Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
Lazada Philippines
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI


October 10, 2012

Panas: UMP Batal Kuliah Agama Ustaz Azhar, Tapi Benarkan Persembahan Hiburan Artis Jumaat Ini

KUANTAN, 10 Okt - Ramai pihak terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) membatalkan kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadulkan berlangsung di IPTA tersebut jam 8.00 malam ini. Masing-masing hairan dengan sikap UMP yang sanggup membatalkan kuliah seorang tokoh ulamak terkenal seperti Ustaz Azhar yang mana auranya kini diterima oleh generasi muda tanpa mengira fahaman politik kepartian masing-masing. Difahamkan pembatalan tersebut ada kaitannya dengan campurtangan pihak atasan yang mendapat arahan "tangan-tangan ghaib" termasuk dari kalangan orang politik sendiri. Mereka mungkin gusar andainya kuliah beliau yang sepatutnya diadakan di Dataran Canseleri UMP itu mendapat sambutan luar biasa dikalangan para pelajar universiti terbabit termasuk orang luar. UMP khabarnya sedang menganjurkan Expo Konvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen Ke-7 universtiti terbabit. Malah, buat julung-julung kalinya sambutan pada kali ini mendapat kerjasama daripada media UMNO iaitu Utusan Malaysia. Acara sambutan diadakan di kampus mereka di Gambang dan juga Kuala Pahang (Pekan) bermula pada 6 Oktober hingga 14 Oktober ini. Apa yang lebih mengecewakan orang ramai ialah program kuliah agama Ustaz Azhar Idrus itu dibatalkan saat-saat akhir sedangkan semua promosi sudah pun diadakan secara menyeluruh baik melalui hebahan, poster, kain rentang, facebook, twitter dan sebagainya. Akibat pembatalan itu juga Ustaz Azhar dipercayai tidak lagi berminat untuk mengadakan sebarang kuliahnya di mana-mana universiti selepas ini. Beliau sendiri telah memaklumkan pembatalan tersebut selepas berakhirnya kuliah beliau di Masjid Jaya Gading malam tadi. Apa yang lebih mendukacitakan ialah UMP batalkan program dakwah agama Ustaz Azhar tetapi dengan bangganya meneruskan pula program hiburan  pada 12 Oktober ini (Jumaat). Difahamkan pihak terbabit telah mengundang penyanyi kumpulan rock Lefthanded iaitu Nash, artis baru Ainan Tasneem, Kumpulan Khalifah, Rosma AF1 dan juga Shuib Sepah Raja Lawak Astro. Bagi menampakkan mereka juga masukkan unsur dakwah dalam program itu UMP turut mengundang kumpulan nasyid Hijjaz untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan Jumaat ini.

[Difahamkan bagi tidak mendapat malu yang lebih besar atas pembatalan program Ustaz Azhar Idrus dan meneruskan program hiburan artis pada 12 Oktober ini maka pihak UMP telah menggantikannya dengan Program Bual Bicara yang menampilkan Imam Muda Hizbur, Imam Muda Nuri dan Ustazah Pilihan Nurul Hidayah di lokasi yang sama pada malam ini. PDO juga dimaklumkan satu demontrasi aman telah diadakan bagi membantah tindakan UMP membatalkan kuliah Ustaz Azhar Idrus itu. Persoalannya, apakah para pelajar dan orang ramai akan memberi sokongan kepada program Bual Bicara yang diadakan malam ini. Kami akan mendapatkan maklumat lanjut daripada krew-krew kami yang sudah dihantar ke UMP untuk memantau program tersebut malam ini. Apapun, tindakan UMP membatalkan kuliah Ustaz Azhar Idrus dikala beliau sudah bersedia dan berada di Kuantan amatlah memalukan. Malah, gara-gara program tersebut menyebabkan Ustaz Azhar membatalkan programnya di tempat lain. Bukankah ini merugikan orang lain yang ingin mendengar kuliah penceramah tersohor itu. Inilah yang merugikan umat Islam sebenarnya].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

TOK PETI PAHANG..HAJI RAHMAN MANE.??
TIDOK KE... KOT DOK PILIH ARTIS2...
APE KATE.. JGN. DOK SENYAP JE...
ADE BERANIE KE...???
MASUK KUBUR NANTI TAU LA LU...!!!
KENA PAKAI MINYAK WANGI SATU MALAYSIA LE, KALU NAK HARUM...KAHKAHKAH...

Anonymous said...

MAKSIAT DI DAHULUKAN HUHUHU

Anonymous said...

rilek le bro..tu yang dinamakan 1MALAYSIA..taniah tidak terhingga kepada UMP kerana janji telah diCAPATI!

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]