SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

ADUN Chenor, Dato' Tan Aminuddin Meninggal Dunia Di Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah Temerloh 8.55 Pagi Tadi



[Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak meninggal dunia jam 8.55 pagi tadi selepas lebih seminggu dimasukkan ke Hospital Sultan Hj.Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh. Arwah juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Maran dan Exco Kerajaan Negeri Pahang (Pengerusi Jawatabkuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda). Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada 8 Jun lalu akibat cirit-birit dan muntah. Arwah kemudian ditrmpatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kompilasi penyakit lain termasuk jantung dan kencing manis. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chenor petang ini. Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak. Warga kerja Pahang Daily Online (PDO) ucapkan takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk roh arwah]

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

انلاهؤانالىهرجع

Anonymous said...

innalillahuwainnailaihiroogiuum...
apabila meninggal seorang anak adam itu maka hanya 3 perkara yg ditinggalkan yg boleh membantu iaitulah anak yang soleh yang selalu mendoakan ibu bapa, sedekah jariah dan ilmu yang disampaikan.. semoga kita yang hidup menginsafi segala perbuatan bertaubat dan kembali ke pangkl jalan..

Anonymous said...

AL-Fatihah...
Semoga insan yang berasa dirinya terlalu hebat sehingga layak memegang 'kurnia' 'insan istimewa anugerah tuhan' atau insan yang menggalas tugas ulama yang sepatutnya berusaha memertabatkan syiar Islam, terdetak di hatinya bahawa tidak ada seseorang atau sesuatu yang terkecuali daripada 'perhitungan' Allah.

boster wifi 1malaysia said...

boleh jawab dalam kubur ke nakan harta rakyat terlalu banyak kawe rakyat tak redha dunia dan akhirat

Anonymous said...

pesanan kepada keluarga arwah jgn berut harta dan income bijih besi ratus2 ribu permonth tu pun jgn la berebut ok..agih2 la pada ramai lagi yang memerlukan..bijih tu bukan untuk awak saja..tp reakyat tu lagi penting

Anonymous said...

Salam.. Jangan suka menuding jari pada orang lain.. telunjuk lurus kelingking berkait..Kita tak tahu nasib kita di sana.. Ingatlah Allah banyak2. Doakan sajalah kebaikan mudah-mudahan kita tergolong di kalangan mereka yg soleh. Sabda Rasulullah s.a.w: " Hidup di dunia ibarat perantau".... al-Hadis. Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila seseorang itu mengatakan kecelakaan bagi sesuatu kaum maka dialah yg rosak". Mudah-mudahan Allahyarham Dato' diampunkan segala dosanya.

Anonymous said...

Jaga diri masing2...Slamatkan diri masing2...jgn rasa diri org je berdosa dan kita seolah2 selamat...entah2 kita yang bernasib buruk...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]