Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

MUIP Sumbang RM110,000 Untuk Bina Madrasah Milik Majlis Kebajikan India Muslim Di Kuantan !!

KUANTAN, 19 Julai - Timbalan Yang Di Pertua, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Dato' Sri Hj.Wan Abdul Wahid Wan Hassan (foto) telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Madrasatur Rahmania di Jalan Mat Kilau dekat sini Ahad lalu. Program tersebut adalah anjuran Majlis Kebajikan India Muslim (MKIM) Kuantan. Dalam ucapannya, Wan Wahid berkata bahawa masyarakat India Muslim sudah lama wujud di Malaysia dan juga negeri Pahang maka ia sudah sinonim di kalangan umat Islam terutamanya kepada masyarakat Melayu. "Masyarakat India Muslim mempunyai aliran yang sama dengan kita iaitu Ahlul Sunah Wal Jamaah.. sembahyangnya sama, doanya sama, maulud bersama ... kita punya amalan adalah sama. Sama dari segi aliran dan budayanya", katanya. Beliau juga berharap, menjelang bulan Ramadhan ini umat Islam akan dapat membantu mencari dana untuk mewakafkan kepada madrasarah yang baru dibina ini. Beliau berharap syarikat korporat dan individu tertentu samada Islam atau bukan Islam untuk sama-sama menderma. "Bagi pihak Majlis (MUIP), sebagai permulaan setakat ini kita telah menjanjikan sumbangan sebanyak RM110,000 untuk madrasah ini. Iaitu RM10,000 daripada wakaf dan RM100,000 daripada Majlis. Saya percaya ini bukanlah yang akhirnya dan kita akan sama-sama membantu untuk mendapatkan dana lagi dan kalau ada rezeki esok kita akan tambah (peruntukan) sedikit demi sedikit pada masa yang akan datang", katanya lagi. Beliau juga sangat menghargai sumbangan dan kerjasama serta kegigihan pihak jawatankuasa madrasah itu menegakkan syiar Islam di negeri ini.









Dato' Sri Hj.Wan Abdul Wahid turut menjelaskan bahawa diluar sana masih ramai yang ingin memeluk agama Islam, justeru kita (MUIP) katanya perlu berkerja lebih kuat. "Beberapa hari yang lalu, saya telah menerima kunjungan beberapa orang guru seni silat (pertahanan diri) khususnya silat daripada Perancis seramai 15 orang yang duduk disebuah koloni Perancis dekat satu pulau .. Pulau Maldives. Semua mereka adalah orang putih. Mereka ini, selain daripada sibuk bersilat mereka juga ada usaha-usaha yang mereka lihat kebaikan, keindahan dan sopan santun ... budaya yang baik di dalam Islam itu. Maka selepas mengadakan sedikit perbincangan, akhirnya dua orang daripada mereka telah masuk Islam. Jadi, orang mau masuk Islam. Orang yang memikirkan tamaduan dan berpendidikan dia tau... Jadi kita kenalah membuat pendekatan sedikit, lebih-lebih lagi kita kena bantu khususnya kawan-kawan kita dikalangan rakyat Malaysia seperti masyarakat India (Muslim) yang memerlukan bantuan", tambah beliau lagi. Selepas membuat ucapan pada majlis itu, Timbalan Yang DiPertua MUIP itu telah dibawa ke tapak dan beliau kemudian menaiki Backhoe untuk upacara simbolik pecah tanah dan kemudian menentukan arah kiblat yang dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diketuai oleh Ustaz Nik Ibrahim.

[Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Sharafuddin Aisa Osman (Pegawai Agama Daerah Kuantan) dan juga Tn.Hj Halidan Md Daud (Pengurus Besar, Pusat Kutipan Zakat Pahang) dan yang lainnya. Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank bernombor 060 500 170 960 57 di atas nama Tabung Wang Madrasatur Rahmania].
PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]