Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


December 27, 2012

Panas: Tipu PKG Sawit, Felda Di Saman Lagi Oleh 351 Warga Peneroka "Wilayah Mempaga" Pagi Semalam !!

TEMERLOH, 27 Dis - Seramai 351 orang peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, telah memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit. Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi semalam itu menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua. Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit. Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif. Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak  RM30,912 pada tahun 2008. Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.08 setan). “Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut. Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995. Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhnya  dan lain-lain kos. Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331). Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan  Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar. Turut hadir ialah Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan.



[Nampaknya semakin hari semakin banyak penyelewengan Felda didedahkan kepada umum. Penipuan KPG ini memang sudah lama berlaku dan peneroka menjadi mangsanya. Terdapat dakwaan pihak Felda berkerjasama dengan kilang sawit untuk melaksanakan agenda ini. Keringat peneroka dikerah, sedangkan hasil mereka diambil sedikit demi sedikit untuk mengenyangkan tembolok pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah peneroka yang bijak akan mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut kembali hak-hak mereka. Hanya peneroka yang diperbodohkan dan dijadikan alat sahaja yang akan mengikut telunjuk Felda pada masa ini. Sedangkan mereka sendiri tahu kini Felda berada ditahap yang paling nazak. Saham merudum, harga sawit dan getah kini jatuh menjunam. Durian runtuh yang dijanjikan oleh Perdana Menteri rupanya telah memakan diri dan menyusahkan hidup peneroka. Dari pendapatan ribuan ringgit sebulan kini ada diantara mereka yang hidup dibawah paras kemiskinan tegar. Inilah reailiti yang berlaku mutakhir ini sebenarnya. Cuma, Felda cuba kelirukan peneroka sekarang].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

USAH BISING LA..CUBE PAKAT DOK LADANG SAWIT TU KORANG TAU LA SAPE YANG KUAT CURINYA..

Anonymous said...

betul amat

Anonymous said...

Hak depa memang la bising! ingat snggit dua ke? Jenis redha je bila org tipu kita.. tu la melayu jenis dua ekor kt atas ni

Anonymous said...

jangan lupa check sama kaki2 angkat buah tu.umur 20an je boleh pakai civit fd type R..jum pakat2 cari sape penyangak curi buah felda sebenarnya..dah la perahan dapat sikit..buah pulak kene rembat..mane la peneroka tak bising..moh keta rembat penyangak yang curik neh..bukan redha macam tu je..tang salah felda rembat hang nampak ker..tu tang anak peneroka rembat hang tak nampak ker..mai turun ladang dok dalam seminggu dua hang tau la mana pegi sawit tu..malam2 pun ada jin toceng rajin cop sawit

Anonymous said...

Berapa ramai orang Melayu yg tak masuk Felda ada tanah ladang 10 ekar ,di usahakan dan berhasil.Kemudian dapat pula saban tahun durina runtuh,bonus itu bonus ini,saham pun dapat,bantuan persekolahan pun dapat,yuran pengajian ke inst. swasta pun dapat,boleh belajar jadi pilot,boleh masuk UK Lim KOK Wing dan boleh mecari pengalam belajr di London secara berkumpulan.

Sekaran FGV sudah JV dgn TNB melaksanakan IPP nanti entah apa-apa lagi projek yg di serahkan kepada FGV yg ssahamnya di miliki oleh Felda.Tapi di Kelantan Nik Aziz beri tanah kepada DAP utk buat projek,ladang rakyat tak jadi-jadi.

Mengapa Pas tidak memperjuangkan kesusahan orng Melayu kampung yg sering di tipu oleh tokey-tokey Cina,-harga ,timbangan ,kualiti dan sebagainya.Jual pada Cina lebih teruk di tipu dari banding dgn Felda(klaupun benar ada penipuna)Pas buat apa?.Pas bodoh,cuba memperjuangkan org Felda yg memang dah senang dan memang pekat BN,Pas lupa pada org kampung yg tidak ada siapa yg memperjuangkan mereka dari menjadi hamab peniaga Cina ni.Malahan Pas jdi kan Dap pekat Cina sebagai sahabat,yg boleh mengarah Pas itu dan ini.Bodoh ,cukup bodoh.

Anonymous said...

Anon kat atas tu PANDAI CUKUP PANDEY pi la tolong melayu yang kena kencing dek cina tu..takkan cop orang BODOH JE>>>HANG HAPRAK!


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter