Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: "Lagi Isu Air Di Pahang", Ahli Parlimen Rompin Selesa Di Luar Negara Tapi Rakyat Tanggung Derita !!

Dikala media arus perdana meneruskan propaganda mereka memainkan isu air di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (Pakatan Rakyat), bagai ditakdir dalam masa yang sama berbagai masalah air pula dilihat melanda negeri Perdana Menteri iaitu Pahang Darul Makmur. Jika di Selangor, rakyat yang mendapat air percuma dikatakan tersalah memilih kerajaan hingga menyebabkan masalah air berlaku. Malah, di Kelantan pun sama. Rakyat dikatakan tersalah piliha kerajaan yang senantiasa membekalkan air kotor kepada penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kini, jika ia sering berlaku di bumi Pahang apakah boleh dikatakan rakyat tersalah memilih kerajaan lantaran membiarkan masalah air terus berlarutan sejak sekian lama. Jika di negeri pembangkang, isu air melanda mungkin kerana masalah kekurangan sumber kewangan negeri untuk mengatasi isu itu. Namun, jika ia beraku di negeri yang ditadbir oleh UMNO BN, apakah masalah ekonomi juga jadi faktornya?. Kenapa di negeri yang ditadbir oleh BN senarionya tetap sama?. Sepatutnya isu air ini tidak timbul di negeri-negeri BN termasuk Pahang sendiri. Namun, hakikatnya inilah yang berlaku. Cuma, bezanya isu itu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat marhaen. Apa yang lebih difokuskan oleh media arus perdana ialah masalah air di negeri pembangkang. Seolah-olah negeri BN tidak terpalit dengan isu seperti itu. Walhal di Pahang, isu air semakin kronik sebenarnya, terutama yang melibatkan kawasan Felda, kampung-kampung termasuk juga penempatan orang asli. Bila orang asli atau orang asal bangkit memberontak, dikatakan mereka tidak sedar diri dan kerajaan sudah banyak membantu. Namun, realitinya orang asli di Pahang terus terpinggir dari arus kemajuan sejak sekian lama. Pendedaha panas oleh media arus perdana yang lebih adil dan telus iaitu Sinar Harian edisi Pahang semalam sungguh mengejutkan. Mujurlah ada akhbar yang bersuara rakyat masih bersikap terbuka dalam membongkarkan isu-isu sebegini. Jika tidak, pasti rakyat tidak tahu masalah yang berlaku di negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri UMNO BN sebenarnya. Sebab itu kita tidak hairan, Sinar Harian itu sendiri sering diserang oleh pemimpin UMNO BN kononnya berat sebelah. Walhal, apa yang diaporkan oleh akhbar itu jelas sekali menggambarkan kebebasan media yang sepatutnya diamalkan oleh media arus perdana yang lain.


Laporan eksklusif "Terpaksa Kongsi Air Perigi: Ketiadaan Bekalan Air Beban Penduduk Kampung Denai" di Rompin sungguh menyedihkan kita. Sudahlah mereka tiada bekalan air bersih, terpaksa pula berkongsi bekalan air perigi yang kotor dan berkarat. Apa yang dibuat oleh kerajaan? Tidak lebih dari berjanji dan terus berjanji, tetapi ia tetap gagal ditepati sejak 50 tahun yang lalu. Sudahlah tanah adat orang asli ini dicerobohi secara haram sesuka hati oleh mereka yang ada kaitan dengan pemimpin politik negeri, kini kebajikan orang asli juga terus menjadi tanda tanya. Parlimen Rompin diwakili oleh Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), yang telah diangkat oleh PM Najib Razak menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Kini beliau selesa berada di luar negara, sedangkan rakyat di kawasannya menanggung derita. Apakah kesengsaraan ini disedari olehnya, yang dikhabarkan bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang jika Najib terus berkuasa di Putrajaya dan UMNO BN masih mendiami Wisma Sri Pahang selepas pilihanraya umum akan datang. Jika ini keadaannya, sudah pasti rakyat Pahang akan terus hidup sengsara dan merana buat selamanya. Dalam laporan Sinar Harian itu mendakwa ketika penduduk lain berpeluang menikmati pelbagai kemudahan asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di sini pula terpaksa menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan harian sejak kira-kira 50 tahun lalu. Malah ketika orang lain hanya perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor serta berbau di rumah jiran mempunyai telaga.


Bagaimanapun masalah bekalan air paip di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib. Malangnya sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi hingga menyebabkan penduduk kecewa.  Penduduk, Sakila Muharam, 19, berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an. Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh pakaian di situ setiap hari. "Keadaan ini sungguh membebankan kerana saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi mempunyai seorang anak masih kecil. “Sampai bila kami perlu hidup melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini. Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain,” katanya. Baca info seterusnya di SINI

[Sesungguhnya rakyat Pahang sendiri sahaja yang tahu betapa tersiksanya mereka menghadapi isu air yang tidak berkesudahan sejak sekian lama ini. Malah, di kawasan Felda terutamanya isu air sudah menjadi terlalu kritikal dan menghantui warga peneroka terutamanya pada musim perayaan atau kenduri kendara. Kerajaan hanya berjanji dan terus berjanji setiap kali musim pilihanraya. Namun sehingga kini ia masih tidak ditepati, sedangkan rakyat terus menderita dan sengsara. Malah, jika dikatakan air paip kotor seperti di Kelantan misalnya, kotor lagi air paip yang dibekalkan kepada beberapa buah tanah rancangan Felda di sekitar wilayah Jengka. Namun, kenapa perkara ini tidak didedahkans ecara eksklusif oleh media arus perdana?. Ini kerana mereka tidak berani berkata benar dan berpijak dibumi yang nyata. Mereka diarahkan hanya highlightkan isu-isu air yang membabitkan negeri-negeri pembangkang terutamanya Kelantan dan Selangor. Apakah cara ini yang dituntut oleh agama?. Menipu rakyat, sebaliknya pada masa yang sama menyerang negeri lain kononnya tidak pandai mentadbir. Justeru, rakyat digesa bijak berfikir sebelum isu air ini bertambah serius lagi. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini, jika mahu kehidupan lebih selesa].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

isu air takde sgtlah kat pahang ni. auta penulis je.

Anonymous said...

Sangatlah malasnya orang pahang ni!!!Kongsi perigi pulak tu...kalau nak banyak air....galilah perigi sendiri. Lemahnya kudrat kau yeeek!!!

Anonymous said...

Bukan malas. Tapi buat apa kita bayar bil air puluhan ringgit tapi perkhidmatannya amat mendukacitakan. Dan masalah air diPahang bukan tak de cuma TIDAK diberi perhatian. Maklumlah negeri yang diwakili oleh PM kits. Malulah dia kiranya PAHANG DARUL MAKMUR jadi PAHANG DARUL MASALAH.Bila PDO jadi isu air dilaman blog dia semuanya salah. Tapi kalau para pemimpin UMNO buat kenyataan semuanya betul.

Anonymous said...

Sapa kata takde isu air? yg tulis takde masalah tu sebab tak kena batang hidung dia.Sikap pengurusan air adalah antara punca masalah. Bila ditegur, marah pulak. Cakap belagak!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]