Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Tragedi Menjelang Ketibaan 'Hari Raya Aidil Fitri', Ribut Landa Rumah Peneroka Di Jengka Semalam

MARAN, 14 Ogos - Satu kejadian ribut taufan yang cukup dasyat melanda beberapa buah keluarga peneroka di Jengka semalam. Kejadian yang berlaku di Felda Jengka 12 dan Felda Jengka 21 itu telah menyebabkan dua puluh tujuh buah rumah peneroka dan sebuah warung makan (restoran) di Jengka 12 dan Jengka 21 itu rosak teruk. Kejadian yang menimpa peneroka terbabit menjelang Aidil Fitri ini haruslah diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan. Harapan mereka untuk menyambut raya kini musnah dengan. Menurut laporan Sinar Harian Pahang hari ini Kejadian ini merupakan insiden paling teruk pernah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu. Difahamkan sebanyak 16 rumah di Jengka 12 rosak dan 11 rumah kediaman di Jengka 21 turut mengalami nasib sama. Lebih memilukan apabila sebahagian daripada mereka sudah berhabisan wang ringgit membuat persiapan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal, Ahad ini. Salah seorang mangsa di Jengka 12 terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila keseluruhan atap tingkat atas rumahnya diterbangkan ribut. Tidak hanya atap, malah hujan lebat malam semalam menyebabkan keseluruhan barangan tingkat atas rumah kedai tersebut dibasahi air. Pemilik rumah terbabit, Mariam Ibrahim, 59, tidak menyangka kejadian tersebut akan menimpa dirinya lebih-lebih lagi di saat orang lain sedang sibuk melakukan persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. “Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi saya. Lebih menyedihkan, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah seminggu yang lalu. “Tidak habis lagi kepenatan pulang dari mengerjakan umrah, kini saya diduga pula dengan ujian sebegini,” katanya. Reda dengan ketentuan Tuhan, Mariam bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dari kejadian ribut terbabit. “Ketika ribut itu berlaku, saya dan anak-anak berada di Temerloh kerana membeli barangan kelengkapan menyambut Aidilfitri. “Sekitar jam 7.15 malam semalam, saya dihubungi jiran yang mengatakan atap rumah saya habis diterbangkan ribut,” tambahnya. Baca seterusnya Di Sini

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]