SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Rais Yatim: Kabinet Sedia Teliti Seksyen 114A Akta Keterangan Tetapi Tiada Cadangan Untuk Pinda !!

PUTRAJAYA, 16 Ogos - Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto). Beliau berkata kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap Akta berkenaan. Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna internet. Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet dalam negara. Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang twitternya semalam. Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan Seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di sini. Terdahulu dalam ucapannya, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang.

[Nampak benar Rais Yatim tidak memahami kehendak rakyat dalam isu ini sebenarnya. Tergamak beliau mengatakan kabinet sedia mengkaji akta tersebut tetapi tetap teguh dengan keputusan asal dan tiada sebarang pindaan baru akan dilakukan. Jika itu senarionya, maka apa guna kabinet mahu mengkajinya. Apa yang pasti memang nampak jelas kerajaan kini takut berhadapan dengan rakyat menerusi platform media baru. Walhal, mereka juga menggunakan media baru untuk menyerang pembangkang. Malah, mereka juga punyai media arus perdana untuk menyiarkan dakyah berterusan agar rakyat benci dan menolak pembangkang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Maka, itu kenapa perlu akta yang boleh menzalimi semua orang di zaman siber era globalisasi ini?. Sewajarnya akta tersebut dibatalkan kerana ia jelas melanggar hak-hak asasi manusia. Inilah yang berlaku bila kerajaan terlalu takut untuk berhadapan dengan rakyat hatta menerusi media baru sekali pun. Maka itu akta ini wajarlah dihapuskan!].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

ko tak yah sembang la Raih....cam org vangang....nak teliti wat apa kalu tak de cadangan nak pinda....cakap berbelit-belit....

Anonymous said...

Jelaslah sekarang, Tun Mahathir mampu bertahan sehingga 22 tahun memerintah Malaysia kerana mereka berjaya menghalang maklumat yang benar sampai kepada rakyat.

Sekarang UMNO Baru mengeluarkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 untuk menyekat orang ramai dari mengetahui maklumat yang betul dan menghalang rakyat dari bersuara menegur segala keburukan perangai pemimpin kerajaan.

Betapa sialnya orang yang mencipta akta OSA. Mereka mencipta akta ini untuk melindungi orang jahat dari ditangkap dan dihukum sedangkan orang yang membongkar kejahatan ditangkap dan didakwa dimahkamah. Lihat apa yang terjadi pada Rafizi dengan kes Sharizat lembu.

Masihkah kita perlu bernaung dibawah payung UMNO Baru lagi sedangkan perangai mereka bukan penyelamat tetapi pengkhianat.

Anonymous said...

Orang baca buku Undang2 songsang....gitulah jadinya....

Anonymous said...

Ramai yang keliru dengan maksud pindaan pada 114a Akta Keterangan dan tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengelirukan lagi keadaan terhadap orang yang agak jahil pengetahuan undang2. Maka ada juga cuba nak jadi hero seolahnya mereka pun arif berkenaan pindaan tersebut seolahnya mereka juga arif dalam undang2 dan mempunyai kelayakan undang2.
Andaian dalam matapelajaran keterangan (Evidence law) ada 3 tahap (i) andaian muktamad (ii) andaian undang2 yang boleh disangkal (iii) andaian fakta [may).
Andaian fakta adalah andaian yang paling rendah dmana hakim mempunyai budubicara (may) untuk menerima pakai atau tidak berbanding andaian undang2 seperti mana-mana orang yang memiliki dadah tanpa sah dengan jumlahnya melebihi kadar yang ditetapkan, maka andaian undang2 adalah dia mengedar dadah tersebut dan hanya dapat dipatahkan dengan membawa bukti pada tahap imbangan keberangkalian. Makanya andaian fakta pada seksyen 114 Akta Keterangan ini bukannya sesuatu yang perlu diributkan kerana penghjungnya hakim yang memutuskan untuk menerimanya atau tidak. Penghujungnya, OKT tidak akan disabitkan dengan petuduhannya jika pendakwa gagal membuktikan kesnya pada tahap tanpa keraguan yang munasabah i.e. lebih tinggi dari pada tahap imbangan kebarangkalian.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]