SUPERBEST POWER, KOPI TERBAIK UNTUK KENCING MANIS (DIABETIS)
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Selepas Lajim Ukin, Kini Seorang Lagi Ahli Parlimen BN "Meninggalkan Parti Itu" Di Sabah !!
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA KINABALU, 29 Julai - Seperti dijangka, selepas Datuk Seri Lajim Ukin mencetuskan fenomena baru dalam politik di Sabah apabila bertin...
KOTA KINABALU, 29 Julai - Seperti dijangka, selepas Datuk Seri Lajim Ukin mencetuskan fenomena baru dalam politik di Sabah apabila bertindak melepaskan semua jawatan pentingnya dalam UMNO dan kerajaan BN semalam, maka hari ini Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing pula berbuat demikian. Beliau mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti UPKO dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat. Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang Anggota Jawatankuasa Tertinggi dan Ketua Bahagian UPKO dan akan meninggalkan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran. "Saya masih setia kepada UPKO tetapi meletak jawatan dari BN," katanya. Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab. Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti Petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian. Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pula meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar dari UMNO.

[Agak menyedihkan apabila pemimpin UMNO BN terpaksa mengatakan tindakan dua Ahli Parlimen dari Sabah itu tidak memberi apa-apa kesan dan tekanan kepada parti itu dalam menghadapai Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Kononnya Lajim dan Bumburing tidak popular dan diterima oleh rakyat Sabah. Namun, apa yang pasti hakikat adalah sebaliknya kerana rakyat Sabah melihat dua pemimpin terbabit lebih jujur dalam memperjuangkan nasib mereka daripada lain-lain pemimpin yang hanya menjaga kepentingan peribadi masing-masing sebenarnya. Malah, kedudukan Sabah sebagai aset BN kini semakin goyah dengan keputusan tersebut yang bakal diikuti oleh lebih ramai pemimpin BN dari negeri itu dalam masa terdekat ini. Jika Sabah kecundang maka sudah pasti Putrajaya juga bakal terlepas ke tangan pembangkang pada PRU ini. Maka itulah Najib kini semakin gusar untuk membubarkan parlimen kerana takut melihat senario yang bakal berlaku nanti. Inilah realiti yang kini berlaku].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, July 30, 2012 12:26:00 AM

Dah tahu diri dah tua dan hilang kudrat untuk dicalunkan semula dalam PRU13 nanti, baik awal-awal angkat kaki la. Siapa tak kenal dengan dua ekor kodok tua ni?

Anonymous said... Monday, July 30, 2012 12:51:00 AM

Kodok tua kah atau tok ketua kah,sedikit sebanyak membuat Najib bukan saja terkejut tetapi terlupa waktu berbuka puasa dan sahur.

Anonymous said... Monday, July 30, 2012 2:42:00 AM

tak baik mengata org di bulan yg mulia ini,just komen2 yg membinalah,apa pun kezaliman tetap akan tumbang jua sbb itu sudah di janjikan oleh allah,kedua2 mreka itu hanya penyebabnya saja.walahualam

Alfreedino Ahmad said... Monday, July 30, 2012 4:26:00 AM

Manifesto yg Pakatan buat cukup baik. Siapa tidak mahu kpd pendidikan percuma utk anak bangsa? Siapa yg tidak mahu gaji minimum RM1100? Siapa tidak mahu harga minyak rendah? Siapa tidak mahu harga kenderaan murah? Siapa tidak mahu penghapusan tol? Kenaikan ini kita tidak peroleh dari BN. Mereka cuma mengagihkan kekayaan ttu di pusat bandar. Tidak pd kwsn luar bandar.

Anonymous said... Monday, July 30, 2012 12:02:00 PM

Kalau pr janji turun harga rokok separuh......aku anak branak dan mungkin semua perokok se Mesia akan pangkah PR........

 
Top