Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Sepasang Suami Isteri Bersama Cucu Mereka Maut Kemalangan Dengan Lori Bawa Buah Kelapa Sawit

PEKAN, 21 Okt - Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah, 56; dan cucu mereka, Nur Syafiqa Shalily Mohd Khairul Nizam, setahun; kesemuanya dari Felda Chini 4. "Ketika tiba di tempat kejadian, buah kelapa sawit lebih muatan yang dibawa oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh dan menghempap kereta Kancil," katanya kepada pemberita di sini. Menurut Yahaya pada masa yang sama sebuah kereta Proton Iswara yang berada di belakang kereta Kancil itu tidak sempat mengelak lalu melanggarnya mengakibatkan pemandunya patah tangan. Katanya semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Beliau berkata pemandu lori sawit itu kini ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.
[Apa yang terjadi ini sungguh menyedihkan. Kemalangan berlaku akibat buah kepala sawit yang berlebihan muatan amatlah tidak wajar sebenarnya. Soalnya sekarang, pihak terbabit perlu dibawa ke muka keadilan kerana jelas telah melanggar undang-undang jalanraya.  Kejadian seperti ini membuktikan bahawa penguatkuasaan JPJ itu sengaja tidak dipatuhi oleh ramai pihak terutamanya di kawasan Felda seperti di Chini itu. Mereka menjadi mangsa sedangkan yang bersalah itu sudah terang lagi bersuluh pihak yang mengusahakan lori berkenaan yang sengaja membawa muatan berlebihan. Akhirnya nyawa orang lain terkorban akibat kecuaian yang memang disengajakan oleh pihak terbabit sebenarnya]. gayapeneroka

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]