Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


May 3, 2012

Panas: 'Wartawan Media Boikot', Kecewa Layanan Pegawai JAIP Di Majlis Santapan Bersama Tengku Mahkota Pahang Dekat Hotel MS Garden Kuantan

KUANTAN, 3 Mei - Orang ramai yang hadir ke Majlis Santapan Bersama Tengku Mahkota Pahang di Hotel MS Garden dekat sini pada 25 April lalu terkejut dengan sikap dan tingkah laku biadap seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) terhadap sekumpulan wartawan media pada malam itu. Difahamkan, majlis tersebut diadakan bagi meraikan saudara baru dan dianjurkan oleh pihak JAIP sendiri. Pada awalnya program yang turut disertai oleh Menteri Besar Pahang dan lain-lain orang kenamaan itu berjalan lancar. Namun, sedikit kekecohan berlaku apabila ada perselisihan faham antara kumpulan wartawan media dengan seorang pegawai JAIP. Malam itu semua wartawan media arus perdana dari akhbar Berita Harian, The Star, Metro, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Astro Awani, TV Al Hijrah, RTM dan lainnya telah datang untuk membuat liputan majlis berkenaan. Namun akibat tindakan biadap pegawai berkenaan yang tergamak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka maka kumpulan wartawan terbabit telah keluar dan berhenti membuat liputan. Menurut seorang saksi yang melihat kejadian berkenaan, beliau hairan kenapa dalam majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota Pahang itu pun, ada pegawai agama yang bergelar Ustaz tergamak menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada para wartawan. Tindakan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan adalah tidak wajar kerana mereka hadir untuk melaporkan berita berkenaan kepada umum menerusi media masing-masing. "Saya difahamkan, pegawai JAIP terbabit dikenali sebagai Ustaz Noor Hamizi dan beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah JAIP", kata saksi itu. Lebih memalukan perkara ini berlaku selepas majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang bermula. "Apabila Presiden Kelab Media (Nik Naizi Husin) tiba, dilihat beberapa wartawan hanya berdiri sahaja di bahagian pintu dewan kerana tiada tempat. Dewan yang sempit dan dipenuhi dengan meja. Presiden bertanya kepada seorang staff SUK yang kebetulan ada berhampiran. Diberitahu oleh beliau perkara meja untuk media sudah diingatkan kepada pihak JAIP tetapi nampaknya tiada tindakan. Kemudian dicadangkan media gunakan satu meja yang tekah dikhususkan untuk staff istana. Pihak media tak setuju kerana staff istana pula nanti yang tak ada meja. Cadangan lain pula ialah media pergi duduk di tingkat bawah!", kata saksi tersebut.

Cadangan Yang Di Buat Tidak Kena Pada Tempat

"Jika begitu, apa yang berlaku di dewan, macamana media nak tahu? Presiden pun berkata yang kami bukannya datang nak makan. Takkan nak turun naik turun naik!. Bila pegawai JAIP tu senyap, presiden pun cadangkan supaya buka satu meja disebelah luar dewan. Sementara tunggu meja dibuka, datang pembantu tengku mahkota dan bertanya. Lantas dicadangkan presiden duduk di meja VIP. Presiden menolak kerana rakan media lain masih tak ada tempat. Kemudian datang Encik Noor Hamizi mencadangkan agar media turun ke tingkat bawah dan tunggu disitu. Presiden pun mengulangi kata takkan kami nak turun naik turun naik. Encik Noor Hamizi pun respon dengan berkata saya boleh turun naik turun naik dari pagi tadi!!! Presiden pun respon itu adalah tugas awak. Awak orang JAIP, orang penganjurkan. Itu tugas awak. Awak memang tugas. Saya ni dijemput. Rupanya Encik Noor Hamizi tak suka presiden kelab media panggil dia awak-awak-awak...Awak jangan panggil saya 'awak'!! balas Encik Noor Hamizi. Apa awak-awak nih! Saya ni Ustaz!!!. dengan nada bengang dan amat kecewa maka Presiden Kelab Media pun berkata.. manalah dia tahu yang beliau tu Ustaz. Encik Noor Hamizi pun terus menunding jari tunjuk kopiah di atas kepalanya", katanya.

Semua Pihak Terkejut Dengan Sikap Pegawai JAIP

Selepas tu Encik Noor Hamizi tu menuduh Presiden Kelab Media Pahang, "awak mengajar saya jadi kurang ajar!!" Bila masa pulak saya kurang ajar? Awak panggil saya awak!! Ok ok ok tak pe lah .... Presiden Kelab Media pun meninggalkan Encik Noor Hamizi tu kerana tak nak berlanjutan. Rupa-rupanya Encik Noor Hamizi tidak habis disitu.. dia masih lagi berungutan dengan beberapa orang lain tanpa sedar seorang wartawan ada disebelahnya. Bila ditegur oleh wartawan tersebut apa yang tidak puas hatinya... Encik Noor Hamizi mula mengelak mengatakan orang lain yang teruk dan bukan wartawan tu. Bila sorang wartawan wanita bertanya siapa dia dan apa namanya.. Encik Noor Hamizi berkata dengan marah-marah "tak nak bagitahu nama saya", tambah saksi itu lagi. "Cuba bayangkan jika presiden kelab media menerima juga pelawaan pembantu Tengku Mahkota tadi, dan kesempatan digunanya untuk membisikkan masalah tak ada meja itu pada TM. Macamana agaknya? Tapi itu tak molek. Bimbang nanti ganggu periuk nasi Encik Noor Hamizi. Bayangkan seorang staff Jabatan Penerangan pun terkejut dengan tingkah lakunya sebagai seorang Ustaz. Bahasa yang diguna serta tindakan bodoh yang dibawanya. Rasionalnya media bukan nak makan sangat dan bukannya nak meja VIP pun. Keutamaan ialah mudah nak buat kerja semasa event berlangsung. Apabila press tidak diterima sebagai tetamu, respon dan tindakan yang munasabah ialah tinggalkan majlis. Status nya ialah Press dijemput. Sebagai tetamu adakah patut berdiri dibelakang tanpa siapa pun yang peduli?", kata saksi itu.

[Apa yang berlaku kepada media dalam kejadian ini sungguh memalukan. Media sepatutnya dilayan secara adil apabila diundang ke sesuatu majlis tambahan pula yang berkaitan dengan kerajaan atau pihak istana seperti ini. Jika media arus perdana dilayan sebegini, apatah lagi jika ia melibatkan media pembangkang agaknya. Tidak sewajarnya dalam isu sebegini pihak terbabit menuduh media mahukan meja VIP dan menuduh media hanya mahu datang untuk punch card depan Tengku Mahkota Pahang dan bukannya mahu membuat liputan majlis berkenaan. Malah, tindakan pihak terbabit mengatakan mereka tidak perlukan media dan media tidak dijemput hadir untuk cover majlis berkenaan amatlah memalukan sebenarnya. Agensi kerajaan dan yang berkaitan perlulah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak media, tambahan pula bagi program yang tidak berbaur politik seperti yang diadakan baru-baru ini. Media perlulah diberikan keistimewaan yang sepatutnya dalam apa jua majlis yang melibatkan pihak kerajaan. Ambillah iktibar diatas kejadian tersebut].

28 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Ha? Kene turun naik turun naik.

Dah, semua jadi celaru.

Tenang bro....

Anonymous said...

Saya perhatikan orang media ni seperti biskut chipsmore. Jika perlu, dicari... jika tak perlu, dihalau. Bukankah orang media menjadi penghubung pihak A dengan pihak B. Peranan media kalau tak silap ialah meyampaikan maklumat, berita, cerita kepada orang ramai?

Aku suka kalau satu hari, surat khabar dan berita dalam TV, tu semua tak ada. Tak ada berita untuk satu hari.. Macamana gamaknya ye??

Anonymous said...

wartawan kena faham, letih dan tertekan, walaupun bergelar ustaz dia kan manusia biasa, tak payah buat isu lah, banyak lagi isu besar besar yg patut kita ketengahkan, se tahu saya Ust. Nor Hamizi ini seorang yg cukup simple dan cukup menghormati org lain. PDO tak payah buat isu dia lah, org baik tak perlu kita bermusuh, Sabar lah wahai wartawan semua.

bosan media manja said...

dah nama wartawan, berlegar2 lah ambik gambor & buat liputan, memang wartawan pahang ni manja, nak makan beradap aje, nak main boling free, nak itu nak ini, bandor kecik lah katakan, ramai org yg perlukan coverage...tu yg mmg doh biasa sgt mkn free, manja tuuuuuu...tak gitu wartawan semua

Anonymous said...

media ni memang cam gitu kalu bleh nak first class....tapi hampehh je

Anonymous said...

Saya tahu mengapa 'uztaz' tadi marah marah. Dia uztaz UMNO. Ha..ha..ha..ha ha.

Anonymous said...

Kalu Ostat PAS, teruk wartawan kena hentam dengan PDO

tak macamtu PDO.....

Anonymous said...

Ustaz itu contoh kepada ajaran Islam cara Malaysia. Ia jadi panduan kepada orang ramai bagaimana akhlak Islam yang sebenar. Ramai (bukan semua ) ustaz di pejabat agama ego dengan jawatan. Ia rasa dialah sangat Islamik. Orang lain jahil agama. Apa yang ia buat semua betul, tak ada yang tak betul, melainkan betul semuanya. Tambahan pula mereka ini penganut UNPURNO.

Anonymous said...

Ramai yg tak tahu kisah sebenar peristiwa tersebut. Presiden kelab media tu bahasakan ust tu dgn perkataan "awak" guna intonasi yg kurangsopan dan nada yg kelihatan angkuh. Saya adalah urusetia program yg turut berada di tempat kejadian. Ust tu ckp pihak urusetia ada sediakan jamuan utk urusetia dan petugas2 termasuk media kat tingkat bawah, nanti lepas abih tugasan boleh la ramai2 turun kat bwh. Nak buat mcmana kebetulan peserta saudara baru dtg lebih drpd jangkaan. Ust tu pun manusia juga, reti nak marah kalau org lain boleh buat kurang ajar kat dia. Sdgkan kitapun reti nak marah kalau org kurang ajar dgn kita. Tak payah pjg2 la isu kecik ni. Masing2 ada ego dan maruah. Kalau berleluasa fitnah memfitnah apa faedahnya. Masing2 pasti nak menang dan mengaku betul. Bermaafan satu sama lain lagi bagus. Dgr cerita sebelah pihak memang sedap. Takkan ngaku salah sendiri. Kalau mati hari ni tak sempat mintak maaf mcmana keadaan dlm kubur dan akhirat nanti.

nor hamizi said...

Saya ustaz Nor Hamizi yg kalian perkatakan dlm berita dan comment saudara2 sekalian. Terima kasih atas teguran2 kalian yg baik dan bertujuan utk menyedarkan kesilapan drpd pihak diri saya. Terima kasih juga atas sebahagian perkara yg berupa fitnah dan cerita yg separuh jln yg tak habis serta kutukan yg dilemparkan kpd saya. Saya tahu siapa yg tulis berita ini serta siapa yg komen. Memang ada sebahagian perkara drpd kesilapan dan kelemahan diri saya. Saya akui dan mohon maaf kpd pihak yg terlibat. Saya rasa tak rugi memohon kemaafan atas kesilapan, yg penting persaudaraan dan ukhuwwah islam kita molek kembali. Saya anggap perselisihan yg berlaku umpama sengketaa adik beradik yg pasti berdamai kembali.

nor hamizi said...

Saya kenal abg nik ( pengerusi kelab media) sblm ni dlm beberapa program. InsyaAllah saya akan berjumpa dgn dia utk jernihkan suasana. Sayapun bukan maksum dan bukan wali. Manusia biasa yg adakalanya terlupa dan terlalai. Tak perlulah saya bela diri saya di sini, nanti saya aibkan org lain pula semata-mata nak jaga maruah sendiri. Sampai bila takkan selesai. Kpd yg mengulas dgn komen2 yg baik, jazakallahu khaira. Kpd yg beri komen yg guna bahasa dan tuduhan yg tak baik, saya maafkan krn bimbang nanti kita bertemu Allah dlm keadaan memikul dosa dgn manusia yg tak sempat kita pohon maaf.

DUNIA FANA said...

Udah la tu....Ustaz Noor dan Saudara Nik....bermaafan la...nak buat macamane kite kan manusia.

Semoga niat baik kite dapat keberkatan dari Allah..

Kite kan sama-sama Islam.

Tidak kire Apa2 parti politik.

Saya pun org Pas juge..

Anonymous said...

utz dah bersuara, so kira tutup cerita, bior ustaz ngan bro nik berdamai insyaAllah

Anonymous said...

salute ust. nor hamizi, anda seorg yg berani, memang ust seorg yg berani memohon kemaafan walaupun situasi itu bukan ust yg lakukan. tak apa lepas ni kita buat stu Slot untok wartawan anjuran JAIP, "ETIKA PEMBERITAAN MENGIKUT ACUAN ISLAM" Sebab skrg Sebilangan wartawan kalau tak siar kehendak umporno dengan fitnah yg direka, surat khabar tak laku.umporno dgn kerjasama wartawan suka makan daging sedara sendiri.PEMFITNAH patut insaf.kes kecik suka di besarkan. Kes pemimpin kalu sorok lagi nak sorok. Kes Ust hamizi kes terpencil nak di besarkan. umnuuuu.

Anonymous said...

Ustaz dah mohon maaf, wartawan2 yang sebar fitnah bila nak mohon maaf? Malu la pada diri sendiri walau tak malu pada ALLAH. Wartawan konon kata datang bukan nak makan, kita dah faham sangat keletah wartawan ni. Saya pun malas nak buka aib wartawan sebab ustaz dah ajak berdamai. Ada banyak beza orang yang ada ilmu agama dan akhirat berbanding dengan orang yang hanya tahu ilmu kewartawanan dan hiburan.

Anonymous said...

aku kenai ustat ni, kelakar dia masa kuliah blh pecah perut, kdg2 selit lagu hindustan pun jadik jugak ustatt nih...he.he.he..jgn marah ustattt...tapi susah nak ajak bg kuliah...sibukkk aje memanjang, ngalohkan MB...lagi sekali jgn marah yea ustatttt

bab wartawan di kuantan...adalah byk jugak pengalaman...apa nak kata aaa...geng2 media dari surat kabor Cina lebih aggresive, telus & mudah urusan...geng2 lain, hemmm, padanlah dgn status akhbar hiburan merapu & one sided political views...wartawan depa pun samaaaa lah 2x5=11

Anonymous said...

Wat ape nak gaduh. Ustaz pun satu jugak. Urustia pun banggang juga. Ape pasal ko orang cakap ngan ALLAH swt aku tak pertikaikan????
Salah ke cakap awak? Eh eh memang gila orang jaip ini. Dah simpan Bilal dan Imam gila. Pegawai dan Kakitangan dia orang pun kegilaan jugak? Gila ini ada 99 jenis gila. Ada gila pangkat. Ada gila glamor dan macam2 gila. Campur ngan dia orang 100 jenis gila....

Jangan kita gila dah lah.. Hahahahaha.....
Ustaz ke., urusetia ke., tuan-tuan., puan-puan., YH Dato., jagan marah kome komen je...

Anonymous said...

Amende antor komen mcm org gila ni?

Anonymous said...

Kalau tak berada di situasi sebenar jgn komen lebih2. Nanti tak pasal2 fitnah org pulak. Jgn jadi syaitan di kalangan manusia pulak. Org dah nak berdamai ngko pegi kipas api permusuhan lagi. Biasanya yg suka tengok org lain berterusan dlm permusuhan ni ialah iblis dan syaitan serta org kafir hasad. Suka sgt bodoh dan bangangkan org lain. Nanti kalau org yg dizalimi berdoa baru ngko tau azab deritanya. Tersilap dan tersalah tu perkara biasa. Bila org dah mintak maaf ngko nak menda lagi? Hati ngko ni ada penyakit gila jugak ke? Syaitan gila yg suka tengok org lain bergaduh dan jvn berdamai.

Anonymous said...

Setakat tulis bahasa kurang ajar dan biadap dlm blog semua org boleh buat. Kalau berani cuba cakap berdepan dgn ust atau pengerusi kelab media tu, baru la anak jantan dan ada maruah. Diorg anytime anywhere boleh jumpa. Apa mcm? Ada berani ka?

Anonymous said...

klu ngko kt imam,bilal,us gila da ko berimamkn sape slt jumaat td...yg beri ko kebenaran berkawin 2 sape..MB ke yg bg..psl mkn pn nkgduh beria.npe da xckup mkn ke..udh2 jd bdk kcik..buang yg kruh ambil yg jernih..

Anonymous said...

Dgn kecanggihan teknologi skrg org boleh kesan identiti penulis/pemberi komen walaupun berselindung disebalik nama "anonymous". Kalau org lain sakit hati dan berjaya jejaki sipemberi komen biadap pasti boleh berlaku insiden yg lebih ganas spt pukul dan bunuh. kita tak tahu hati org lain boleh bersabar setakat mana. Ambillah pengajaran terhadap apa yg pernah berlaku sblm terjadinya insiden yg lebih dahsyat. Org lain yg berkonflik tapi org lain pulak yg lebih2 tumpang kelahi. Tulisan kita melambangkan peribadi kita. Fikirlah baik2 sblm menulis sekiranya tak nak menyesal dikemudian hari.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Tumpang komen program Makan Malam /Santapan Diraja Bersama KDYTM Tengku Mahkota Pahang anjuran JAIP dimana kebanyakan yang jadi urusetia adlaah orang jaip dan jemputannya adalah saudara baru ( orang asli / cina dsbnya ) tetapi persoalanya yang hadir pada malam itu kebanyakan Staff dan Pegawai JAIP Sendiri yang hadir dan mengecualikan mereka yang bertanggung jawab mendidik dan mengasuh saudara baru ini untuk mengamalkan ajaran islam ... komen ini bukan untuk mengatakan kepada sesiapa tetapi fikirkan lah kebajikan insan pendakwah yang bekerja.

Anonymous said...

Aku sedih tengok wartawan pompuan islam yg tak pakai tudung dtg tak tunjuk contoh menutup aurat seorg wanita islam. bagus pulak saudara baru kita yg reti jaga aurat berbanding wartawan pompuan yg dah lama islam tapi tak reti tutup aurat. sibuk kelahi tak dpt meja. Org jaip pulak yg salah dan dituduh kurang ajar. Tak pakai tudung tu lagi la biadap dan kurang ajar dgn Allah. Malu la sikit...

Anonymous said...

Kpd insan pendakwah yg bekerja, jgnlah kecewa krn tak dpt bersama diraikan dlm majlis tu. Allah balas keikhlasan kalian. Cuma kita takut insan pendakwah terkena penyakit sesetengah manusia yg tak dpt meja khas tapi merajuk dan mengamuk hingga sanggup tulis berita. Mcm budak2 hingusan nak ngadu sana sini. Fahamilah suasana yg berlaku pd mlm tu. Namanya pun majlis meraikan saudara baru. Biarlah org lain beralah tak dpt duduk bersama di meja dlm dewan tu asalkan saudara baru dpt tempat belaka. Bukankah mulia perbuatan kita beralah tu. Ramai staf jaip dan vip berdiri sampai abis program termasuk Dato' timbalan pengarah dan dato' kolonel hashim. Bahkan diorg puas hati pulak saudara baru dpt semua tempat duduk walaupun diorg terpaksa berdiri. Sungguh mulia sikap.

Anonymous said...

Saya saudara Islam datang majlis malam tu, kenapa gaduh pasal kami. Kami bangga diraikan tapi wartawan sabar sikit ragam masa tu.Ramai datang luar jangka. maaf banyak...

Anonymous said...

guna kuasa pena untuk menyatukan ummah.. Media terbaik Islamic and fair

Anonymous said...

Zaman sahabat dahulu xde plak wartawan tapi bleh je sampai hadis kpd kita... Apa akan jadi klu wartawan xde? sejarah dah membuktikan xde kesan pun. Buat banci la.. Skg zaman internet la


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter