Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA


November 26, 2012

Panas: Blogger Cucumatkilau Tidak Menolak Mungkin Sertai DAP Jika Itu Caranya Mantapkan Perjuangan !!

KUANTAN, 26 Nov - Bekas wartawan eksklusif PDO, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran CMK@Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini tidak menolak kemungkinan akan sertai parti DAP jika itu caranya untuk meneruskan perjuangan rakyat Malaysia. Maklumat mengenai isu tersebut timbul seperti yang dihebohkan di dalam laman sembang sosial facebook sekarang. Beliau yang sudah lebih sebulan meninggalkan PDO kini bergerak cergas sebagai aktivis rakyat dan kini turut berkhidmat secara sambilan dengan radio internet Cili FM yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Dalam satu posting di wall FB Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa beliau akan mengikut jejah langkah seorang lagi blogger dari Pahang iaitu Dato' Ariff Sabri Abd Aziz atau lebih dikenali dengan nama Sakmongkol AK47 untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat (DAP). "Khabar angin mengatakan CMK akan menyertai DAP bertiup kencang kini...mungkinkah beliau akan mengikuti jejak langkah Blogger Sakmongkol, Datuk Arif Sabri akan terjawab nanti", kata kenyataan di FB Razali Alias itu. Sementara itu, menurut satu kenyataan Blogger itu ketika dihubungi mendakwa susulan kenyataan pemimpin PKR itu menyebabkan beliau dihujani banyak panggilan telefon oleh kawan dan lawan. "Saya tidak pasti apakah motif pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan seperti itu... Sebelum ini saya dihebohkan akan menyertai UMNO.. kini DAP pula.. malah terdahulu parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.. Mungkin ada usaha pihak tertentu menghilangkan sokongan orang Melayu kepada saya agaknya. Tambahan sebelum ini saya pernah menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang atas tiket bebas pro-rakyat di kawasan DUN yang mempertemukan calon bukan Melayu di Pahang", kata CMK. Walau bagaimana pun beliau tidak menolak kemungkinan ke arah itu kerana sebelum ini sudah beberapa kali pimpinan DAP menyatakan hasrat untuk melamarnya menyertai parti itu. "Saya tiada masalah untuk bersama-sama dengan mana-mana parti politik yang berjuang untuk rakyat Malaysia. DAP punyai kelebihan tersendiri dan mereka amat memerlukan orang  Melayu untuk menyertainya bagi mengalih tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa DAP adalah parti perkauman untuk orang Cina semata-mata selama ini", tambah CMK lagi. Ketika ditanya apakah beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum akan datang, dia tidak menolak kemungkinan ke arah itu. 


"Saya harus menyertai pilihanraya dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Tapi ia bergantung kepada kekuatan kewangan yang saya ada. Sertai pilihanraya sebagai Team 3rd Force adalah satu pengalaman baru yang amat sukar untuk digambarkan. Ada orang suka BN dan menolak PR.. ada orang sokong PR dan menolak BN... namun harus diingat.. lebih ramai lagi pengundi atas pagar yang melihat kuasa 3rd force boleh menjadi penegur yang baik kepada kepada kesemua parti politik di DUN atau Parlimen sebenarnya. Saya berjuang bersama rakyat, sebab itu walau pun sudah berada di luar parti saya tetap berpihak kepada rakyat. Saya tidak rela ada pemimpin yang menipu rakyat baik mereka BN atau PR. Sebab itu saya menegur secara terbuka tanpa takut kepada sesiapa melainkan Allah Taala semata-mata. Memang saya tau saya dimusuhi kerana berani menegur, tapi mereka juga perlu ingat tidak semua yang dilakukan itu betul atau salah semata-mata. Mana yang baik kita sokong mana yang tidak baik kita tegurlah.. Itu pun ada pemimpin yang mengutuk saya dengan berbagai-bagai cacian.. kononnya saya dibayar dan sebagainya. Walhal, apa yang didedahkan itu adalah benar semata-mata dan diluahkan oleh ahli parti itu sendiri sebenarnya. Maka itulah siapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya", kata CMK mengakhiri kenyataan beliau kepada PDO.

[Semua pihak harus menghormati apa pun keputusan yang dibuat oleh blogger terbabit. Dia ada hak untuk tentukan hala tuju politiknya. Selama ini perjuangan beliau tetap untuk rakyat walau pun sudah tidak bersama mana-mana parti politik. Sejak sekian lama, blogger berkenaan masih konsisten dengan perjuangan rakyat walau pun dihentam bertalu-talu oleh penyokong Pakatan Rakyat sendiri atas sikapnya yang berani menegur kepimpinan tertinggi parti. Soal apakah beliau akan bertanding sebagai calon 3rd force juga kini menghantui persiapan parti-parti politik tertentu. Apapun, dalam amalan politik dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysa ini, sewajarnya ada pihak ketiga yang benar-benar bebas perlu bangkit dan berani menegur mana-mana pihak yanh khianat kepada rakyat. Inilah yang perlu dalam menjamin kestabilan politik di negara kita sebenarnya. Apa yang jelas dapat dilihat sekarang begitu ramai wakil rakyat yang kononnya bebas tetapi memihak kepada UMNO BN selepas mereka meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka, sudah tiba masanya mereka yang benar-benar berjiwa bebas di angkat rakyat]. 

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter