Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

January 29, 2013

Panas: Kisah Benar, Suami Jamin Dua Isteri Bermadu Yang Di Tangkap Berkhalwat Dengan Seorang Lelaki !

SEREMBAN, 29 Jan -  Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini. Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. Kedua-dua wanita bermadu berusia 30an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu. Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3.00 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap. Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan. “Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya, semalam. Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah. “Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya. Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama. Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk jamin isterinya yang curang. “Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan itu.   “Kes disiasat ikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau lakukan persetubuhan haram,” tambah beliau.

[Apa yang berlaku ini sungguh menggemparkan dan merupakan satu sejarah baru di Malaysia bahkan mungkin juga seantero dunia. Dalam sibuk-sibuk wanita di negara ini takut untuk bermadu, tiba-tiba ada pula kes khalwat yang melibatkan dua madu dengan seorang lelaki yang sama. Sesuatu yang tidak masuk dek akal kita sebenarnya. Namun inilah hakikatnya yang berlaku apabila tanda-tanda kiamat itu semakin hampir. Kejadian di Port Dickson ini mengingatkan kita kepada isu tangkapan khalwat yang melibatkan seorang artis terkenal dengan pemimpin besar satu ketika dulu. Anehnya, kedua-dua tertuduh terlepas dari hukuman dan tidak didakwa apabila ada tangan-tangan ghaib yang menggunakan kuasanya untuk melepaskan pemimpin terbabit. Kini, orang yang melepaskan pemimpin itu diangkat semula selepas terlibat dengan rasuah. Inilah dia Malaysia tanahairku yang kononnya mengamalkan pemerintahan cara Islam, walhal segalanya auta semata-mata. Mana-mana pemimpin dan kroni mereka pasti akan terlepas dari undang-undang. Dalam masa yang sama rakyat biasa akan terus menjadi mangsa].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

usin said...

pemimpin besar parti tertentu yg kena tangkap berkhalwat dgn isteri org dlm hotel di kuantan awal pagi suatu ketika dulu sampai kini sonyap jo...apo kono eh jang!!!!

Anonymous said...

ya betul tu.... bakpe mu tak heboh plak, PDO... ke mu pun nak lindung juga... mmng mu lindung pun... geng mu..

Anonymous said...

hok org lain mu siar hok kaum mu simpan dalam gobok lak.. bini org tu weh..mana nak wat

Anonymous said...

Kena hok sendiri nak sorok, pastu tuduh org lak yang salahlh, kena inanya lh... cengkadak mangkuk ayun.... Bakpe mu tak sibuk plak hal ustaz mu tu... hal org lain sampai dalam kain mu suluh, tak tau betul salah mu tak kira.... janji mu dapat aibkan org.. kena hok sendiri tutup ketat ketat dalam seluar dalam mu... adil sangatlah tu kononya... bodoh PDO ni..

Anonymous said...

hehe...PDO dgn org tu satu geng... geng kelabu asap...

Anonymous said...

ya...klu bukan geng ko, ko kira selai-selai bulu orang berkenaan.. bla geng ko, wat tak tau je...

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]