SELAMAT DATANG KE PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | PORTAL SUARA RAKYAT INI KINI BERWAJAH BARU | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.

Panas: Penjenayah Di Berkas, Penduduk Hairan UTK Tembak Salah Seorang Dari Mereka Yang Serah Diri!

Krew Pahang Daily Online (PDO) di Pulau Pinang melaporkan, sepasukan anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) telah berjaya menjejaki dua daripada tujuh penjenayah tahanan penjara yang melarikan dari daripada kawalan polis ketika mereka dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini.  Difahamkan kereta Proton Perdana yang dipandu penjenayah terbabit telah terbabas ke dalam sebuah tali air di Padang Ibu, Guar Perahu (Kubang Semang, Permatang Pauh) dan polis telah berjaya menembak salah seorang penjenayah terbabit sekitar jam 12.30 tengahari tadi . Seorang lagi penjenayah dipercaya berjaya melarikan diri dan pihak polis sedang menjejaki beliau sekarang. Namun, apa yang mengelirukan orang ramai ialah tindakan UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan ketika itu beliau sudah mengangkat tangganya tanda menyerah diri  kepada pihak polis. Apakah modus operandi dan SOP yang diikuti untuk membolehkan penjenayah terbabit ditembak sedangkan dia jelas telah menyerah diri berdasarkan laporan krew kami di lokasi kejadian. Menurut seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, beliau hairan kenapa UTK menembak penjenayah terbabit sedangkan dia telah menyerah diri?. "Kami ingatkan bunyi mercun yang dibakar oleh keluarga Cina berdekatan.. rupanya penjenayah ditembak berdas-das oleh UTK.. ramai yang tengok kejadian tu... kenapa perlu tembak.. tangkap jer lar sebab dia tak ada senjata", kata seorang saksi di tempat kejadian. Di percayai penjenayah yang ditembak itu adalah pemandu kenderaan terbabit. Persoalannya apakah wajar dia ditembak ketika beliau cuba menyerah diri?. Jika ini keadaannya, lebih baik mereka yang menjadi penjenayah terus ditembak dan tidak perlu lagi dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan. Tambahan pula sudah disahkan mereka hanya menggunakan senjata "serbuk lada" ketika melepaskan diri dari kawalan polis baru-baru ini.

[Apa yang berlaku ini mengingatkan kembali kepada kes adik Aminulrasyid yang juga mati akibat ditembak oleh polis di Seksyen 11 Shah Alam pada tahun 2012 dulu. Kenderaannya juga telah dikejar oleh polis dan arwah yang tidak bersenjata ditembak di bahagian kepala. Soalnya sekarang, dimanakah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diamalkan oleh polis di negara kita. Wajarkah penjenayah yang telah menyerah diri ditembak?. Bukankah di mana-mana negara bagi mereka yang menyerah diri tidak akan diapa-apakan dan dibawa ke muka pengadilan. Apakah ada usaha untuk menutup isu "siapakah yang membekalkan serbuk lada" yang dibaling oleh penjenayah terbabit dalam van polis yang membawa mereka ke mahkamah baru-baru ini. Mereka hanya bersenjatakan serbuk lada, maka kenapa mereka harus ditembak sedemikian rupa (bagaikan mercun api) oleh pihak polis].

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

mereka ni kan satu geng dgn yang c4 altantuya ....

Mana boleh tak tembak.....dah kerja depa UTK....geng wayar putus kat kepala...dah angkat tangan pun kena tembak mati...senang tak payah eskot ke mahkamah lagi...

mereka perlu ditembak, kerana dianggap merbahaya, tetap dikira bersenjata kerana suspek-suspek tersebut terlibat dalam samun,bunuh dan rogol.
Tak payah pertikai kerja polis, kami tahu apa yang kami lakukan.

Polis UtK pun jangan jadi bodoh...Kalau SOP tak betul lu kena nanti macam kes Sarjan yang tembak AmirulRashid dan kopral UTK yang letupkan Altantuya...Masa tu baru tahu kuasa hang kat mana....

Apsal depa lari, pi mahkamah pon belum tentu lagi salah. Rasa-rasa yang dok lari tuh, sah-sah dah buat salah. Tak pasai-pasai kena tembak, mati katak. Lepaih nih, sah-sah famili yang kena tembak tuh buat tuntutan saman.

Betul ke yang bawa kereta tu penjenayah sebenar????Mungkin orang awam tuan punya kereta tu dan kena ugut dan disuruh pandu kereta dia oleh penjenayah. Sebab itu dia terus menyerah pada polis....ingat kan polis selamatkan dia dari penjenayah....rupa-rupanya kena balun sama...mati tetonggeng member tu. Agak-agak boleh berlaku tak perkara sebegini????Masaalahnya dah mati...mana boleh jawab...

Yg heran tu, mcmana org kpg tau OKT tu x bawa senjata? @ saja nak buat isu?..kalau dah lari dr tahanan, memang jahat la...

Taular sbb tgok polis x jumpa senjata dan tak berlaku tembak menembak di lokasi sebenarnyer...

Banduan yg lari tu penjenayah tegar,tlibayt dengan kes rogol, bunuh, samun. Polis pundia pukul inikan pula org kampung kat area situ kalau xdicegah. Polis btindak atas sebab keselamatan. So xpayah nak pertikai itu ini.

aku sokong usaha polis dalam membenteras penjenayah.. Moral dari kejadian ini... Jangan bercita2 nak jadi penjenayah...

Dah elok2 polis eskot pg mahkamah, yg pg pukul polis pastu lari buat ape? Kan ganas mcm tu.. Elok pon tembak kasi mati.. Kalau tgkap, bwk pg mahakamah sok, takut lari lg...

dlm kes ini polis lah penjenayah yg sebenarnya. senang cerita

aku pun tak paham ade juge org nak bela penjenayah!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]