Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Mazlan Dedah Bukti "Felda Pajak" Ribuan Hektar Tanah "Felda Plantations" Kepada FGVH !

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) hari ini mendedahkan satu dokumen yang membuktikan Felda telah memajak ribuan hektar tanah-tanah Felda Plantations di seluruh negara kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Ketika membuat dakwaan itu sebelum ini, ramai pihak yang menuding jari kepadanya kononnya beliau menabur fitnah berkaitan perkata itu. Kini beliau akhirnya tampil dengan bukit-bukti kukuh untuk menguatkan lagi dakwaan tersebut. "Tanah-tanah ini adalah milik kerajaan negeri. Ia seharusnya diagih kepada rakyat selaras dengan komitmen Tun Ad Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta GSA pada 27 April 1960 di Parlimen. Felda Global Ventures Holdings (FGVH) telah merampas dan merompak hak rakyat. Ketika Pakatan Rakyat menawarkan dlm buku Jingga untuk agihkan tanah ini untuk Generasi kedua dan ketiga Felda, Datuk Ahmad Maslan melenting. Alasannya, nanti Felda hilang pendapatan dua bilion setahun", kata Mazlan dalam satu kenyataan dilaman sembang sosial facebooknya hari ini. Antara tanah yang terlibat di Pahang 143, 584 hektar; Sabah 106, 735; Johor 26, 251 hektar; Kelantan 24, 121 hektar; Negeri Sembilan 19,908 hektar; Perak 15,510 hektar; Terengganu 13,309 hektar; Sarawak 8,280 hektar; Perlis 1, 254 hektar dan Kedah 1, 116 hektar.


Bukti, sebahagian daripada dokumen asal tentang perjanjian Felda-FGVH

[Dakwaan Mazlan Aliman ini pasti akan memeningkan kepala Isa Samad dan kuncu-kuncunya. Mereka kini sedang bersenang lena dengan duit Felda dengan menipu para peneroka. Mereka tergamak merampas tanah Felda untuk kepentingan peribadi masing-masing menerusi saham FGVH yang dimilik kini. Bayangkan jika saham FGVJ itu merudum dan jatuh menjunam, apa akan terjadi kepada semua tanah-tanah yang telag dipajak ini agaknya. Bukankah rakan strategik terbesar yang menguasai saham FGHVH itu adalah sebuah syarikat asing yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi Israel. Apakah nanti nasib para peneroka juga akan menjadi seperti umat Islam di Palestin?. Mereka akhirnya akan dihambat dari tanah milik mereka sendiri. Penipuan tandatangan pada borang pinjaman bank jelas sekali membuktikan memang ada perancangan jahat antara Isa Samad dengan Najib dalam isu ini. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, maka sudah pasti tanah-tanah milik peneroka juga akan menjadi pajakan mereka. Akhirnya, menang sorak kampung tergadai. Justeru, sebelum terlambat mereka perlulah jual saham FGHV sekarang].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Fakta ini dah lama orang tahu. Roadshow Tan Sri Isa pun ada bagitau..., Roadshow Ahmad Maslan pun ada bagitau...

Ni macam nak sensasikan isu sahaja... terutama kepada org yg tak tahu atau tak ingat. Ini namanya ambil kesempatan dan cara nih sangat tak bermaruah..... (aku bukan sokong BN, PR pun bukan.

http://sayabudakfelda.blogspot.com/2012/05/mintak-maaf-sebab-cerita-pasal-benda.html

usin said...

sekali lg aku nk ingatkan pd pdo, dptkan maklumat setepat mungkin. jangan guna 'yang dipercayai'. ini hanya persepsi. andai pdo nk rasa rating blog ini naik, maklumat yg disampaikan kena terkini, benar dan tepat. contoh pasal tanah peneroka felda, bukan tanah kepunyaan peneroka, tetapi tanah felda yg bukan kepunyaan peneroka. bukan semua tanah felda dimiliki peneroka. satu lg, isa samad didapati salah oleh j/kuasa disiplin umno, bukan pas, pkr atau mahkamah sivil. hukuman telah dijalankan. kenapa masih disibukkan seolah2 isa samad tidak dihukum.
p/s: apakata utk menaikkan rating blog pdo, dptkan maklumat sama ada keluarga mazlan aliman ambik atau tidak duit durian runtuh yg felda bagi. menarik utk disiarkan. kalau pdo ada telur laaaa...

Anonymous said...

rerate peneroka suka sangat, cuma orang lua je yang dengki.
Amboi senangnya anak peneroka duk goyang kaki dapat tanah. adakah felda ni tuk arang felda yang dulu dulu je

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]