Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Prosiding Kes Perbicaraan 'Blogger' Cucumatkilau Saman Utusan, 'Keputusan Pembatalan' 28 Ogos !

KUANTAN, 16 Ogos - Keputusan Utusan Melayu (M) Berhad untuk membatalkan saman yang dibuat oleh Blogger Cucumatkilau (foto), bakal didengar semula pada 28 Ogos 2012 ini. Demikian ditegaskan oleh peguam Plaintif, Mohd Harris Abdullah hari ini. Menurut beliau, hakim memerlukan lebih masa untuk membaca segala keterangan yang dibuat oleh pihaknya terhadap kes tersebut. Sebelum ini, akhbar milik UMNO itu yang diwakili oleh peguam mereka tetuan Izral dan Shamir daripada firma guaman Tetuan Izral Partnership yang beribupejabat di Kuala Lumpur itu mahu membatalkan saman RM30 juta yang dibuat blogger terbabit berkaitan penerbitan artikel "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri" dalam akhbar itu pada 27 November 2010 yang lalu. Susulan pendedahan itu, rakan-rakannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat mula menjauhkan diri sehingga beliau tiada pilihan lain selain mengundur diri dari persada politik kepartian pada 11 Februaru 2011. Angkara artikel itu juga, kini anak guamannya tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini. Malah, beliau yang juga bekas calon PKR bertanding di DUN Kemayan (Parlimen Bera) pada pilihan raya umum ke-12 lalu kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan platform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur lantaran fitnah yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia itu. Menurut Harris lagi, pihak hakim ada mengarahkan mereka menarik balik tuntutan saman tersebut dan membuat permohonan baru. Namun, beliau yakin keputusan akan berpihak kepada anak guamannya berdasarkan bukti serta dokumen berkaitan. Justeru beliau berharap, hakim akan meneruskan kes tersebut dalam keputusan yang akan dibuat pada 28 Ogos ini. Tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh pihak defenden (Utusan) hanyalah masalah teknikal dan bukan fakta kes berkenaan katanya. Turut berada di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi ialah Saudara Razali Alias iaitu Ketua Penerangan PKR Pahang.


Peguam Mohd Harris Abdullah dan Razali Alias diluar Mahkamah pagi tadi

[Walau pun kini berbagai pihak menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana laporannya yang tidak tepat dan mengelirukan, namun nampkannya mereka masih tidak insaf dan terus menabur dakyah dan propaganda untuk merosakkan minda rakyat. Apapun, saman wajar diteruskan dan utusan perlu ditunjukkan jalan agar mereka lebih berhati-hati menyebarkan sesuatu laporan dan artikel selepas ini. Utusan tidak wajar menjadi akhbar tabloid mingguan yang bebas mengeluarkan apa saja berita biar pun berbentuk misteri dan tiada kebenarannya. Kini imej akhbar itu semakin merudum dan kebanyakkan saman yang dikemukakan berpihak kepada plaintif. Oleh itu, semua pihak wajar menyaman Utusan seandandainya terbukti benar mereka telah membuat laporan yang salah].
PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]