Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Dua "Kakitangan Lynas" Meninggal Dunia Akibat Terkena Bahan Kimia Kilang Itu Hari Ini !!

KUANTAN, 19 Julai - Berita panas yang baru kami terima daripada beberapa orang sahabat dan pembaca setia Pahang Daily Online (PDO) yang bertugas di kilang memproses Rare Earth milik Lynas Corporations dari Australia mengatakan terdapat dua orang pekerja kilang tersebut dipercayai "meninggal dunia" di kilang itu hari ini. Menurut sumber, kedua-dua pekerja terbabit adalah berasal dari Sabah dan mereka dipercayai meninggal akibat terhidu bahan kimia yang terdapat di kilang tersebut hari ini. Walau bagaimana pun pihak Lynas terpaksa merahsiakan info ini untuk mengelakkan mereka mendapat malu selepas dua hari lalu portal Free Malaysia Today (FMT) baru saja memohon maaf atas banyak artikel mereka tentang kilang terbabit. Difahamkan, pekerja yang lain telah menguji tahap keselamatan kilang itu selepas insiden ini dengan meletakkan seekor "anjing" sebagai bahan ujikaji. Hasilnya, binatang terbabit juga dipercayai telah mati akibat masalah yang sama. Tahun lalu, seorang pekerja Lynas mati di biliknya dekat Hotel Hyatt gara-gara kes yang sama agaknya. Awal Februari lalu kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel menarik diri dari projek tersebut. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Mereka tarik diri kerana tidak yakin dengan risiko keselamatan kilang terbabit. Makanya, kenapa ada pihak yang masih lagi beriya-iya benar mahu mengatakan Lynas selamat?. Pihak kami sedang menjalankan siasatan yang rapi untuk mengesahkan maklumat dalaman ini. Jika ia benar, maka insiden ini merupakan kematian kedua selepas kes pertama dulu. Pihak Lynas juga digesa agar tidak menyembunyikan maklumat ini demi keselamatan seluruh rakyat Kuantan hendaknya.


[Laporan seterusnya menyusul dan PDO sedang menghubungi beberapa orang pegawai Lynas yang mempunyai hubungan erat dengan krew-krew kami di Kuantan. Apapun, semua pihak tidak perlu panik kerana laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya. Tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan laporan ini kerana ia diperolehi daripada sumber dalaman yang boleh dipercayai. Apapun, diharapkan agar ianya tidak benar kerana jika terbukti sah sudah pastilah rakyat Kuantan akan terus bangun memberontak dan mendesak kilang itu ditutup dengan segera. Bayangkan, belum pun beroperasi sepenuhnya sudah ada kematian demi kematian yang berlaku terhadap kilang memproses rare earth yang mendapat bantahan majoriti rakyat Kuantan itu sebenarnya. Nantikan info lanjut].

25 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

ikut procedure dosh kilang kena tutup bahagian operasi tempat kejadian berlaku kalau tak dosh pun sama je sia minta reckod kemalangan

A-I-B said...

Tahniah!... satu lagi kejayaan projek KERAjaan Barisan Nazional. Dah ada yang mati baru nak percaya... kilang tu berbahaya

Anonymous said...

Kilang Lynas selamat...
Fakta ni tak boleh dipertikaikan...
Yang tak selamat ialah penduduk Kuantan dan pekerja Lynas aje...
Kalau konfirm pun berita ni, MB dan konco-konco dah sedia skrip beb...
"Fitnah belaka... Ni mainan pembangkang"
"Pekerja Lynas tu mati tercekik buah Melaka je..." Kui... Kui...
"Saya boleh buat rumah kat tepi kilang Lynas, tapi saya tak nak duduk situ, saya sewakan kat orang yang dah nak mampus..."
Rakyat didungukan...

Suasana Politik Malaysia said...

As Salam Tuan blog : Pahang Daily Online,

mohon kongsi artikel ini.

Terima kasih daun keladi.

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Manager lynas serta supervisor staf lynas hanya mengutamakan kroni yang bekerja bersama mereka ditempat lama geng geng dikilanglama tempat mereka bekerja dahulu untuk bekerja bersama mereka sekarang...
kroni diutamakan penduduk berdekatan diberi sisa racun sahaja..
Manager dan supervisor ingat kilang Lynas Tok mereka punya....
ingatlah wahai management lynas kita hidup hanyalah sementara sahaja..!!!

Anonymous said...

Manager lynas serta supervisor staf lynas hanya mengutamakan kroni yang bekerja bersama mereka ditempat lama sahaja, geng geng dikilanglama tempat mereka bekerja dahulu untuk bekerja bersama mereka sekarang...
kroni diutamakan, penduduk berdekatan diberi sisa racun sahaja..
Manager dan supervisor ingat kilang Lynas Tok mereka punya....
ingatlah wahai management lynas kita hidup hanyalah sementara sahaja..!!!

Anonymous said...

kasi tau itu sama karamSingh walia..

suruh dia jadi tukang interview org keje kt lynas selama seminggu..ade brani kaa..Dato"

Anonymous said...

Sebenarnya lynas boleh mengambil ramai pekerja staff, tapi kerana kebodohan management 40 org pekerja dlm satu department jadi 10 org sahaja..jimat kos konon..ikut style negara cina konon kepala hotak kau..!!!
management bodoh, tahik hidung masin..!!!
ingat kilang tok engkau ke?
ptuih.!!!.bodoh..
Management berlagak pandai tapi bodoh...!!!

Anonymous said...

YE betul aku sokong..
sepatutnya ramai yang dapat bekerja...terutamanya penduduk sekitarnya..
ini tidak racun diberi penduduk untung dirembat org atasan..!!

Anonymous said...

Yang peliknya kata mati 'akibat terhidu bahan kimia'. Boleh tahu bahan kimia apa? Kelakar pun ada jugak. Kilang belum boleh operasi dah ada bahan kimia? Saya saksikan sendiri keadaan dalam kilang tuh dan tak ada pun. Harap tuan punya blog ini dapat memberikan berita yang tepat. Oh ya tak ya, kamu bukannya wartawan tapi blogger.

Lagi satu yang nampak dikelirukan ialah maklumat Akzonobel tuh. Lantaklah kamu blogger.... tabur saja cerita yg keliru. Mungkin kamu ada tujuan lain agaknya. Saya tiada agenda apa2. Saya bukan penyokong BN ataupun PR. Tapi saya dokong cerita yg benar..

Anonymous said...

Aku tahu siape management dan supervisor tu...

Anonymous said...

bahan kimia yang dihantar karam sin walia untuk bagi gempak skit...

Anonymous said...

Anon July 19. 10.00pm...

Sebetulnya yang untung ialah Franky Construction. Dialah yang dapat tahu tapak lynas tu awal2 lagi sebelum tahun 2007 dulu. Dan dialah yg perolehi dari kerajaan pahang dgn harga yg murah2 sangat. Tanah paya, bukannya mahal. Selepas tambun, kaut dari lynas dgn untung ratusan juta ringgit. Sama jugak dgn tanah sebelah lynas tuh. Tapak tuh untuk pelabur dari china yg bernilai 3.8 billion tuh yg Najib sebut di Tmn Gelora dulu. Ingat tak?

kalau kata Cina tak untung. Salah. Cina lah yang paling untung. Yang jadi kecoh begini ialah gara-gara taukeh Kinkee tak dapat projek supply bahan besi yg patut dapat untung ratus juta jugak.... tulah punca kecohnya.

Dalam hal ini, bukan melayu yang untung tapi cina yg untung.

Cuba bayangkan, adakah patut lynas nak dihalang walaupun tahu akhirnya pasti berjalannyer, kerajaan kan.. Tapi masa yng sama, buat demo tuntut sekolah menengah cina dibuat diKuantan... Orang yg tuntut pun muka yg sama masa demo anti lynas.

Tak kan nak buat sekolah kalau kata kuantan bandar radiasi..... cuba fikir-fikirkan tuan2 semua. Jangan hanya terima saja tanpa selidiki.

Anonymous said...

ha ha ha..macam2 ulasan yang bernas...aku harap pemimpin umporno pahang binalah banglo2 anda disekitar lynas tu...

Anonymous said...

Bila la Melayu nak buang assobiyah dan sikap racist...
Asal Cina aje - klepet duit
Asal india aje - kaki gangster
Pemikiran ikut penjajahan British...
Pecah dan perintah...
Bersatu la wei...
najib Razak tu sampai melolong-lolong tak abis dengan 1 Malaysasau dia...
Anak buah akar umbi BN ni buat tolol aje...

Anonymous said...

Kesian
Anda semua ni siasat pun belom, dah sebar fitnah

Pada tuan PDO, jika betollah sumber yg boleh dipercayai oleh tuan kata begitu, eloklah tuan cari sumber laen dan mintak maaf pada pihak berkenaan....secara tidak lgsg, tuan PDO dah terlibat secara automatik dengn penyebaran fitnah yg tidak berasas ini

MasyaAllah byknye fitnah pada zaman sekarang... Berita diputarbelitkann utk meraih sokongn dan untuk menampakkan sesuatu cerita menarik

Ya Allah selamatkanlh umat islam masa kini

Anonymous said...

Tuan PDO

Sebarang berita yg tidak benar disini, Tuan PDO lah yg akan menjawap nnt di akhirat...ingtlah, yg baca blog ni bukan seprang dua, beribu dan mgkn beratus ribu...bygkan 'faedah' yg tuan dapat bila ditanya kelak....

Anonymous said...

Yang betul adalah lynas kilang racun satu malaysia..kua kua kua

Anonymous said...

Tuan PDO, ingat lah nanti di akhirat tuan bakal disoal Allah kerana menyibar fitnah. Tak Kira lah kita org PAS ke UMNO, dosa kita pada sesama manusia kena dilangsai sebelum kita mengadap Allah. Kilang belum beroperasi dan tak Ada yg mati kena barang kimia. Di dunia kita lepas sebab kita gah dibelakang keyboard. Di depan Allah nanti, kita dah tak Ada peluang minta maaf dari yg di fitnah dan yg membaca fitnah kita. Masyallah.

Anonymous said...

Pemimpin umno banyak yang masuk neraka terutamanya saipul liwat dan najib alyantuya serta mahathir kerana kejahatan fitnah mereka terhadap anwar...
FITNAH LIWAT ITU LEBIH BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH...!!!
insaflah wahai orang umno...

Nangka BUSUK said...

Kamu cakap pasal anwar tuh, kamu kenal sangat ker dia? Kamu tak kenal dia. Ada kamu duduk sekali dgn dia masa di MCKK? Kamu tahu apa kegemaran dia masa tuh? Kalau tak tahu, jangan cakap laaa.... adohainyer..

Anonymous said...

Bos PDO bukak la post a comment at UTUSAN lawan CMK tu..aku tgk syok jer gambar chum tu..hahahaha

I didn't pro any party bcoz for me Demokcracy is Goverment from the people to the people (by Jew).we change it to good government from the good people to the good people.

Lantak la aper party pun,asalkan calon Org baik.kalau takde majority takkan la sesame org baik tak bole berpakat 2.

Aku suke Beno PDO NIH,tapi boh,beriter tu Biar fakta..cam citer IKIP tu..hahaha..masak Management tuh..sendiri cari pasal..hahahaha

Anonymous said...

Yang sebenarnyer isu lynas ini permainan politik yang amat untung hanya segelintir pihak taksub kaum mereka sendiri.umat Islam terus diriku Dan diperbodohkan.

Why,how,who n when

Manfaat:
- sokongan kaum ciner
- harge tanah dijatuhkan.
- Lebih byk tanah rizab melayu ditolak pemaju.
- politician dapat sponsor oleh pemaju2(Chinese)
- politicion2 ini yang memainkan isu,harge Jatuh,pemaju cine lak sponsor gerakan anti lynas.
- pemaju besar tadi dah jual 1000 ekar tanah to lynas.
- yang Boikot anti lynas all Chinese pemilik tanah2 kebun sepanjang bypass Kuantan.
-apesal biler senang tak tolong org mission,skarangbharge Jatuh mintak tolong org miskin.

Fakta sebenar:
- lanthanides yg dihasilkan radioactive Lebih rendah dari kiraan pisang.Simenmonitor rumah kiter222Ra.

Hikmah disebaliknyer,
- contractor yg banyak dapat faedah apabila Chinese group klua is contractor melayu Islam.
- semua kaum dapat manfaat.engineer dibayar gaji tinggi.IT pun 9 k sebulan.
- ramai org melayu bekerje Di lynas.
- jadikanlah sesuatu pembangunan itu,kebaikan utk,calculated risk event will be neutralize by hi tech operational system.banyak kilang risk tinggi,kat Kemaman and kerteh,but it's control by teknologi.kebaikan utk negara,rakyat(job) and semua kontractor.

End point:

- Sekarang anti lynas dah Kene saman juta2 lemon bcoz burukkan global names lamps on lynas.
- depa Dok kutip derma,hang pi la sponsor lak.
- kalau tanah bypass Jatuh harge.tanyer la owner2 cinder tu,nak jual tak..haram nak beli lagi Ada.
- pemaju2 besar chinese dah amik habis tanah belakang balok,sg karang,Bt itam..krana depa tau,killing Akan byk lg naik,org lg ramai cari rumah.
- kita org melayu islam beli rumah teres rm 140-150k.cost baru 50k.harge tu tak Jatuh dah.

*janganlah kiter dipergunakan org lain utk keuntungan kaum mereka sendiri. Org melayu Islam bg duit derma lg kat depa.Depa itu setiap sen kua dr pocket,mesti pegi ketangan satu bau jugak.beli brg,groceries,pay anything just to same color and bau.
-I'm not racist,but i hate dirty mind politics to used every angle and person Malay,Chinese,Indian to get want they plan works.

Wassalam

Anonymous said...

bila kita post berita bodo ianya beri peluang pada org utk tembak kita kerana kebodohan kita itu...LYNAS still dalam fasa pembinaan kilang dan tapak bangunan...sudah memproses bahan2 kimia/radioaktif..?..belum pon lagi bang...kan ke bodo tu kata punca kematian (kalau betul ada) sbb oleh kimia/racun/radioaktif dan seumpamanya...sama la jugak dgn engineer yang mati di hyatt tu..baru tengah kerja rata tanah and pasang cerucuk..kimia doh...hahaha...kita pon tak sokong LYNAS tapi bercakap biar berfakta...kalau tidak org kata kita auta...peace.

Anonymous said...

Aku yg keja kat Spital Kuantan pun x terima kes2 ni. Tolong jadi org cerdik sikitlah. Biasanya kalau penyakit disebabkan kan radiasi bukannya mati terus.
Janganlah nak berterusan menipu rakyat dengan cerita2 karut ni.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]