Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


November 29, 2012

Panas: Seorang Lagi "Pegawai Tinggi Kerajaan" Bakal Di Letakkan Sebagai Calon BN Di Pahang PRU-13 Ini !

KUANTAN, 29 Nov - Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Dato' Hashim Abdul Wahab (foto) dikatakan antara nama baru yang bakal dicalonkan oleh BN pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Beliau yang juga bekas Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dikatakan bakal diletakkan di kerusi DUN Pulau Manis iaitu kerusi baru yang diwujudkan akibat persempadanan semula kawasan mengundi bagi Parlimen Pekan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu agak selesa bagi BN kerana terdapat ribuan undi pos tentera yang dikatakan sudah pasti akan berpihak kepada BN seperti kebiasaannya. Sebelum kewujudan DUN Pulau Manis, Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak hampir tumbang di kerusi Parlimen Pekan apabila hanya mendapat kemenangan tipis sebanyak 241 undi pada Pilihanraya Umum Ke-10 tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, dua kerusi DUN di Pekan iaitu DUN Chini dan DUN Kuala Pahang dimenangi oleh pembangkang dari PAS dan KeADILan. Kerusi DUN Pulau Manis yang baru diwujudkan bagi membantu kemenangan mutlak Najib sebelum ini pernah diwakili oleh Dato' Ariff Sabri Abd Aziz (Sakmongkol). Beliau kini telah mengisytiharkan dirinya bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai pari DAP awal tahun ini. Persoalannya, jika benar Dato' Hashim akan bertanding kali ini, maka apakah pemimpin UMNO yang lebih senior daripada beliau di situ boleh menerimanya?. DUN terbabit kini diwakili oleh Khairuddin Mahmud, dan jika ini berlaku maknanya beliau juga mungkin tidak dicalonkan pada PRU-13 nanti. Nasib yang sama seperti Dato' Ariff Sabri menjadi ADUN sepenggal. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya hal ini. Apakah BN boleh mempertahankan kerusi itu lagi atau mereka akan tumbang kali ini kerana ada dakwaan ramai anggota tentera kini sudah muak dengan janji-janji kerajaan UMNO BN terhadap kebajikan mereka. Undi mereka sekadar jadi pelengkap kejayaan BN, tetapi selepas itu nasib mereka dipinggirkan hinggalah pilihanraya yang berikutnya muncul semula. Inilah yang terjadi kepada mereka !!.

[PDO pernah mendedahkan ura-ura mantan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Dato' Yahya Zainal Abidin bakal dicalonkan oleh UMNO untuk mewakili BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor, Parlimen Maran. Susulan pendedahan itu, kami telah dihujani dengan berbagai info bahawa sememangnya BN akan menggunakan pegawai kerajaan terutamanya yang berjawatan tinggi untuk menjadi calon bagi menarik undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Ini kerana jawatan Pegawai Kerajaan dari Institusi Pengajian Tinggi amat disegani dan disanjungi oleh masyarakat terutamanya orang Felda dan kampung-kampung Melayu. Maka itu, anda golongan terbabit dipilih sebagai calon maka sudah pasti ia dapat menarik kembali undi mereka yang banyak hilang pada PRU-12 lalu. Apapun, tindakan parti meletakkan orang diluar sebagai calon ini sudah pasti akan membuatkan calon-calon pilihan sedia ada marah dan undi protes pasti akan berlaku. Justeru, semua pihak perlulah berhati-hati membuat pilihan calon].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

hebattt

kampong lad said...

dah tua2, boleh buat kerja ka?

Anonymous said...

TUA2 PENGALAMAN MAHAL.

rantai said...

sejak bila dia bertungkus lumus dalam politik...??? ...ramai lagi yang sudah berjuang begitu lama dalam politik takkan nak ditinggalkan begitu sahaja..??? ... takut nanti timbul pemberontakan...!!!

Anonymous said...

pemberontakan apebendanya..banyak sangat jasa beliau dalam umno..orang yang berjuang pasti kenal beliau.ada juga yang sibuk sangat berjuang sampai terlupa kerja hakiki..otai yang macam ni kita perlukan.

Anonymous said...

RASA DAH USIA LANJUT, TAK PERLU AKTIF POLITIK, BAGI PELUANG KAT ORG LAIN YANG LEBIH MUDA

Anonymous said...

kipsas patutnya dah lama berkembang maju..akhirnya duit makin susut..tunggakan kami diabaikan tp tunggakannya diutamakan..kebajikan hanya yang kuat pada yang kaki bodek shj..naik pangkat,naik gaji,naik jawatan..yang tak bodek wpun cukup kriteria dipinggirkan..dek kerana penasihat yang berat sebelah ramai yang kecewa biarpun makan dihati shj..

Anonymous said...

dah tahu kipsas tak ada duit tp hadiah bersara kemain mewah,ni lah kipsas katanya belajar agama dan sahsiah..tengok jabatan gomen lain nak bersara dihadiahkan al quran.biasa kata tak berduit tapi nak raikan puluh ribu habis duit..alahai penasihatnya..ikut aja lah kan3..sampai masa kamu akan sedar tuan penasihat..berdoalah kamu..berbelanja sakan bukan pada tempatnya..

Anonymous said...

DAH BERSARA TU PANDAI2 PULANGKAN SEMULA KERETA PERDANA KOLEJ.JANGAN BUAT MACAM HARTA SENDIRI.DAH KIPSAS SESAK GAWAT EKONOMI SEMUA NAK TAPAU..KEPADA YANG BERKENAAN SILA CHECK LA KAD MINYAK TU KAT MANE..

Anonymous said...

alhamdulillah kuda perdana telah selamat berada di kipsas setelah sekian lama "dipinjam" tanpa izin dan tanpa kerelaan.dah takdir agaknya kuda perdana tidak boleh dipindah milik..lagi satu tv lcd tu dah pulang ker..jgn buat lupe pulak yer..

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter