Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
BREAKING NEWS >>> 256 Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang | Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Gempa Bumi Di Taiwan | Wang Diberikan Kepada Najib Untuk Pelaburan Bukan Derma Dana Politik - Menteri Arab Saudi | Bekas Pemimpin Umno Perlu Sokong Kepimpinan Hari Ini - Ahmad Zahid | Shahrizat Tegur Rafidah Kritik Kepimpinan Najib | pdonews

September 4, 2012

Tiga Maut, Kemalangan Di Bentong Dan Kuantan !

KUANTAN, 4 Sept - Dua mangsa lelaki meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori yang membawa muatan papan di km 12 Jalan Baru Bentong-Raub pada Isnin. Kejadian pada pukul 6.05 petang itu menyebabkan pemandu kereta Rashid Othman, 69, mati di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu Othman Abdullah, 70, mati di Hospital Bentong. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kereta yang dipandu Rashid dikatakan keluar dari simpang tiga dan berlanggar dengan lori itu yang dipercayai dalam perjalanan dari Kota Baru ke Bentong. Sementara itu dalam satu lagi kemalangan, seorang wanita Wan Rohani Wan Ishak, 55, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di km 16 Jalan Kuantan-By pass pagi semalam (Isnin). Fauzi berkata motosikal yang ditunggang wanita itu dari arah Kuantan ke Kemaman dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan menyebabkannya bergesel kenderaan pacuan empat roda dari arah yang bertentangan.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]