Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Pemimpin PAS Mula "Attack" Nasharuddin, Gara-Gara Foto Beliau Dengan Najib Di Mekah Tersebar



Penyebaran gambar panas Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bersama Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly dan Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat Isnin lalu, telah menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS melenting. Senario yang sama mungkin akan berlaku kepada Nasharuddin, seperti Dr. Hassan Ali sebelum ini. Banyak kenyataan yang dikeluarkan dari Dewan Pemuda sehinggalah kepada Menteri Besar Kelantan semuanya kini menjurus ke arah "kempen" untuk menyingkirkan terus beliau dari PAS. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan semalam telah meminta beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Ikutilah penjelasan pemimpin PAS ini.

Nik Aziz Tidak Hairan Nasharuddin Keluar PAS

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah, pada Selasa. "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya. Akhbar semalam memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz. Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden kepada Mohamad Sabu. Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi dia meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Mahfuz Cabar Nasaruddin Berdepan Majlis Syura

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (foto) mencabar bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa berdepan dengan Majlis Syura jika tidak setuju dengan hubungan PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat. "Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain. "Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka? "Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?" sindir ahli parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz mengulas kenyataan Nasharuddin yang mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, seperti dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia. Nasharuddin salah seorang anggota Majlis Syura PAS, badan tertinggi pembuat keputusan dan dasar parti tersebut.


[Desakan-desakan yang muncul sekarang hanyalah pembuka tirai kepada langkah yang lebih besar iaitu untuk menguggurkannya daripada senarai calon. Dengan trend yang ada sekarang, kita tidak nampak siapakah yang akan mengesyorkan agar namanya dikekalkan sebagai calon. Mungkin sudah tiba masanya Nasharuddin melupakan politik PAS untuk selama-lamanya dan menumpukan perhatian kepada amal jariah dan juga yayasan yang baru dibentuknya itu. Sayang sungguh, pemimpin semuda dan sebijak itu tidak lagi dianggap relevan dalam PAS. Dan yang lebih menyedihkan, mereka memperlakukannya bukan seperti seorang bekas Timbalan Presiden. Tiada langsung tanda hormat apatah lagi mengenang jasanya yang banyak dalam PAS. Dosanya pada PAS tidak ada pun. Beliau hanya cenderung kepada perpaduan ummah. Malangnya usaha dan kecenderungannya itu dianggap sebagai satu dosa dalam PAS termasuklah ketika beliau duduk sekhemah bersama dengan Perdana Menteri Malaysia].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

MrSam said...

-Pemimpin dan penyokong PAS jangan cepat melatah.

-Jangan buat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

-Apa-apa hal bawa mesyuarat dulu.

-Saya penyokong PR tak mau ianya jadi modal MUSUH POLITIK.

Anonymous said...

Saya suka baca komen blogger MSO berkenaan kes Ust Nasha.

Pas patut belajar dengan UMNO cara menangani kes ahli-ahlinya.

Pemimpin Pas kalut tak tentu pasal kenapa...?.

Masing-masing berlumba-lumba memberi komen semacam dah MAKSUM je.

Kalau Ust Nasha memberi kenyataan media secara terbuka, habis pemimpin yang banyak memberi kenyataan kat media maya ni apahal pulak.

Tak reti bahasa ke apa...?

Maaf, sekadar pendapat je..

Anonymous said...

jangan bertindak dengan emosi..selepas kewafatan RASULLULLAH s.a.w berapa ramai sahabat dan masyarakat islam ketika itu yang murtad?jadi dalam politik nie ape2 jer ble terjadi..bukan kedudukan yang hendak dicari dalam islam nie.yang ada dalam islam hanyalah iman dan taqwa.sesiapa saja yang nak iman dan taqwa kena ade ilmu dan beramal dengan jujur.amanah la dalam menyatakan kebenaran.betul..masing2 hanya akan mempertahankan hujjah dan pendapat masiang2.kerana masing2 mengatakan mereka dalah betul..tapi kesian2 masing2 lupa bahawa mereka telah lupa..orang munafik dan musuh xpernah lupa untuk mendatangkan masalah kepada mereka yang cintakan kedamaian.hati2lah dengan mereka ini.percayalah mereka tidak akan pernah senang dengan kebaikan yang pas telah buat.

NangkaBusuk said...

Kalau kepala hotak sentiasa duduk dalam kotak, cakap pun berselerak....

Kena lah guna bijik mata untuk lihat apa yg ada diluar sana.... Yang penting, tak perlu gelabah tak tentu kalu. Macam monyet kena jerkah masa nak berak.... ......


(saya umno bukan, pas bukan, pkr pun bukan)

NangkaBusuk said...

Inilah ahli PAS Sunni. Bukan ahli PAS Syiah.

Anonymous said...

memang dia nak masuk UMNO, tapi nak tunggu sampai istihar pru13, baru ada ummmph. tapi PAS dah lali dgn perangai pemimpin nya yang sebelum ini dah ramai keluar tapi PAS bertambah kental dgn org yg ikhlas dgn perjuangan demi islam bukan demi tembolok.

Anonymous said...

Pas hanya sesuai utk artis,yg ulamak tu eloklah berundur,berjuang lah ikut apa yg mereka faham sebagai ulamak sebenar,bukan ikut cara yg di kehendaki parasit dan fatwa ularmak merapu pPok Nik Ajis.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]