Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

July 29, 2012

Terbongkar: "Pokok Olimpik Pokok Yahudi", Mufti Perak Wajar "Tarik Balik Kenyataan" Benar Athlit Muslim Tangguhkan Puasa Sertai Sukan Tersebut

Ramai umat Islam yang terkejut dan kecewa sewaktu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (foto) mengeluarkan kenyataan bahawa athlit Muslim yang mewakili di temasya Sukan Olimpik London 2012, dibenarkan menangguhkan ibadah puasa. Malah, lebih mengejutkan apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula bersetuju dan menyokong pandangan Harussani itu. Dalam satu kenyataan, Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri itu berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan. Sebelum itu Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir. Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu. Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan. "Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan. "Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini. Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi. Persoalannya sekarang, kini heboh di internet berkenaan sukan Olimpik London 2012 adalah agenda jahat yang dilakukan oleh Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati sebenarnya.



Apa yang lebih mengejutkan ialah hari pelancaran sukan Olimpik London 2012 baru-baru ini dengan jelas menunjukkan kepada kita tentang tanda-tanda Illuminati dan Freemason sebenarnya. Mungkin kepada mereka yang tidak perasan, tidak mengetahui tanda-tanda tersebut. Tetapi bagi mereka yang sudah mengetahuinya sebelum ini, maka mereka dapat melihat dengan jelas semua ini. Soalnya, apakah Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria tidak menyedarinya?. Lantaran rela mengeluarkan kenyataan yang jelas telah mengelirukan umat Islam secara keseluruhannya. Ramai yang keliru ketika menyaksikan upacara tersebut yang disiarkan secara langsung itu. Replika pokok yang diletakkan di atas bukit dan kemudian ada ramai manusia keluar dari bawah pokok tersebut sebenarnya menunjukkan dengan jelas simbolik Yahudi. Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok Olimpik itu adalah lambang kepada pokok Yahudi iaitu Gharqad. Bukti jelas perkara ini ialah Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi:


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".


Musykil, Dr.Juanda Jaya dan Dr.Mohd Asri Zainul Abidin pula boleh sokong
kenyataan yang telah dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Hairussani Zakaria itu

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad. Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam.


Bukti, pokok Olimpik London 2012 adalah lambang pokok Yahud "Gharqad"


Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu. Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal. Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.




[Dengan pendedahan yang sedikit ini, ia diharap dapat menghuraikan kekalutan yang melanda akibat kenyataan Mufti Perak agar athlit Muslim dari negara kita yang menyertai Olimpik London 2012 dibolehkan menanggugkan puasa untuk sertai sukan tersebut. Ramai yang berpendapat, menangguh puasa bagi musafir hanyalah atas perkara yang tidak bercanggah dengan hukum syarak apatah lagi mungkar seperti ini. Itu pun untuk sehari sebelum sampai ke lokasi yang berkenaan, bukan sepanjang tempoh berada di lokasi tersebut. Makanya, wajarkah athlit Malaysia tangguhkan puasa sepanjang tempoh sukan Olimpik berlangsung?. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya memainkan peranan untuk merungkai kekalutan ini. Tambahan pula dengan bukti-bukti jelas bahawa Olimpik London 2012 ini ada kaitannya dengan Illuminati, Freemason dan Yahudi (Zionis). Apakah semua Mufti terbabit tidak mendapat ilmu langsung tentang semua ini, atau sengaja memekakkan telinga dan menutup mata untuk melihat kebenaran semata-mata dek kerana mahu mencari keuntungan duniawi!].

21 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Itu negara dia kerajaan kafir..apa yg kecoh sangat..sama la jugak kaedahnya apabila pelancong asing(bukan islam) melawat ke masjid negara..adakah mereka memeluk islam..sama la juga atlet kita yg beragama islam disana...pokok yahudi ke,pokok hantu ke,pokok syaitan ke..tak semestinya terikut dengan cara mereka..tapi kita sedarkah orang melayu islam ada juga memuja pokok untuk ada niat tertentu..aduih..PDO..PDO..OIII....

Anonymous said...

JUMUD

Anonymous said...

3 ekor anonymous kat atas tu memang UMNO berpemikiran yahudi...yg betul ttp betul, salah ttp salah....x rugipun kalu x sertai olympik jika tergadai puase....tok nenek aku tak jadi ahli sukanpun bulih idup kat malaysia ni....yang penting cuba2lah jauhkan perkara2 yg syubhah tu...belajar agama sikit jngn dok nampak dunia secara keterlaluan....

Anonymous said...

3 ekor Anonymous tu Melayu yang dilahirkan dari perut ibu Melayu yang x beragama.

Anonymous said...

KALAU 3 EKOR UMNO PUN PEDULI APA..KAN 3 EKOR NI DAH ADA EKOR...SEKURANG-KURANGNYA LAIN DARI MANUSIA YG TERIKUT DENGAN FAHAMAN PAS GILA YG IKUT TELUNJUK DAPig...MUGA-MUGA ANTI UMNO NI BOLEH MASUK SYURGA....ADA FAHAM!!!

Anonymous said...

bodoh2... korang bodoh... menda camni nk sangkut ngan politik wat apa... artikel ni terang pasal agenda atau rancangan freemason dan illuminati...

Anonymous said...

org MELAYU ni, apa bab pun msti nk sangkut ngan politik... sni politik sna politik... bersatu laa weiiii....

kampong lad said...

''atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir''

sapa boleh beri pencerahan apa erti 'musafir'?

Anonymous said...

JUMUD...alhamdulillah...sy yg mengatakan hal itu....dan saya adalah remaja yang mengikut rapat perjuangan ISLAM dan perjuangan RAKYAT jangan anda berperangai seperti puak disana...kerana akan binasa perjuangan kita..bernasib baik kerana pemikiran saya masih terbuka...bukan pemikiran huluan...sy tidak berkata pemikiran kampung kerana orang kampung juga pandai berfikir..jazakallah.

Anonymous said...

Saudara lupa nak kaitkan ada satu parti politik di Malaysia punyai lambang 'mata'. Tak perasan kot sebab dah duduk dalam satu selimut....

solitairehunter

Amirul Aizal said...

http://abdulmalikaizal.blogspot.com/2012/07/kisah-hero-pokok-ghargad-dan-hero-bersih.html nampak bebeno nipunyer

man said...

ini lah namanya kita sudah menghampiri kiamat....ugama boleh dipersenda-sendakan...bg saya mufti perak jangan hanya kerana nama anda seorang mufti anda boleh sesuka hati membuat keputusan.........

Cendol said...

rasenye tak patut tu nak tangguh2 puase plak.org berperang pun puase..
ini gaya mcm bagi muka je kat org kafir.boleh plak nak tukar2 main suke2 je.huhh tak phm aku.mengelirukan

Anonymous said...

Pada pendapat saya, secara ilmiah apa yg dinyatakan oleh mufti perak tu adalah bab 'ruksah'. begitu juga Dr Asri dan yg lainnya. Perbahasan ni tntg Fiqh musafir. Perbahasan ilmiah merujuk juga kepada maqasidnya."rukhsah" masih terpakai masa kini walau kita mampu berpuasa kerana musafir. Allah menurunkan syariat bukannya untuk zaman Rasulullah semata-mata ttp berterusan hingga hari kiamat. Kita jangan berlebih-lebihan menuduh dan mencaci org. Apakah anda sempurna ilmunya atau sekadar berkata mengikut hawa nafsu? Tanda org munafik: "Jika bertelingkah, dia berlebih-lebihan". Allah ada berfirman mafhumnya: "jika kamu bertelingkah tntg sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan rasul-Nya.Persoalan sukan ni matlamatnya juga merujuk kepada membina jaringan negara. Kepentingan menjaga syariat tu diutamakan juga namun maslahah juga diberi perhatian.. Kita bahas secara ilmiah ye.. jangan sumpah seranah sesama Islam. : (berdiri atas kebenaran agama). Maaf jika tersilap.

Anonymous said...

pencacai pas biasa la...sejak berkawan dengan dap ni dengan mufti pun dah kurang hajar.

Anonymous said...

Aper nak heran lambang yahudi...ader yg berjuang Atas namer justice..the whole party logo full with illuminatee(yahudi).stil melayu Islam support.bcoz it's justice( demokrasi) Kehendak kiter...:)

Beginilah wahai melayu islam,Pandangan mudah dari guru hamba Di tujukan pada jumud(pengikut membuta tuli) dgn harapan ingin mati dalam Islam,Dan jika Di soal kelak,ader lah ketua jemaah yg Akan jawab." kami berjuang dgn islam".sesungguh segale smalam kita itu hanye utk memperolehi rahmat Allah diakhirat kelak iaitu ganjaran " syurga Allah".bukan sepenuhnye pada party Dan ketua.

Pandangan guru begini,

Umat2 terdahulu diberikan Allah para nabi Dan mereka dikurniakan dengan mukjizat.(kelebihan terus,mistique or etc such as; Tongkat Nabi musa as,mengeluarkan air dari jelah jari,menghidupkan lembu dare batU dsb) utk menujukkan kekuasaan Allah.

Bagi umat akhir zaman umat Rasullullah SAW Di tinggalkan dgn rukhsoh ( kemudahan ) solat jamak,musafir Dan lain2 sebagai hadiah utk kiter umat hari ini.kemudahan Di atas utk mendekatkan dire kiter pada Allah Dan menunjukkan pade bukan Islam,bahawa
Agama Islam cukup mudah sesuai setiap zaman Dan mase,tidak membebankan..

Kiter umat Islam yg patut menggunekan hadiah 2 ini.Kenaper kita nak mempersoalkan kemudahan yg Allah bg pade umat nabi Muhamad.Kalau tidak kiter yg gune Dan hormat hadiah ini..Siaper lagi..

Summary:

- jgn mudah terpedaya kerane ideology ,kerana Allah ESA,Al-Quran itu 1, As- Sunnah itu 1,tetapi tafsiran itu berjuta2 lemon..tidak boleh kite tgk pade sesuatu yg selari dgn kiter sahaja,apetah lg yg hanyer selari dgn Party sahaje.
- jangan kiter menjadi free thinker."Eh naper nak Jamak lagi.Surau dah berlambak".Eh naper nak gune musafir..skang kiter ader kete,econd lg.Dulu panas Dan padang pasir"..

-Semoga kiter dijauhi dari org2 begini.InsyaAllah.

Anonymous said...

Rukhsah dilihat kepada 'illah' musafir itu sendiri. Klu kira dah ada masjid banyak dan kete air cond dsb maka kita memandang pensyariatan rukhsah tak sesuai pd zaman skg.. siapa kita nk menilai syariat ALLAH? Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya Allah menyukai org yang melakukan rukhsahnya sepertimana bencinya Allah kepada orang yang melakukan maksiat terhadap-Nya". Maknanya klu kita buat rukhsah Allah 'amat' suka.

Anonymous said...

Ustaz-ustaz yg bagi komen tu bukan calang orang. Kene la kita fikirkan. Kita klu ilmu sejengkal tak payah la komen beremosi takut2 melampaui batas. Adab ikhtilaf kene jaga bukan semberono.. No! No! : Ustaz Ciput Sedut.

Anonymous said...

assalamualaikum, kerana setiap apa yang berlaku semuanya atas kekuasaan ALLAH, masnusia cuma perlu memilih untuk melakukan kebaikan atau keburukan. manusia ni, walaupun dia seorang mufti atau orang alim, pengadilan tetap akan di adili oleh Allah SWT. Allah yang akan mengadili setiap perbuatan pada masa akan datang. kita ni jangan cepat melatah. mengutuk silap dan salah orang. sebagai muslim, marilah berdoa. insyaalah makin ramai orang yang berdoa demi kebaikan, makin barakah hidup kita. insyaaalah,

Kulop Asfarinas said...

Artikel yang bagus. Ingin berkongsi satu lagi artikel yang wajib dibaca dan disebarkan - YAHUDI DI HOLLYWOOD:

http://www.sinema.my/yahudi-di-hollywood/

Anonymous said...

Minta pencerahan sikit.

Apa makna musafir dalam pandangan Islam? Adakah pergi bersukan dengan berpakaian tidak menutup aurat, bercampur lelaki dengan perempuan bukan muhrim ketika bersukan itu masih termasuk dalam musafir yang dibenarkan dalam Islam?

Minta jangan masukkan unsur politik keterlaluan dalam jawapan atau unsur menghina. Saya sedang dalaam proses belajar dan menimba ilmu.

Saya faham dalam Islam dibenarkan / digalakkan bersukan jika kena caranya.Bukan apa, larian 100m, 200m, 400m dll semuanya memakai pakaian terlalu pendek/ spender. Renang, terjun air, lompat tinggi dll semua tak memakai tudung. Bola sepak, hoki, lompat jauh, lompat tinggi, dll semuanya berseluar singkat hingga menyerlahkan aurat. Persoalannya, adakah pergi beribu2 batu untuk tujuan itu masih dianggap bermusafir pada sudut pandang Islam??

Minta pencerahan para ustaz dan ustazah.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]