Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA


January 8, 2013

Panas: Gara-Gara Rapid Kuantan, Syarikat Bas Yang Bakal Muflis Mahu Buat Protes Di Depan Rumah MB !

PEKAN, 8 Jan - Sebuah syarikat bas yang telah lama beroperasi di bandar ini yang dikenali sebagai syarikat Bee Huat Omnibus Company Sdn Bhd dilaporkan akan mengadakan protes besar-besaran dihadapan kediaman Menteri Besar Pahang daam masa terdekat ini. Ia berikutan tindakan kerajaan cuba mewujudkan laluan baru perkhidmatan bas awam RapidKuantan dari Kuantan ke Bandar Di Raja Pekan dalam masa terdekat ini. Maklumat yang diterima, pemilik syarikat berkenaan kecewa dengan tindakan kerajaan yang mahu memberi kebenaran RapidKuantan  beroperasi sehingga ke Pekan, sedangkan syarikat terbabit diberi tanggungjawab sebagai "bus town services" dan bukannya bas antara bandar. Sebelum ini banyak telah rungutan yang dibuat oleh pemandu kereta sewa dan teksi sekitar Kuantan berkenaan masalah ini. Namun, ia tidak diambil berat oleh kerajaan, malahan mahu menambah laluan baru ke Pekan pula. "RapidKuantan sepatutya hanya beroperasi di dalam kawasan bandar sahaja... bukannya mengambil laluan bas awam yang lain. Sudahlah rezeki kami kini  merudum gara-gara perkhidmatan percuma yang ditawarkan hingga pilihanraya... kini mereka mahu mengambil pula laluan kami... ini tidak adil dan jelas mencurah pasir ke dalam periuk nasi kami", kata wakil syarikat terbabit semalam. Paling mengejutkan, ada laporan syarikat terbabit mahu mengatur semua bas-bas mereka dihadapan rumah Menteri Besar Pahang bagi menuntut ganti rugi atas masalah yang mereka hadapi. "Jika RapidKuantan mahu laluan ke Pekan.. kami minta Kerajaan Negeri beli semua bas-bas kami... sebagai gantiruginya... biarlah kami gulung tikar asalkan mendapat jaminan kewangan untuk menceburi bidang perniagaan yang lain pula selepas ini", katanya lagi.  Sebelum ini dalam laporan Sinar Harian PahangPengurus syarikat terbabit iaitu Mohd Akmal Kong Abdullah, 43, melaporkan syarikat terbabit akan menamatkan operasinya bermula 31 Disember lalu. Ia diakukan berikutan tekanan semasa dan kerugian yang dihadapi serta tidak mampu lagi meneruskan legasi perniagaan nenek moyangnya sejak 75 tahun yang lalu. Bee Huat memulaka perkhidmatan bas henti-henti sejak tahun 1937 lagi ketika zaman datuknya Kong Ah KayMohd Akmal berkata, jika tiada bantuan daripada pihak kerajaan, dia terpaksa menjual semua bas yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta untuk membayar pampasan pekerja dan faedah kepada beberapa pemegang saham. Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada pekerjanya sejak 22 November lalu setelah pulangan syarikat menjunam 32 peratus berikutan kehilangan laluan Kuantan-Sungai Isap-Permatang Badak-Taman Tas yang diambil RapidKuantan sejak 1 Disember lalu.  Beliau berkata, sejak 2009, dia terpaksa bertahan walaupun berdepan kenaikan bahan api dan walaupun ada subsidi kerajaan untuk diesel, syarikatnya tidak mampu menampung kenaikan kos ekoran harga alat ganti termasuk juga tayar yang sentiasa meningkat.


[Syarikat Bee Huat telah turun temurun menawarkan perkhidmatan bas awam kepada warga Kuantan yang ingin ke Pekan. Mereka tiada masalah dalam menawarkan perkhidmatan terbabit, namun jika RapidKuantan mencuri laluan ke Pekan ini bermakna ia bakal menjadi masalah besar kepada Bee Huat. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah perancangan mewujudkan laluan RapidKuantan ke Pekan bakal dilaksanakan atau sebaliknya. Jika ia menjadi kenyataan, maka sudah pasti sebuah lagi syarikat bas awam akan gulung tikar dalam masa terdekat ini. Nama Bee Huat sudah sinonim dengan warga Kuantan dan Pekan sebenarnya. Malah, ramai generasi muda yang ada hari ini membesar dengan bas awam Bee Huat. Justeru, jika RapidKuantan meneruskan hasrat ke Pekan nescaya nama Bee Huat juga akan hilang ditelan dek zaman. Persoalannya, apakah wajar RapidKuantan dibenarkan beroperasi hingga ke luar pusat bandar?. Sedangkan ia diwujudkan untuk memberi kemudahan bas bandar kepada penduduk setempat. Apakah kerana RapidKuantan akhirnya kerajaan rela membiarkan banyak syarikat bas yang telah lama wujud akhirnya gulung tikar?. Nantikan laporan seterusnya !!].

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

pahang daily ni pun satu berat sebelah,dulu apsal tak kua berita yang teksi kat kuantan ni cekik darah??
baru padan teksi2 kuantan,selama ni meraka cekik darah,skang dah ada bas bus,org dah naik teksi.

hal bus bee huat,pegi mati lah die nak bankrap ke apa ke,kualiti perkhimatan die pun teruk,sapa yang naik je yang tau.


Patut nya korang berterima kasih sbb ada rapid kuantan,org2 susah boleh ke banda dgn percuma ataupn lepas ni cuma bayar tiket rm 2 je,bukan macam teksi2 kuantan yg cekik darah.

nak jadi pembangkang pun biarlah bertembat,pakai otak oi,bukan pakai lutut.

tq

Anonymous said...

apa yang kerajaan buat semua tak betul...bee huat buatlah bas percuma dan tiket sama harga dgn rapid barulah persaingan sihat...tolong rakyat salah tak tolong lagilah kena hentam...susah nk jadi pemerintah ni

Anonymous said...

Ya, setuju dengan komen di atas.
Rakyat patut didahulukan.
Sekarang ni rakyat tengah gembira setelah lama dok naik bas buruk dan teksi yg cekik darah.

p/s: Saya tak pernah naik bas di Kuantan, tapi suka bila tgk ramai org kuantan gembira dengan perkhidmatan bas.

Anonymous said...

Apa dah jadi dan bas sri jaya kat kl, skmk yg menjadi kebanggaan d seluruh Kelantan 1 ketika dulu, semuanya dah jd sejarah dek pemerintahan org Melayu, akhirnya yg susahnya org Melayu yg dah sedia susah, Melayu boleh!!!

Anonymous said...

Apa dah jadi dan bas sri jaya kat kl, skmk yg menjadi kebanggaan d seluruh Kelantan 1 ketika dulu, semuanya dah jd sejarah dek pemerintahan org Melayu, akhirnya yg susahnya org Melayu yg dah sedia susah, Melayu boleh!!!

Anonymous said...

1.setiap orang mahukan perubahan,tidak kira apa sahaja berkaitan hidup,takkan nak naik lagi bus yang cabuk,teksi yang tak ada aircon,drebar teksi yang tak berdisplin,come on lah semua.....

2.di sini bagusnya bus rapid kuantan ada aku bukan nak puji lah,sepatutnye secara tak lansung drebar2 teksi,pemilik2 bus lain yang sedia ada kat kuantan,tingkatkan lah kualiti perkhimatan jangan asyik nak cari salah orang sahaja.

3.bila lagi teksi banda kuantan nak pakai meter oi????
asyik mencekik darah je keje nya.

Anonymous said...

Dengan adanya Rapid Kuantan ni, pengguna lah yg untung... keselesaan, tambang murah nanti, disiplin...

Yang dok complaint ni set2 yg menggelabah pada hal selama ni dia lah yg mencekik darah orang.. pemandu teksi, bas buruk...

yang untung nya kita pengguna.. yg banyak komplen ialah org yg dah tak boleh nk amik kesempatan lagi pada pengguna..

Anonymous said...

sokong rapid kuantan semakin hari semakin ramai dah.... skg parking keta kat umah je... pgi keje naik bas jimat belanja aku...

Anonymous said...

Bas bee huat ngan rahmat alam pegi bungkas lah, servise sampah, bas buruk. Teksi Ktn tak pakai meter, mahal nak mampus, buruk. biar padan dengan muka mereka. Semata-mata yang jaga perut tokey bas ngan drebar teksi, service kpd pengguna diabaikan? Blog nih pun sama, berat sebelah.

Anonymous said...

Aok me kalu nak tulis biarlah betui sikit. Jangan dok reka cite yang bukan-bukan. Kawe bukan nyebelah bee wat tapi dulu masa tak dok bas lain. Bas ni jugaklah yang kita gonyeng. Dan ada yang cantik, aok me suka sangat. Ye la barang baik tapi dah kepot besok gone wei. Nok pulok dia cas mahe dari bewat. PADAN MUKA AOK ME. Rapid sape punya???? Bewat syarikat punya.....

Anonymous said...

aku sokong dgn adanya RAPID ini...
memang betul sifat tamak dan dajal pemandu teksi kat kuantan..mereka cekik pengguna..aku ada pengalaman naik teksi...dari simpang gambang ke kuantan mereka cekik sampai RM20 sedangkan teksi ni dalam perjalanan pulang ke kuantan..2 kejadiAn kedua Pemandu teksi hentam sampai 10.00 dari batu 11 ke kuantan..kalau bas pun xampai RM3.00...begitu juga ada seorang pemandu teksi yg buatperangai dajal babi iblis goda isteri orang sampai bercerai...sekarang bila adanya RAPID...terputus ler rezeki kamu padan muka...aku tepok tangan gembira..

Anonymous said...

Kepala hotak puak pembangkang ni mmg bodoh. Kata kerajaan penting kan taukeh cina. Korang lgi teruk. Belum apa2 lgi dh nak side taukeh bee huat. Blm korang memerintah lgi.

Shahrin Keriya said...

Salam saya setuju dengan komen saudara kita berkenaan charge perkhidmatan teksi kuantan. Memang cekik darah. Dah lah tak pakai meter. Harga dia melampau-lampau. Kalau nak rase cer pi terminal bas kuantan sentral tau lah azab dia. Tambah2 kalu ambil teksi lepas tengah malam.


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter