampah, kotor dan menjijikkkan..dan tidak selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.. Saya sedia untuk kembali kepada parti yang sekian lama saya perjuangkan jika pucuk pimpinan tertinggi menerima keputusan saya ini", kata pemimpin terbabit. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin ini seharusnya dipandang berat oleh lain-lain "katak lompat" selama ini. Justeru PKR perlu membuka ruang kepada mana-mana ahlinya untuk kembali jika mahu imej mereka terus meningkat menjelang Pilihanraya Umum akan datang.

[Wartawan Pahang Daily Onlline (PDO), Blogger Cucumatkilau dijangka akan mengadakan "pertemuan sulit" dengan pemimpin terbabit di sebuah restoran dekat Kuantan petang ini. Persoalannya, siapakah pemimpin berkenaan dan kenapakah beliau mahu berbuat demikian?. Segalanya masih menjadi tanda tanya. Khabarnya beliau juga telah menghubungi beberapa orang pemimpin kanan PKR Pahang untuk menyatakan hasratnya itu. Kini, apakah PKR pusat akan menerima semula kemasukan pemimpin terbabit agaknya. Sama-samalah kita nantikan siapakah pemimpin itu. Apa yang pasti berita ini pasti akan menyebabkan kem UMNO BN kepanasan menjelang Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Info seterusnya menyusul].

26 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

anak felda said...

Tolong cakap kat "Mamat" tu,

Kalau nak masuk sebab dah nampak gelombang perubahan rakyat pada PR, BOLEH BLAHHHH!!

Tak payah laa nak bagi alasan sebab BERSIH 3.0!!

Woi! mamat, perjuangan anda tak konsisten.

Si bangsat yang mcm ni laa yg byk menyusahkan PR. Jgn terkejut kalau mamat ni nanti lompat lagi ke UBN atas alasan tak puas hati dgn pucuk pimpinan.

SUMPAH!! kalau mamat ni bertanding di kawasan aku atas tiket PR, mmg aku tak undi dia.

Kirim salam byk2. Suruh dia kawan dgn mat ezam.

Anonymous said...

kirim salammmm! kat mamat tu,suruh dia terus dengan UMNO la,buat pa nak rojok balik,dulu pasai pa hang gatai nak sertai umno.kan hang tak tau perangai depa,orang macam ni tak dak pendirian ,pi mampuih lagi baik

ZAKRI ALI said...

Assalammualaikum kepada kedua dua yang komen diatas; tepat dan benar, jangan kita dipermainkan oleh orang2 yang tidak konsisten dalam perjuangan. Orang2 begini lah yang selalu merosakkan parti.... Di harap PKR Pusat jangan sekali kali menerima katak2 yang sudah LOMPAT untuk kembali kepadea PKR.... kalau pun PKR Pusat mahu menerima mamat ini dan lain2 katak, hanya sebagai
Ahli Biasa, itu pun dengan syarat; mereka tidak dibenarkan memegang apa2 jawatan dalam parti (Ranting & Cabang) selama 5 tahun dari tarikh mereka masuk semula.

Anonymous said...

koi sokong!koi sokong!

Anonymous said...

Setuju ! org begini jadi ahli cukup jgn beri jawatang kalau tak jadi jembalang kalau pompuan takut jadi jalang .

Anonymous said...

nak masuk semula PR x der masalah cuma pimpinan tidak mencalonkan mereka yg terbabit dlm PRU yg akan menjelang supaya tidak lg berlaku perkara katak melompat setetelah memenangi kerusi yg ditandingi....rugi PR

Anonymous said...

jangan gelabah bro,tak semestinya kembali kepakatan rakyat mahukan jawatan atau jadi calon,aku mungkin salah seorang yang telah kembali pada umno pada 2004 lalu,bukan apa ,kerana keterdesakan kehidupan yang memaksa kembali pada umno demi survival keluarga.masa dalam pr dulu mungkin pr ketika itu terlepas pandang pada kami, cari makan payah dan ada yang tak kena pada pr ketika itu (Tak perlulah hurai apa kejelikan pr ketika itu) kami terpaksa berhijrah!!!! sekarang kami hijrah kembali kerana kelakuan umno bn yang keterlaluan kamu semua tahu itu..kami kembali semula kepangkuan pr kerana keihlasan dan mahukan pr memrintah malaysia ini. tak perlulah buruk sangka pada kami. bagi aku aku tak mahukan habuan apa apa jika pr menang cukuplah semua menifesto serta janji janji pr di kotakan.
memang rasa semacam bila kami kembali ada mata yang nampak tak senang dengan kami.tapi percayalah kami juga bolih menyumbang bagi kemenangan pr kali ini. akhir kata sama sama lah kita jadikan yang lalu sebagai teladan dan sama sama mengecapi kemenangan kali ini....bekas ketua Penaja keADILAN Kemaman 1999

Anonymous said...

Orang macam ni lah yang dok bagi rosak masyrakat , kalau dok bagi sebab yang orang tak boleh terima eloklah buat parti sendiri ,buat apa nak balik pada tempat yang kita telah maki hamun pada pemimpinnya ,tak malu ka ,kulit muka dari jenis apa sehingga tebal tak bermaruah .

Anonymous said...

AKULAH ORANG YANG SANGAT SETUJUUU...
JGN DIBERI MUKA? KLAU DAH DILEPASKAN SATU NIE... AKAN ADA YANG LAIN MENYUSUL DENGAN BERBAGAI ALASAN... DIA ORG DAH NAMPAK GELOMBANG RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN SEBENAR..

Sinaran Rompin said...

Pucuk pimpinan parti PKR jangan terima orang se macam ini kerana dia kelak akan menjadi masalah pada parti.

Lagi pun mana tahu dia mungkin jadi 'informer' kepada UMNO.

Anonymous said...

bagila chance tolong pajak bendera PR..

Ezy said...

ambil contoh Rasullullah yang tidak berdendam kepada musuh2nya... selepas mekah dapat semula kepada orang2 islam.. Rasulullah memaafkan mereka dan menjamin keselamatan mereka walaupon dahulu mereka ada yang membunuh sahabat dan saudara Rasulullah... Jika mereka join PR semula... ingatkanlah mereka Allah sentiasa memerhatikan setiap perihal manusia...

JAKA said...

rasanya perangai buruk mcm ni adalah zahrain.

dia tu tk kira apa, janji ada untung kemudian hari.

jika rasa PR nak menang, cepat2 join, then tengok2 tk dpt perintah malaysia juga, maka keluar dia masuk umno.

now dia rasa bn nk kalah PRU, maka dh tunjuk diri suci nk join PR pulak.

SURUH JE KATAK TU JOIN JATI BERSAMA HASSAN AKIDAH.

JAKA said...

ini bukan soal dendam, ini soal kepercayaan.

org lalang mcm ni bukan kita nk dendam, tapi kita sangat berhati2.

dia boleh join DAP kalau nak, tapi tidak akan diberi tanggungjawab besar dalam PR.

kekalkan dia sebagai ahli biasa walau ada Datuk Seri sekali pun.

kita mesti pantau org jenis ni. nabi saw memang tk dendam tapi Nabi saw juga kata,

"jangan umat Islam dipatuk dua kali dalam satu lubang".

Anonymous said...

betul JAKA, JANGAN KITA TERKENA 2XPATUKAN DALAM SATU LUBANG, COMEL SANGAT PESANAN NABI, AMBIL IKTIBAR, KADANG2 DIA ORG NI PANTANG ADA TAWARAN MULA KETAR KEPALA, TERIMA TERUS, SEBENAR NYA PUAK UMPORNO PUN BUKAN SETIA DGN PARTI UMNO, TAPI PITIS PUNYA PASAL,REALITI DIA ORG NAK PITIS,TAPI DAH KAKI AMPU, BODEK DAN SIKAP PENCACAI, TUNJUK SETIA, WALHAL NO PITIS NO SUPPORT. SEDAR LAH UMPORNO DAH NAZAK DLM KEADAAN MEREPUUUT.

Anonymous said...

Terima saje dia jadi ahli biasa, jgn bersifat berdendam...ikut sunah nabi. Semuga dia menjadi contoh pada yg lain...lagi ramai ahli kan lagi bagus.

Anonymous said...

Awas dgn perisik UBN,musuh dalam selimut, api dalam sekam, boleh terima jadi ahli biasa, belajar dari pengalaman.

Anonymous said...

BAIK PERCAYA KAT BERUK MAT YEH DRP PERCAYA ORG MCM NI!!!!!!!!!!! JGN BERI MUKA...JENIS MUKA TALAM

Anonymous said...

KESIAAAAAAAAAAAAAAAAAN dia, kalau tak beri peluang ke2, tak ada Wadah dia nak berjuang. beri lah, tapi pastikan hamba Allah ni tidak jadi zahrain, zul bisul, brahim perkasa, hassan jati,dan terbaru hamid bopeng,jenis tak tahu untung,jenis baham Tuan,jenis kekah tuan semula lepas beri makan, berhati hati lah pimpinan PR..mereka ni tak ada prinsip perjuangan.

Anonymous said...

Humban jer kat laut..bagi jerung makan..

Aku nak warning PKR/PAS bhw PRU 13 ni korang MESTI pilih calon yg benar tulin perjuangannya..yang kuat/teguh istiqamahnya...jgn main rembat jer..macam posmen pun, PKR rembat jd calon PRU 12 dulu..lihat apa jadi di Perak..

kena saring betul2 calon tuh.pilih yg benar2 mahu khidmat ...umpama calon tersebut rebus dlm air panas pun tak mati...krn kekentalan semangat...

ingat tuh!

Anonymous said...

bak kata pepatah orang zimbabwe:

"kena patuk sekali takpa, sebab lalai"

"kena patut dua kali, memang bangang laa "

hehehehe.. bangangkah anwar and the gang???????? tolong jawap sat :)

usin said...

panas ke isu mcm ni? mcm ni bukan panas. basi dah pdo wei!!! org mcm ni langsung takde nilai. dlm umno tak berguna, dlm pkr tak membawa makna. isu basinua mudah. dia kecewa dlm pkr kerana tak dpt sesuatu yg dihajatkan. ada agenda peribadi la tu. lompat ke umno. umno pulak tak dpt menjanjikan sesuatu sebagaimana yg dia nk. tu yg merajuk nk balik semula kpd pkr. jadi kesimpulannya walau kemana saja dia pergi dia akan membawa kerosakan. maka bodoh bangang la mana2 parti yg terima makhluk mabuk mcm ni!!!

Anonymous said...

Anon semua,

Dengar khabarnya Ibrahim Katak (PERKASA)akan datang bertemu dengan TG Nik Aziz dengan rintihan pilu, ingin kembali minta dicalunkan atas tiket PAS semasa PRU 13 nanti.

Alasan Pertama:Beliau berasa kesal dan terkecewa yang teramat sangat kerana BN tidak memberi Royalti minyak serta meminggirkan Kelantan.

Alasan Kedua: PERKASA akan mempertahnkan kelntan dari keklahan teruk kepada BN dalam PRU 13

Alasan Ketiga: Telah insaf dan beratubat nasuha kerana menghina TG Nik Aziz

Alasan ke empat: Pengundi Pasir Mas masih sayang dan memerlukan beliau.

Anonymous said...

1:58 PM

baik ko bg tau jer Brehim Ali, suruh dia pergi ke Zimbabwe mintak jd Presiden ganti Mugabe!!

rbasmy said...

bukan masalah x mahu beri peluang ke 2 tapi beringat supaya x kene patuk/masuk lubang 2 kali....tak kan le x de jawatan x boleh nak berjuang..

Anonymous said...

Kita bimbang dia dah dilatih jadi spy untuk bocorkan rahsia PKR ketika kempen PRU ke 13 nanti. Hati-hati.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]