Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Tiga Lot Tanah Rezab Melayu Di Cherating, Tiba-Tiba Bertukar Tangan Kepada Bukan Melayu

KUANTAN, 28 Julai - Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga Lot Tanah Rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating. Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990. Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain. "Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu. "Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu. Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah lot 5233, 7058 dan 7059."Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," katanya lagi. Menurutnya, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak tertentu dalam parti kerajaan. Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku sebenarnya. Sumber

Kedudukan lot-lot 5233,7058 dan 7059 di Pantai Cherating yang kini sudah
bertukar tangan kepada bukan Melayu gara-gara angkara pemimpin Melayu


[Apa yang berlaku ini sebenarnya tidaklah pelik bagi rakyat Pahang kerana memang inilah kerja-kerja terkutuk yang gemar dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk mendapat habuan tertentu sejak sekian lama. Tanah Rezab Melayu Transit Kuarters ditengah bandar Kuantan yang sepatutnya dipertahankan itu pun kini sudah terjual ke tangan bukan Melayu. Tambah menyedihkan kebanyakkan tanah tersebut dijual kepada bukan Melayu dari negara jiran Singapura. UMNO sepatutnya membela tanah rezab Melayu tetapi merekalah yang beriya-iya mahu mendapat untung dengan menguruskan penjualan tanah-tanah berkenaan. Tambah menyedihkan perkara ini disedari oleh pemimpin UMNO, namun mereka hanya diamkan diri demi menjaga kepentingan politik masing-masing. Akhirnya, jika dibiarkan lama-lama negeri ini juga akan terus tergadai ke tangan asing. Inilah dia senario yang seringkali berlaku jika rakyat Pahang masih tidak mahu melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

teruntum said...

ye ke kerja umno? ntah-ntah rajagopal punya kerja

Anonymous said...

ape nak kisah bumi pahang ni luas kan..kan..memangpun tempat orang berdagang merempat..last..last rembat, tu baru d pantai cherating tempat lain manyak lagi woi..lihat nuuu d lereng bukit..ayoo.yo..nuu tengah belantara..ambik koo padan muka! pangkah jangan tak pangkah.

Anonymous said...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Anonymous said...

bodoh punya lagu BTN...padan pakat menyanyi jer laa..mcm anjing salak Bukit...haha....

Anonymous said...

Puak2 ni lama2 BINI pun dijualnya....

Anonymous said...

Anak kecil main kotak
Terhibur hatinya yang sepi
Air mata kasih bercampur BR1M
Bumi dipijak milik Kroni

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai anak dan juga isteri
Akibat dibuai mimpi 1 Malaysia
Khazanah Negara lenyap di sapu Kroni.


Bodoh dan bebalnya bangsaku ini Warisan berkurun lamanya
Perompak dan penyamun disanjungi
Peribumi menipu diri sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Tidurlah wahai bangsa ku Melayu
Dibuai mimpi indah semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Melayukan dihina seluruh nusantara

Anonymous said...

Anak kecil main kotak
Terhibur hatinya yang sepi
Air mata kasih bercampur BR1M
Bumi dipijak milik Kroni

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai anak dan juga isteri
Akibat dibuai mimpi 1 Malaysia
Khazanah Negara lenyap di sapu Kroni.


Bodoh dan bebalnya bangsaku ini Warisan berkurun lamanya
Perompak dan penyamun disanjungi
Peribumi menipu diri sendiri


Tidurlah wahai bangsa ku Melayu
Dibuai mimpi indah semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Melayukan dihina seluruh nusantara

Kini kita dihimpit kesengsaraan
untuk meneruskan kehidupan
Bangun dan sedarlah bangsa ku
Jangan leka dengan janji palsu
Hapuskan Pemimpn UMNO yang durjana

Saturday, July 28, 2012 4:44:00 PM

Anonymous said...

Tahniah! baik punya lagu

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]