Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


December 1, 2012

Panas: MB Pahang Di Gesa Menarik Balik Kenyataan Rela "Potong Telinga" Jika DAP Menang Di Bentong !

KUANTAN, 1 Dis - Orang ramai yang ditemui disekitar bandar ini terkejut dan meluah perasaan kecewa dengan kenyataan "kontroversi" yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) kononnya beliau rela potong teling beliau jika parti DAP menang di Bentong pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Adnan bercakap demikian kepada media semasa ditemubual oleh wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," kata Adnan. Kenyataan beliau itu benar-benar terkesan di hati rakyat negeri ini dan masing-masing menganggap Adnan tidak wajar bercakap begitu dikala senario politik hari ini. "Jika dulu, Adnan atau mana-mana pemimpin UMNO boleh bercakap sombong dan bongkak seperti itu.. tapi hari ini mereka jangan jangan cakap sebarangan...bak kata pepatah ..kerana putut santan binasa.. kerana mulut badan binasa", kata seorang bekas penyokong kuat UMNO di sini. Kenyataan Adnan ini seolah-olah beliau terlalu yakin yang BN masih diterima sepenuhnya oleh rakyat, sedangkan hakikat yang berlaku kini majoriti rakyat mahukan perubahan sebenarnya. Ramai rakyat yang gusarnya dengan kenyataan Adnan itu, mereka takut apa yang diperkatakan Adnan benar-benar berlaku. "Apakah Adnan akan menunaikan janji beliau jika DAP menang di Bentong kelak?", tambah beliau lagi. Justeru beliau menasihakan Adnan supaya "berpijak dibumi yang nyata" dan usah terlalu taksub dengan kuasa yang ada. "Jangan sampai dimurkai Allah.. sudahlah pentadbiran beliau sekarang tidak berlandaskan Islam.. cakap besar pula kononnya tidak boleh dikalahkan. Adnan perlu ingat, parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang merupakan kubu kuat BN sejak zaman berzaman itu pun akhirnya berkubur pada PRU-13 yang lalu.. maka usahlah mendabik dada dan menongkat langit seolah-olah BN terlalu sukar untuk dikalahkan..Saya menggesa Adnan  menarik balik kenyataan itu.. jika tidak mahu memakan diri satu hari nanti ", tambah beliau lagi.

[Seseorang pemimpin yang tidak melaksanakan hukum Allah atas muka bumi ini bila bercakap celupar, sombong dan bongkak bermakna mereka ini pasti akan mendapat kemurkaan Allah. Adnan harus ingat UMNO bukan parti yang mendaulahkan Islamiah di Malaysia ini. UMNO hanya parti Melayu yang berteraskan sekularisme dan bertuhankan undang-undang penjajah barat ciptaan manusia. Makanya, setiap pemimpin Melayu yang berjuang dalam UMNO tidak perlu mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Islam, sedangkan mereka sendiri hidup dalam dunia hipokrit yang penuh dengan tipu daya dunia. Mereka ini tidak sedar di mana berada dan Adnan juga harus ingat tatkala beka MB Selangor, Khir Toyo menghina Majlis Daerah Hulu Selangor dengan menghadiahkan Yang Di Pertuanya dengan sebatang penyapu yang cukup hina, akhirnya di mana MB tersebut. Bukan di akhirat malah di dunia lagi dia kini terhina dek kedurjanaan sendiri. Oleh itu, usahlah Adnan terlalu angku, riak, takabur, taksub dengan kuasa yang ada. Allah melihat apa yang dikerjakan hambanya atas muka bumi ini. Lakukanlah perubahan demi Islam serta keadilan].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

yakin benar tok 6 ni......nanti mana nak letak tangkai cermin mata tu...

Anonymous said...

potong kepala lagi baik!dlm kepala ada otak tak boleh pakai punya!

Anonymous said...

Celupar betul mulut tok 6. Kot ya pun kalau terlampau yakin BN boleh menang. Jagalah adab dan tatasusila bahasa serta adat orang melayu . Kerajaan Firaun yang berakar umbi pun boleh tumbang. Golkar di Indonesia pun dah tidak berkuku. UMNO dan BN nak pulak potong telinga. Hai ramailah orang kanan UMNO besok tak bertelinga. Mungkin jugak BN dan UMNO sudah merasai kekalahan yang bakal ditempuhi. Maka sebb itulah mereka nak promosi SUP dan Rendang Telinga kat Simpang Pelangai.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter