Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

December 21, 2012

NGO 'HAK' Di Tubuhkan, Bagi Menentang Pencabulan Hak Asasi Yang Berlaku Di Negara Kita Mutakhir Ini !!

KUANTAN, 21 Dis - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Hak Rakyat atau ringkasnya HAK, ditubuhkan hari ini bagi memperjuangkan hak-hak rakyat negara ini selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi Penajanya, Mohd Harris Abdullah (foto), berkata Hak ditubuhkan berikutan banyak hak asasi seseorang yang dijamin perlembagaan telah banyak dicabul oleh pihak tertentu. “Saya mengambil contoh Kembara Oren yang dianjurkan oleh Pertubuhan Anak Peneroka telah dihalang memasuki kawasan Felda, ini salah menurut perlembagaan kerana hak seseorang warganegara dia bebas untuk ke mana sahaja dalam negara ini. “Begitu juga program jelajah yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering diganggu bahkan ada tempat beliau disekat masuk, ini juga menyalahi perlembagaan kerana beliau sebagai pemimpin sebuah parti politik mempunyai hak dalam demokrasi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran Hak di lobi di sebuah hotel di sini. Dalam sidang media tersebut turut diumumkan 8 orang ahli jawatan kuasa penaja dan akan dimajukan kepada perdaftar pertubuhan dalam tempoh seminggu. Menurut Harris yang juga seorang peguam, antara aktivitinya Hak akan turun ke tengah masyarakat untuk menerangkan hak-hak asasi seorang rakyat Malaysia di sisi perlembagaan supaya sedar tentang kedudukan mereka. “Hak akan menjadi watch dog kepada parti pemerintah sebagai penegur yang baik demi memenuhi hak asasi setiap rakyat, kalau sekarang BN kalau PR memerintahpun begitu juga. Hak ialah prorakyat, bukan proparti politik,” katanya. Tambahnya, Hak bukan sahaja memperjuangkan isu-isu politik tetapi juga ekonomi dan agama. “Dalam perlembagaan di sebutkan setiap warga negara layak mendapat tanah. Tapi cuba anda buka tanah dan usahakan, biasanya akan dirampas kerajaan walaupun tanah itu tidak pernah digunakan. “Jadi Hak akan membela hak rakyat yang dijamin perlembagaan seperti ini,” ujarnya. Ditanya kenapa Hak ditubuhkan menjelang pilihan raya, beliau berkata ia kebetulan berlaku banyak pencabulan hak asasi yang memaksa beliau dan rakan-rakan bertindak menubuhkan NGO itu. Selain Harris, Mohd Zulkifli Muhamed dinamakan sebagai timbalan, Mohd Shukri Mohd Ramli (Setiausaha), Khamsiah Shahbudin (Bendahahari). Manakala ahli jawatan kuasanya pula ialah Mohd Fauzi Abdul Hamid, Anizam Mohd Ali, Kamarul Hatta Mohamed Ali dan Razali Alias. 



[Apa yang diharapkan NGO baru ini akan mendapat perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keadilan tertegak atas bumi tercinta ini. Ada masanya, berbagai isu rakyat tidak dapat dibawa oleh orang politik. Maka sudah tidak masanya NGO yang pro rakyat diberi ruang untuk membela nasib mereka. Harapan kita semoga Pendaftar Pertubuhan dapat memproses permohonan HAK dengan segera bagi memudahkan pergerakan serta aktiviti mereka selepas ini. Orang ramai juga dipelawa menjadi ahli NGO ini untuk sama-sama memberikan sokongan dalam membela hak-hak rakyat. Perjuangan rakyat harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Jika dibiarkan, akhirnya banyak hak-hak rakyat dinafikan oleh pemeritah yang khianat kepada tanggungjawab mereka. Bersama melakukan perubahan untuk melihat Malaysia yang lebih adil dan saksama untuk rakyat. Selamat berjuang Angkatan Pembela Hak Rakyat (HAK)!!].
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]