Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

December 26, 2012

Pelajar Polisas Maut Kemalangan, Gara-Gara "Lopak Air Di Bukit Pengorak Gebeng" Tengahari Semalam !

 KUANTAN, 26 Dis - Gara-gara kelewatan pihak berkuasa membaik pulih jalan yang sering ditakungi air di Jalan Bukit Pengorak dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, seorang pelajar Politeknik Sultan Hj.Ahmad Shah (POLISAS) maut akibat kemalangan tengahari semalam. Muhammad Faizol Ashraf Ramly (foto), 20, pelajar Diploma Automotif Mobil (Diesel) itu mejadi mangsa apabila kenderaan yang beliau naiki telah dilanggar dari belakang oeh sebuah lori, kemudian terhimpit pula dibelakang lori yang sedang bergerak perlahan akibat "air bertakung" atas jalan tersebut. Beliau yang dipercayai dalam perjalanan ke Kemaman, meninggal serta mereta akibat rempuhan tersebut. Menurut seorang saksi, kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai masih lagi turun di Kuantan. "Saya nampak ada lori berhenti (perlahan), kemudian diikuti kereta mangsa dan dua kereta lain.... tiba-tiba datang sebuah lori yang membawa muatan tanah meluru dari belakang dengan laju (tidak membrek).. merempuh dua kenderaan terbabit dan kenderaan mangsa. Dua kereta lain tercampak ke bahu jalan (longkang)... tetapi kenderaan yang dinaiki mangsa tersepit antara dua lori terbabit kerana berada betul-betul dibelakang lori yang perlahan berkenaan. Semua kejadian ini akibat lopak air dijalan menuruni bukit terbabit.. Dah lama kami pekerja di Gebeng ini adukan masalah jalan terbabit kepada pihak berkenaan... namun hingga kini tiada tindakan.. sebelum ini sudah ramai yang kemalangan di situ... tapi kali ini yang paling teruk dan ngeri. Kenapa mereka tidak baiki jalan sejak sekian lama?.. Inilah akibatnya..", kata saksi yang juga pekerja sebuah kilang industri di Gebeng. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat dan kemudian dituntut oleh ahli keluarganya sekitar jam 8.00 malam tadi. Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sg.Tekam (Getah) pagi ini. Difahamkan, mangsa sedang bercuti seminggu sempena Krismas dan akan menyambung semester baru beberapa hari lagi. Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa terbabit. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


[Kemalangan maut terkadang bukan dek kerana kecuaian pemandu tetapi kerana sikap dan tanggungjawab kerajaan yang gagal membaik pulih jalan-jalan yang berisiko kemalangan. Jalan di Bukit Pengorak Gebeng ini memang sudah lama mengalami masalah air bertakung dan cukup berbahaya kepada lalulintas. Namun, aduan yang dibuat diambil acuh tidak acuh oleh pihak yang terbabit, hingga akhirnya memakan korban seperti ini. Jika kemalangan, biasanya pemandu akan dipersalahkan tetapi bagaimana dengan keadaan jalan rosak dan tidak diselengarakan dengan baik seperti ini. Apakah kerajaan boleh disaman kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka agaknya. Semoga pihak berkenaan dapat memantau keadaan jalan terbabit agar pengguna jalanraya lain tidak menjadi mangsa tragedi ini. Mangsa meningga dunia gara-gara kenderaan beliau remuk akibat tersepit antara dua buah lori besar. Bukankah ini sesuatu yang tidak adil kepada rakyat tidak berdosa. Justeru, kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa memainkan peranan bagi mengatasi masalah ini pada masa-masa yang akan datang hendaknya. Lakukanlah tanggungjawab dengan berkesan !].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

dlm artikel ni penulis sendiri kata lori dipandu laju tanpa dibrek,nak salahkan jalan juga ke?
kalau jalan cantik tp pemandu otak kosong x guna jugak.dah terang2 ada 3-4 buah kenderaan sedang perlahan/membrek, pemandu lori yg tinggi tu x nampak ke?
gebegng ni siapa ahli parlimennya ye?

Breakeven said...

kalau gebeng under kuaNTAN so hajjah fuziah la...

Anonymous said...

Sepatutnya bila dah tau jalan rosak bawak la perlahan. Klu kete laju salah jalan juga ke? Apakah faktor jalan rosak menyebabkan sikap pemandu tak nak berubah dan tak bertanggungjawab? Kita kene lihat fakta juga punca kemalangan disebabkan jalan atau orang. Jika statement kemalangan berlaku akibat terbabas kerana masuk lubang jalan kira bleh salahkan jalan. Akhirnye... SALAHKAN JEPUN pasal buat kete CC Besar.He he.. POYO

orang kampung said...

Kalau semua manusia buat kerja yang diamanahkan....lain cerita. Jalan berlobang satu hal...Kalau lori dan kereta boleh brek dan perlahankan kenderaan masing-masing...mengapa lori tanah dibelakang tak brek. Apa...sambil pandu korek telinga ke???atau kepala dah lentok dek tu???atau kejar trip....sambil cabut nyawa orang. Sepatutnya pemandu malaysia dah lama ubah perangai bila memandu macam negara luar...makin moden negara tu makin berdisplin pemandunya....malaysia???memandu macam pemandu gila!!!!!!!

gua umno said...

menda gini nok jadikan isu politi jugok ker?? bodo punya melayu.. dah ajal dia , malaikat maut dah tunggu kat situ..

Eizzaty Ramly said...

terima kasih kepada blogger ni ya . saya ni adik arwah . harap jangan ada yang menjadikan peristiwa ini sebagai punca pergaduhan . saya mahu arwah tenang di sana . saya mohon kepada semua . terima kasih ya .

Anonymous said...

Eizzaty Ramli: Takziah buat ahli keluarga anda.. Saya setuju agar jgn dijadikan punca perbalahan. Kita sama2 doa utk arwah moga di tempatkan di kalangan org beriman dan beramal soleh.. Amin

adilah said...

Takziah kepada keluarga simati. Orang ramai berhak bercakap atas isu keselamatan jalan raya sebab kerajaan bersungguh-sunggh ntuk nak implemen projek swasta saman orang ramai,iaitu kamera yang dipasang dimerata jalan raya demi untuk kutip hasil dari rakyat tapi dibat atas 'alibi', keselamatan pengunna jalan raya. Dimana UMNO tidak menipu rakyat. UMNO tidak akan lepaskan peluang untk mnipu rakyat. Baru2 ini NGO UMNO bawa pak Arab yang didakwa adalah mufti.... dalam satu majlis ilmu agama dimesjid Sltan Ahmad Shah, Tok Sira, Kuantan. Dalam majlis ilmu ini tali barut UMNO yang jadi penterjemah kepada pak Arab telah menyalahkan gunakan platform ini dan berpolitik terang terangan.
Berbalik kepada isu kemalangan. Saya nak sentuh sikit mengenai lori2 atas jalan raya. Kalau diperhatikan lori2 muatan BIJIH BESI adalah amat besar, panjang dan dipandu oleh pelesit2 kerana mereka memandu lori tidak langsung pedulikan pengguna jalan raya yang lain. Soalan saya, bagaimana Kerajaan MNO boleh meluluskan lesen kepada lori2 ini. Lori ini panjang, amat panjang jika dibandingkan lori2 konvensional. Jalan raya khususnya dari Kuantan ke Kuala Lumpur ( jalan lama ) kini tidak lagi diselenggara oleh Kerajaan UMNO. Tanya lah mereka yang sering menggunakan jalan raya ini setiap hari. Lori2 ini jadi maharaja lela atas jalan ini sehingga ke Pelabuhan Kuantan. Perlanggaran yang terjadi di Gebeng ini kemunginkinan akibat daripada muatan lebih dan brek tidak brfungsi dengan betul Tapi benda2 ini semua akan dapat dipadamkan daripada rekod akibat rasuah. Mereka akan beri rasuah kepada pihak tertentu untuk melepaskan diri daripada dakwaan. Rakyat mati sia2 saja.
Penyokong dan blogger pro UMNO yang bertungkus lumus menulis untuk menyalahkan pengkritik demi untuk memberi imej baik dan cantik kepada kerajaan harus sedar. Bagaimana kalau simati itu adalah waris kamu? atau dimasa akan datang anak cucu kamu juga menjadi mangsa ketidakadilan. Adakah masa itu baru nak masuk parti pembangkang? Oleh itu, fikir lah sendiri. Allah swt telah beri kita otak, sila gunakan otak setiap masa dengan membuat analisa atas sebarang insiden daripada terus menjadi penjilat pemerintah kerana sedikit uoah yang diberi oleh mereka.

fidel castro said...

kemalangan selalu berlaku di kawasan itu kerana tiada sistem perparitan.cuba lihat di persimpangan gebeng /ILP..lampu isyarat yang di langgar dah sebulan belum diganti, permukaan jalan semakin rosak..juga tiada lampu jalan. apa yg dipersoalkan itu betul. di manakah wang peruntukan dan siapa yg meluluskan?

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]