Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Bersih 2.0 Bukan Pertubuhan Haram, Keputusan Hishamuddin Di Batalkan Oleh Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar. Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan. "Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya. Rohana berkata alasan keluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari. "Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai", katanya lagi.

[Keputusan hakim Mahkamah Tinggi ini pastinya tidak digemari oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya. Mereka awal-awal lagi mahu, Bersih 2.0 itu dianggap haram bagi memudahkan kerajaan membuat tindakan susulan. Namun kini, agak mengejutkan apabila hakim membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussin itu. Dengan keputusan ini ia juga bermakna perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 juga tidak boleh diisytiharkan haram kerana ia bertujuan untuk mendesak kerajaan mengadakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama di negera ini. Sudah tiba masanya satu perubahan dilaksanakan dalam amalan pilihanraya itu sendiri agar ia kelihatan benar-benar bersih untuk menyuburkan amalan demokrasi berparlimen. Apa yang berlaku selama ini, rakyat terus ditipu oleh demokrasi ala-BN yang menghalalkan apa jua cara asalkan mereka teru berada ditampuk kuasa. Justeru, rakyat perlu berani membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang pastinya].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

SAMPAH memang tak haram. Dan bagi semua peserta, penyokong dan penganjur baik BERSIH 2.0 atau BERSIH 3.0, soal haram atau halal tak timbul langsung sebab mereka semua adalah sampah.

Anonymous said...

Kerajaan bn/umno sekarang sekarang adalah sampah buat rakyat malaysia...

Anonymous said...

Kerajaan Bn/umno sekarang adalah sampah buat rakyat malaysia...
KERAJAAN YANG PALING BANYAK BUAT CUKAI DAN AKTA SERTA AUTA KEPADA RAKYAT..
ABU...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]