Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


December 20, 2012

Panas: "Haram Jadah", Mahkamah Tolak Permohonan Lapan Peneroka Felda Mahu Saman Perdana Menteri

TEMERLOH, 20 Dis - Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menolak permohonan lapan orang peneroka Felda untuk menyaman Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak berhubung dengan kenyataan panas "haram jadah" yang digunakan oleh beliau ketika berucap mengumumkan "durian runtuh" di Felda Jengka 8 pada 8 Mei 2012 yang lalu. Keputusan tersebut diumumkan oleh Hakim Akhtar Tahir pagi tadi  Kesemua peneroka yang bertindak sebagai Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong diwakili oleh Peguam Mohd Harris Abdullah (foto). Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh itu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri. Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan "haram jadah" yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad. Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan. “Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti,” katanya. Harris kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini. "Mahkamah Tinggi, Temerloh telah cipta satu nas yang cukup bahaya apabila telah putuskan: 1) Perkataan Harmjadah merupakan satu perkataan yang abusive; 2) Namum ianya tidak defamatory; 3) Kalau sekiranya setiap kali seseorang ucap perkataan haramjadah dan ucapan itu dibawa keMahkamah, maka akan terdapat multiplicity of proceedings; 4) Tidak ada niat daripada tukang ucap untuk mengatakan bahawa mereka yang terguris adalah anak haram ... 5) Ucapan tersebut hanya satu figure of speech ... Maka dengan itu permohonan Defendan dibenarkan dan tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00 setiap seorang. Dalam ertikata lain, Hakim telah halalkan pengunaan perkataan Haramjadah ... walau pun ianya abusive namun ianya tidak mengaibkan ... hanya figure of speech  ", katanya menerusi posting di laman sembang sosial facebook beliau selepas keputusan tersebut dibuat.


[Ramai yang terkejut dan kecewa denga keputusan hakim hari ini.Seolah-olah ia sudah dirancang untuk menafikan hak peneroka berkenaan menyaman Perdana Menteri. Walhal, ucapan "haram jadah" yang diluahkan oleh PM itu adalah satu penghinaan terhadap peneroka berkenaan. Lebih mengejutkan apabila berpuluh-puluh buah bas diangkut oleh Felda untuk membawa peneroka ke Mahkamah Tinggi Temerloh. Ia seolah-olah menggambarkan mereka semua sudah tahu keputusan yang akan dibuat oleh hakim. Dengan keputusa ini juga bermakna rakyat Malaysia tidak salah bila berkata "haram jadah" kepada mana-mana pemimpin selepas ini. Ia dibolehkan oleh mahkamah dan mereka sudah pasti tidak akan dikenakan sebarang tindakan walau pun ucapan itu jelas kurang ajar dikaca mata umat Islam dan orang Melayu itu sendiri sebenarnya. Maka itu fikirkanlah !].

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kah,kah,kah.....padan muka,'haramjadah'

Anonymous said...

Haramjadah bahasa melayu bukan mengikut lafaz arab haram zadah (anak luar nikah). Kene faham lafaz uruf melayu hanya berbentuk seranah tanpa menuduh anak zina. Memang makna pun tak bagus juga tapi ia tak melibatkan tuduhan anak zina.ZADAH dan JADAH berbeza sebutan walau mirip. Sebagai contoh lafaz YA AMANAL KHO 'IFIN SALLIMNA MIMMA NAKHOF- Dulu pernah dikaitkan dengan lafaz YA HAMMAN zaman firaun namun ulama' menyatakan lafaz berbeza walau uslub (gaya bahasanya) sama. Walau bagaimanapun ia tetap tak sesuai dilafazkan oleh seorg pemimpin yg sepatutnya menjadi contoh qudwah hasanah. Harap jgn stand atas politik utk bermujadalah (bahas).Tambah2 lagi memaki org. Kita ISLAM


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter