Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


November 26, 2012

Panas: Lynas, Kerajaan "Lulus Lesen TOL" Tapi Masih Bercelaru Ke Manakah Sisa Buangan Mahu Di Hantar !


Himpunan Hijau akhirnya berjaya menuju ke Dataran Merdeka selepas tiga belas hari berjalan sejauh lebih 300 kilometer ke ibu negara. Semuanya kerana mahu menyatakan bantahan atas tindakan kerajaan membenarkan operasi kilang Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini. Perjalanan yang penuh berliku melalui jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur itu dilihat lambang semangat sebahagian besar warga Kuantan yang tidak mahu Lynas beroperasi di bandar ini. Ketika mereka teruskan perjuangan Lynas pula telah menerima kemasukan bahan nadir bumi "rare earth" dari Australia beberapa hari yang lalu. Himpunan membantah kemasukan bahan terbabit sedikit kecoh apabila ada pihak yang mengadakan demontrasi secara aman di pintu masuk ke Pelabuhan Kuantan baru-baru ini. Kini, "rare erath" sudah berada di sini dan menunggu masa untuk diproses sebelum ia mengeluarkan bahan buangan beradiasi yang amat ditakuti oleh rakyat itu. Soalnya sekarang, ke manakah sisa buangan itu akan dihantar?. Sebelum ini kerajaan sendiri pernah mengatakan mereka tidak mahu bahan buangan terbabit ditinggalkan di negara ini. Persoalannya sekarang, dikala isu sisa buangan belum selesai tiba-tiba lesen operasi sementara (TOL) pula diluluskan. Masih kita ingat Presiden MCA, Chua Soi Lek sendiri ada mengatakan agar Lynas membawa keluar sisa buangan tersebut. Namun kini masing-masing menyepi dan berdiam diri seolah-olah tidak berkata apa-apa bila lesen operasi sementara Lynas diberikan. Apa yang memuyskilkan rakyat sekarang, ke mana sisa buangan itu akan dihantar. Di bawa balik ke Australia atau ditanam dalam kolam-kolam yang disediakan di kilang Lynas. Harus diingat, rakyat marahkan kerana takut dengan radiasi yang akan terhasil akibat sisa buangan itu. Memang sekarang tidak ada radiasi lagi, tapi bagaimana sepuluh atau dua puluh tahun akan datang?. Ketika ini, pemimpin yang ada hari ini mungkin sudah tiada lagi. Makanya, yang akan menjadi mangsa ialah anak-anak cucu kita. Maknanya, kita benarkan Lynas tanpa mengambilkira risiko yang bakal ditanggung oleh generasi akan datang. Wajarkah kerajaan perjudikan nasib rakyat hanya untuk mengaut keuntungan atas pelaburan?. Inilah yang jadikan rakyat bangkit dan terus berjuang untuk halau Lynas keluar dari negara ini sebenarnya. Apakah kerajaan BN sedar perkara ini atau sengaja dibuat tak sedar?

 
[Jika tiada tempat lain untuk dibuangkan termasuk di pulau-pulau seperti yang diperkatakan sebelum ini, makanya sisa buangan Lynas akan diletakkan dalam kolam yang disediakan (foto). Soalnya sekarang, apakah mereka yakin tiada risiko sedangkan ia akan menhasilkan sesuatu yang berbahaya pada masa yang akan datang. Oleh itu, kerajaan perlu maklumkan kepada rakyat sekarang ke mana sisa buangan itu akan dihantar?. Jika rakyat berpuas hati makanya ia mungkin tidak jadi masalah. Namun, jika kerajaan sendiri tidak tahu ke mana sisa buangan itu akan dihantar apa guna mereka meluluskan lesen operasi kepada kilang terbabit agaknya?.Nampak benar bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam kontroversi ini. Hanya rakyat boleh buat pilihan pada pilihanraya umum akan datang. Jika mahu Lynas kekal maka mereka pilih BN, tapi jika tidak mahu Lynas kekal maka mereka boleh buat perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat. Inilah saja pilihan terakhir mereka sebenarnya. Mahu atau tidak mereka perlu lakukan perubahan PRU ini !].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter