KUALA UMPUR, 1 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) hari ini menafikan beliau sedia membenarkan telinganya dipotong jika DAP menang di Bentong pada Pilihnaraya Umum Ke-13 nanti. Adnan sebaliknya menyatakan apa yang diungkapkan kepada media semalam hanyalah "kiasan" semata-mata untuk membuktikan tahap keyakinan beliau bahawa BN akan tetap utuh mempertahankan kerusi tersebut. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), selepas isu ini kecoh. Banyak blog, portal berita internet, laman sembang sosial facebook, twitter dan sebagainya membicarakan kenyataan MB Pahang itu. Malah ada pihak yang mendesak Adnan menarik balik kenyataan celupar tersebut. "Anda
tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada
perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola.. "Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan. "Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah. "Bukan, ini adalah pengucapan kiasan iaitu bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-66 hari ini. Walau pun Adnan dilihat cuba untuk "cover" semula kenyataan beliau itu, namun imej beliau tetap tercalar sebenarnya. Malah di laman sembang sosial facebook kini heboh pula diperkatakan, malah ada pages yang dibuat khas untuk jalankan kempen "Potong Telinga Adnan" kini hangat
disebarkan. Persoalannya, wajarkah seorang pemimpin yang bertaraf Menteri Besar seperti beliau boleh berrcakap begitu?.
[Sebelum ini Adnan sudah banyak mencetuskan kontroversi dengan
sikap-sikap dan tindakan beliau yang dikatakan "ala samseng" itu. Namun, kenyataan kali ini dilihat terlalu angkuh dan bongkak. Walaupun Adnan mengatakan ianya sekadar "kiasan" tetapi dia harus sedar emosi rakyat yang kini membuak-buak untuk menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Justeru, usahlah mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi dan mengundang persepsi buruk terhadap kerajaan itu sendiri. Lebih baik berhemah dalam setiap gerak kerja dan kenyataan yang dikeluarkan. Kelak ia akhirnya memakan diri sendiri. Kini, rakyat begitu marah dan menjadi kenyataan Adnan itu sebagai kata-kata semangat untuk mereka merampas kerusi parlimen Bentong dari tangan BN. Apakah ia akan menjadi realiti atau sekadar fantasi semata-mata. Hanya rakyat Bentong yang berhak untuk tentukan nasib si Adnan].



Get the Flash Player to see this player.
CMK FM
CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI [Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Subscribe to:
Post Comments (Atom)





8 comments:
Ini KIASAN...bukan betul betul...ini COBAAN...bukan ...BETUL BETUL...tahu takut yer???
mentang-mentang bekas guru bahasa inggeris SMASP...mana ada kiasan potong telinga....dlm bahasa english....
Nama je bekas cikgu....
MINTA-MINTA SEMUA TURUN KE BENTONG.. NAK SANGAT BN KALAH NIE.. BIAR AKU YG MULA POTONG TELINGA DIA.. GANTI HUDUD..!!! PERAHU BOLEH UNDUR...??
ada lagi se ekor yang tiada telor...
Pada pendapat saya, itu bukan mencabar supaya telinga dipotong tapi 'Cakap Jamin Tak Menang'. Sama la kalau kita guna istilah suatu ketika dulu 'Potong Ayam La'. Cuma isu sebegini tak perlu diperbesarkan sangat. Klu nak menang tu menang juga. Yang pasti semua parti Klu nak menang kene 'Tanamkan Keyakinan Rakyat terhadap Parti'. -" Potong Telinga la nak cakap Jujur".. he he: Jebat Pun Tak Menderhaka Tak tentu Pasal kan.
Jangan nak main2 zaman internet sekarang ni...sampaikan orang siap berkempen utk Johari Pain kerat kote sebab pandelala rinong menang pingat olimpik...apatah lg si denan ni buat janji capati dia kahkahkah
Nasib baik Nan tak kias " Aku sunat sekali lagi ".
Anonymous Wednesday, December 05, 2012 4:02:00 PM, Ada Reje (Kulit Lebih)tak abis sunat ke tu... kui kui
Post a Comment