Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Sah: Ada Mangsa Meninggal Dalam Kilang Lynas !

KUANTAN, 19 Julai - Susulan pendedahan PDO berkaitan ada dua kakitangan Lynas yang berasal dari negeri Sabah meninggal dunia di kilang itu dekat Gebeng sebelum ini, maka pihak kami mendapat info terbaru daripada sahabat yang mengatakan kematian tersebut bukanlah melibatkan pekerja Lynas. Difahamkan, mangsa adalah seorang individu dari Sabah yang hadir untuk temuduga di kilang terbabit. Beliau dipercayai memohon kerja dengan sebuah syarikat Subkontraktor di kilang berkenaan iaitu Lampson. Ketika menunggu giliran untuk ditemuduga beliau tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia. Info seterusnya menyusul.


[Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng itu dianggarkan sekitar RM700 juta].

11 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

banyak pekerja asing yang tanpa permit bekerja dilynas...

Anonymous said...

Aduhai blogger nih memang bodoh sangat..... mula-mula kata 2 org, tapi kali nih kata 1 org. Sebab tu blogger tak diiktiraf media yg sah kerana tiada etika.

Satu lagi fakta bodoh ialah subkontraktor Lampson. Mana ada sub- con itu?

Kemudian tuh tambah satu lagi fakta bodoh. Kilang lynas bukan 95& siap. Kilang Lynas dah 100& siaplahh.

Tambah lagi satu fakta bodoh... UGL Resources langsung tak terlibat dalam urusan rekabentuk 'kejuruteraan??' kilang..... Nak jadi blogger pun tolonglah blogger yg ada maruah sikit... cuba cerita yg betul.

Anonymous said...

Yang betul adalah UGL fasa satu, TOYO thailand fasa dua...
fasa satu sudah siap 99 peratus,
fasa dua dalam pembinaan...
banyak yg tidak ikut peraturan dan undang-undang kerajaan malaysia..contohnya
-banyak pekerja asing tidak mempunyai permit sah termasuk supervisor dan engineer..
-sisa buangan tidak tahu hendak di buang kemana...
-tiada firewatch..
-tiada boilerman yang berlesen untuk beroperasi..
-tiada lesen confine space untuk pekerja dlm boiler dan tangki..
- penggunaan genset yang berleluasa dlm plant lynas iaitu janakuasa tiada lesen pepasangan dengan suruhanjaya tenaga..
-tiada penjaga jentera yang menjaga genset...
-tiada pemantauan daripada lynas staff terhadap contractor seperti permit pekerja asing yang sah..
-compresor tiada lesen dandang tangki..
-crane di lynas tiada PMT..
-Tiada sistem siren kecemasan...
-Tiada singn box tempat berkumpul emergency..
-Tiada ujian dadah secara rawak terhadap pekerja yang disaspek terutamanya pekerja asing..

Dan lain lain lagi...

Anonymous said...

aku tambah sikit bro...98 peratus adalah pekerja asing untuk contractor..
orang malaysia tak ramai...
bangla,myanmar,nepal,bangladesh,thailand,mat salleh felda australia,
pekerja china yg pakai visa pelawat untuk bekerja,sabah philipines yang dapat ic malaysia dan lain-lain...

Anonymous said...

Aku tambah lagi bro...pekerja asing banyak tak ada permit...
banyak pakai visa pelawat untuk bekerja...
kerajaan malaysia dibodohkan oleh pekerja asing...!!! kua kua kua

Anonymous said...

Tambah kuah dan cili sikit...... kasi pedas dan sedap.

UGL bodoh. Banyak buat silap masa pembinaan. Contoh ketara isu keretakan....

Salah satu sub-con dalam lynas adalah orang kuat PAS.

Beberapa pekerja lynas merupakan anak-anak org kuat PAS.

Beberapa pekerja Lynas ada yang membocorkan rahsia syarikat kepada PKR/PAS dan telah lama diperhatikan.

Hampir semua pekerja Lynas dan kontrator, dipantau setiap perbualan handphone mereka...

Beberapa muka pekerja asing adalah dalam perhatian pihak berkuasa.

Syarikat Sekuriti adalah dari syarikat tengku mahkota yang dianggap lebih berwibawa dari yg terdahulu.

Syarikat sekuriti dulu pernah mencuri bahan (utk pembinaan) dari dalam kilang bernilai ratusan ribu ringgit tapi pihak Lynas buat diam sahaja sebab memantau.

Memang ada bahan ber'radioaktif' dalam lynas (ada 2 unit) sekarang ini yg sdang digunakan tetapi tak sekuat radioaktif yg dikeluarkan dari handphone nokia.

Anonymous said...

Usah layan sangat dengan puak-puak anti pembangunan nih. Mereka belum tahu lagi kekuatan angkatan bersenjata Malaysia.

Anonymous said...

Aku percaya kawan tu mati pasai tersedut abuk radioaktif dari tanah tu. Foziah memang pandai...........teka

Anonymous said...

Anonymous
Thursday, July 19, 2012 8:48:00 PM

Salam Tuan....
Maaf nak perbetulkan sikit...Fakta yg tuan kasi tu tak benar... Tolong selidik lebih mendalam...Saya Jangka management Lynas sudi menerima tuan untuk mendapatkan semua data2 seperti diatas dengan tangan terbuka...

Fakta yg tuan beri dah banyk diautakan
Bulan Ramadhan masih lagi nk menipu ker?
Maaf jika bukan muslim...

nangka BUSUK said...

Kpd Anonymous July 21, 2:06....

Betul kata kamu tu. Atas tu bukan FAKTA tapi AUTA. Dia tu hanya nak tambahkan sensasi sahaja.

Kalau tak ada data... mungkin boleh sahaja guna akal.

Lagi satu perkara yg aku nak betulkan.... tepon nokia (atau sama spesis dgnnya) bukan keluarkan radioaktif... tapi EM Wave. Electro Magnetic Wave. Konsepnya sama dgn peralatan Radar (cuma kuasa radar lebih tinggi). Mampu memberi kesan pada manusia dgn penggunaan yang berterusan (berbulan-bulan terus menerus guna h/phone)... minta betulkan kefahaman anda.

Anonymous said...

Salam tuan PDO, amatlah diharapkan agar pihak tuan menyiarkan berita2 berasaskan sumber/maklumat yang benar dan sahih sahaja..bukan nya dipetik dari mana2 sumber yang kabur dan kurang jelas.Wallahualam.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]