pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lynas: 'DAUN' Dakwa Berjaya Tarik 10 Ribu Orang Berhimpun Sokong Kerajaan Di Teluk Chempedak
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN , 25 Jun - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) berjaya menarik kira-kira 10,000 o...
KUANTAN, 25 Jun - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di sini semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di sini. Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong (foto) berkata antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas sebagai gimik sokongan. Aktiviti lain ialah senaman, persembahan kebudayaan, meditasi alam dan penerangan mengenai operasi kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd menerusi skrin besar, katanya kepada pemberita di sini. "Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyampaikan sokongan terhadap pembinaan kilang Lynas yang telah diperjelaskan oleh pakar-pakar berhubung tahap keselamatannya. "Dan majoriti yang hadir merupakan golongan muda dari serata pelosok tanpa dinaungi atau didalangi oleh mana-mana parti politik," kata Wan Emril lagi.



[Satu kejayaan yang sungguh mengejutkan kerana dalam himpunan aman yang dibuat oleh DAUN di Padang MPK Kemunting minggu lepas hanya sekitar 500 sahaja yang hadir. Satu peningkatan yang sungguh menakjubkan. Persoalannya, apakah kehadiran ribuan orang sememangnya untuk bersama-sama DAUN dalam kempen sokong Lynas atau sebaliknya. Apa pun persepi yang dilontarkan, ternyata DAUN berjaya mengadakan program mereka dengan baik. Ia satu perkara yang cukup sihat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebelum ini yang menyerang pihak yang mengadakan himpunan aman bantah Lynas. Ternyata kini demokrasi disuburkan. Mereka yang menyokong perlu adakan lebih banyak program untuk menyedarkan rakyat kenapa mereka sokong Lynas. Manakala bagi yang membantah pula, mereka juga perlu lakukan yang terbaik supaya rakyat yakin dengan pendirian mereka. Apapun, DAUN masih belum terlambat untuk bertindak mulai sekarang].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, June 25, 2012 10:45:00 PM

Pensyarah KIPSAS yg bermain politik kampongan, mula tubuh DAUN lepas sibuk tanam pokok, Kalau kena RADIASI pokok dan daun habis layu dan kering. Tunjuk ajardan berusaha lah betul betul agar anak didik KIPSAS berjaya dgn cemerlang, tak payah lah nak jadi JUARA sokong LYNAS, dan mengampu bodek UMNO Beri lah tumpuan supaya KIPSAS berada di tahap cemerlang dan berjaya, tok sah dok sibok dgn politik mengampu. kesian penuntut KIPSAS, Suburkan jiwa jiwa KIPSAS dengan ilmu. bukan menjerumuskan mereka dgn politik kampong.

Anonymous said... Tuesday, June 26, 2012 12:01:00 PM

NGO DAUN berjaya menarik 10,000 daun pelepah kelapa ke teluk chempedak

Anonymous said... Tuesday, June 26, 2012 1:35:00 PM

NGO Occupy Balok berjaya mengheret 800 pelancong ke pantai Balok

Anonymous said... Tuesday, June 26, 2012 5:35:00 PM

saya takut jugak terkene radiasi bijih besi..adoi2 amma appa..

Anonymous said... Tuesday, June 26, 2012 8:15:00 PM

campur dgn daun pokok aku rasa ada dekat 5 juta kot kah kah kah ngo bangang

Anonymous said... Wednesday, June 27, 2012 1:18:00 PM

Occupy Balok 300 orang aje yg datang...lagi bangang...

Anonymous said... Thursday, June 28, 2012 1:14:00 PM

10,000 butir pasir di balok...wakaka

Anonymous said... Thursday, June 28, 2012 5:50:00 PM

anon Monday, June 25, 2012 10:45:00 PM..kipsas tu kalau nak maju tukarkan saja kepala gerabaknya.kalau semua staff semangat power ranger tp kepala gerabaknya tak power..tak kemana pun kipsas awok tu.tang tu sajalah.sampai masa kipsas perlu dipacu oleh seseorang yang cerdik dan baik sahsiahnya.

 
Top