SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Khianat: RELA, Lepas Ambil Komisyen Jaga Warga Asing Kini "Sewa Pistol" Kepada Penjenayah Pula !

KUANTAN, 5 Julai - Apa sudah jadi dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sini agaknya?. Sebelum ini di Kuantan heboh dan timbul cerita pasal anggota RELA menjaga keselamatan "warga asing Kemboja" di kawasan Kg.Baru, Chendering Permatang Badak. Ada maklumat dari warga asing terbabit, mereka "dijaga" oleh beberapa orang anggota RELA dari kawasan Taman Tas untuk memastikan tidak ada pihak yang cuba mengganggu kehidupan mereka di kawasan terbabit. Malah, sebahagian daripada mereka diberikan IC (MyKad) yang membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya umum akan datang. Semua maklumat ini sudah lama diketahui oleh penduduk setempat, cuma mereka tidak punya ruang untuk mendedahkannya kepada umum. Sikap anggota RELA yang mencari "makan" dengan menjadi "jaga" warga asing ini amatlah malang sama sekali. Mereka yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat tempatan tetapi lain pula jadinya. Menurut sumber, anggota rela terbabit juga dinaungi oleh pemimpin politik setempat di kawasan terbabit. Satu siasatan sedang dijalankan terhadap isu ini. Namun, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan laporan seorang anggota RELA ditahan polis bersama sepucuk pistol jenis Revolver dan enam butir peluru di tepi jalan dekat Taman Gambang Damai beberapa hari yang lalu. Suspek yang berusia 48 tahun itu dipercayai memberi perkhidmatan penyewaan pistol tersebut dengan mengenakan bayaran hanya RM500. Jika anggota mereka sudah khianat dan pecah amanah, maka apakah kita yakin mereka yang akan jadi pengundi pos itu pangkah selain dari kerajaan yang ada?.

Anggota RELA juga khabarnya akan menjadi pengundi pos pada PRU ini

[Nampaknya, semakin rosak agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekarang ini. Mereka yang diamanahkan menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada orang luar tiba-tiba mereka pula jadi pelindung kepada orang luar itu sendiri. Isu "jaga warga asing" ini memang sudah tidak asing lagi bagi para penduduk di sekitar Taman Tas Kuantan. Malah, difahamkan kini ribuan warga Kemboja sudah bermastautin dengan aman dan damai di lokasi terbabit selepas mereka mendapat perlindungan daripada pihak RELA itu sendiri. Soalnya, kenapa harus jadi begini?. Bukankah ia menggambarkan betapa rosakknya jati diri mereka yang terlibat itu sebenarnya. Apapun, masih ramai yang jujur dan setia kepada tugas mereka. Tapi, dek kerana mereka berada di bawah KDN, lain jadinya].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Bila ketua ROSAK anak buah pun ROSAK....!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]